Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah., Amateur Sports Team, Sandakan.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 01/09/2026

⚽🏆 ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH YOUNG TIGER 9s TERBUKA SABAH 2026 🏆⚽

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan Akademi Bola Sepak Scot (ABS) di Piala Young Tiger 9s Terbuka Sabah 2026 yang berlangsung di Tawau.

Syukur Alhamdulillah, semua pelatih, jurulatih serta ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan telah selamat pergi dan selamat kembali ke Sandakan. 🤲

Untuk kejohanan kali ini, ABS telah menghantar 3 pasukan:

🔵 U11 – Terkandas di peringkat kumpulan

🔵 U13 Scot B – Terkandas di peringkat kumpulan

🔵 U13 Scot A – Terkandas di peringkat suku akhir

Walaupun keputusan belum seperti yang kita harapkan, tahniah dan syabas kepada semua pelatih dan jurulatih yang telah memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan. 👏👏

Kalah menang itu adat pertandingan. Yang penting, setiap pertandingan memberikan pengalaman dan pengajaran kepada anak-anak kita. Jangan putus asa, teruskan berlatih dan kita cuba lagi di kejohanan yang akan datang. 💪⚽

🙏 Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu dan bapa yang sanggup hadir ke Tawau untuk memberikan sokongan, membantu anak-anak serta memberikan semangat kepada pasukan sepanjang kejohanan.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan Akademi Bola Sepak Scot (ABS). Sokongan daripada semua amat kami hargai. ❤️

Kita mungkin belum membawa pulang piala kali ini, tetapi kita pulang membawa pengalaman, kenangan dan semangat untuk menjadi lebih baik. 🔥

Tahniah semua! Terima kasih atas usaha dan komitmen. Kita cuba lagi di lain pertandingan. Insya-Allah, ada rezeki kita nanti. 🤲⚽

ABS — TERUS BERJUANG, TERUS MELANGKAH! 💪🔥

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 29/08/2026

📅 29 Ogos 2026

⚽ ALHAMDULILLAH 🤲

Hari ini, pasukan Akademi Bola Sepak Scot Sandakan (ABS) telah bertolak dari Sandakan menuju ke Tawau bagi menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala Young Tiger 9's Terbuka Sabah 2026.

Semoga perjalanan pasukan ABS dipermudahkan, selamat sampai ke destinasi dan segala urusan sepanjang pertandingan berjalan dengan lancar.

💪⚽ Selamat berjuang buat semua pemain dan barisan kejurulatihan ABS!

ABS — Berjuang, Berusaha & Berdoa. 🤲🏆

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 23/08/2026

23 Ogos 2026 [Ahad]

•Latihan Bola Sepak.
•Padang B Kompleks Sukan Sandakan

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 16/08/2026

16 Ogos 2026 [Ahad]

•Latihan Bola Sepak.
•Padang B Kompleks Sukan Sandakan

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 15/08/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN JURULATIH ABS, BAPA2 PELATIH DENGAN JABATAN PERHUTANAN SANDAKAN.

📅 Tarikh: 15/08/2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 – 10.00 pagi
📍 Tempat: Padang B KSS

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan antara Jurulatih ABS & Bapa2 Pelatih ABS menentang Jabatan Perhutanan Sandakan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Bapa2 Pelatih ABS yang sudi hadir dan memeriahkan perlawanan ini. ⚽👏

Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Perhutanan Sandakan kerana turut bersama-sama menjayakan perlawanan persahabatan ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi silaturahim antara jurulatih dan Bapa2 Pelatih ABS.

Terima kasih semua atas sokongan dan semangat kesukanan! 🙏⚽

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 15/08/2026

15 Ogos 2026 [Sabtu]

•Latihan Bola Sepak.
•Padang A Kompleks Sukan Sandakan

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 09/08/2026

09 Ogos 2026 [Ahad]

•Latihan Bola Sepak.
•Padang A Kompleks Sukan Sandakan

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 09/08/2026

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ⚽

🏆 Kategori Umur B-8 & B-10 Tahun

📌 Pasukan Terlibat:

Akademi Bola Sepak Scot
SK Taman Rimba
Garden City United

📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Venue: Padang Kompleks Sukan Sandakan (KSS)
⏰ Masa: 7.00 Pagi

Semoga perlawanan persahabatan seperti ini dapat terus diadakan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan serta menggerakkan pembangunan bola sepak antara akademi-akademi di Sandakan.

🤝 Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak.

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.

Photos from Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.'s post 08/08/2026

08 Ogos 2026 [Sabtu]

•Latihan Bola Sepak.
•Padang Sintetik Kompleks Sukan Sandakan

Info:Alhamdulillah hari ini beberapa pelatih telah menerima kad insurans pelatih masing2.

Semoga urusan seterusnya dipermudahkan dan memberi manfaat serta perlindungan kepada semua pelatih ABS.

Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dan penjaga pelatih.

Akademi BolaSepak Scot Sandakan, Sabah.
.
.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sandakan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Sandakan
90000 TO 90999