Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia

Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia

Share

Page ini merupakan Laman FB Rasmi Gelanggang Seni Silat Gayong Panji Alam cawangan Sandakan.

30/06/2026

Selamat Hari Lahir, Tok Ku Sri Panji Alam.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, serta terus memimpin warisan Gayong Panji Alam dengan penuh hikmah dan amanah.

Jasa dikenang, perjuangan diteruskan.
"Sekali Melangkah, Tetap Bersilat."
Selamat Hari Lahir, Tok Ku!

10/06/2026

KELAS DEWASA AKADEMI PANJI ALAM

PENDAFTARAN BULAN JUN 2026 JOM BELAJAR SILAT, MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK JADI PESILAT!!! DZAAAT!

Belajarlah ilmu yang jelas dan benar, di bawah bimbingan seorang guru yang bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk hati dan akal. Ilmu yang benar akan mendidik kita untuk melihat bahawa setiap keupayaan, kejayaan dan kemampuan bukan semata-mata hasil usaha dan kegigihan diri, tetapi merupakan kurniaan Allah, Tuhan Yang Maha Memiliki segala kekuatan.

Kerana apabila seseorang dididik untuk berbangga dengan diri dan menganggap kejayaan itu datang sepenuhnya daripada usahanya sendiri, maka tanpa disedari dia boleh terjatuh ke dalam sifat sombong dan ujub.

Firman Allah SWT:

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ

Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka ia adalah daripada Allah. (Surah An-Naḥl: 53)

PENGAMBILAN MASIH DIBUKA!!
JOM DAFTAR SEKARANG!!

sebarang Pertanyaan : 0178941613 (Cg Saiful)

11/11/2025

Jom hadir majlis ilmu warga komuniti Gayong Panji Alam..

(Kuliah Maghrib Surau Tuan Haji Manan)

Tarikh : 11 NOVEMBER 2025
Masa : Selepas Solat Maghrib

Akan Disampaikan Oleh Professor Dr. (h.c) Ustaz Abdul Razak Hasan

(Kitab Syeikh Ibnu Athai"Ilah As Sakandari)

Semua Dijemput Hadir Ke Majlis Taman2 Syurga

11/11/2025

Semoga Guru kami dilindungi Allah taala..

Bersangka baik kepada Allah

(حسن الظن بالله)

bermaksud mempercayai dengan sepenuh hati bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan. sama ada nikmat yang menggembirakan atau ujian yang menyakitkan. semuanya datang daripada kasih sayang, hikmah, dan kebijaksanaan Allah SWT.

Orang yang beriman yakin bahawa setiap ketentuan Allah pasti ada rahmat di sebaliknya, walaupun kadang kala rahmat itu tersembunyi di sebalik ujian.

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.
(Al-Baqarah 156)

Ayat ini mengajar kita untuk sentiasa redha dan berbaik sangka kepada Allah, kerana setiap ujian adalah jalan menuju rahmat dan pengampunan-Nya.

Hadis Qudsi
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

قال الله تعالى: أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه
إذا ذكرني

Allah berfirman:
Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.

Di sini menegaskan bahawa apabila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan memberi sesuai dengan sangkaan itu. penuh kasih, rahmat dan kebaikan dari Allah Azza wajallah.

Photos from Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia's post 10/11/2025

LAPORAN LATIHAN MINGGUAN.. 1 permulaan yg baik.. moga terus istiqomah membawa amanah Guru sehingga mendapat Rahmat & Kasih Sayang Allah Taala...

Nama Gelanggang : Masjid Darussalam

Hari : Sabtu
Jam : 3:30pm-5:30pm
Jurulatih: Cg Anggun
Pen.Jurulatih : cikgu syafik
pen.Jurulatih : cikgu shahid

10/11/2025

Latihan silat Mingguan diteruskan seperti biasa... Didikan & Tarbiah dijalankan sepanjang sesi latihan di gelanggang agar dapat mematangkan krebiliti dan sikap anak2 Gayong Panji Alam...

Gelanggang : Akademi Aulad

Hari : Ahad
Masa : 1pm -3pm

jurulatih : Cikgu Syarmina
pembantu jurulatih: cikgu Asry dn Cikgu Halimah

Photos from Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia's post 10/11/2025

LATIHAN SILAT MINGGUAN ANAK-ANAK GAYONG PANJI ALAM MENJADI AMALAN RIADAH & MENANAM CINTA AKAN AGAMA, BANGSA & TANAH AIR.... MOGA TERUS BERKEMBANG DAN MAJU JAYA HENDAK NYA...

Nama Gelanggang : Gelanggang SMK TAMAN FAJAR

Hari : Sabtu
Jam : 9.30am-13.30pm
Jurulatih : Cikgu shahid
Pen.Jurulatih : Cikgu ikram

Photos from Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia's post 10/11/2025

Pendekar cilik tidak kenal penat lelah mendalami & menghayati Seni Silat Gayong Panji Alam... umur hanya sekadar angka, meskipun masih terlalu muda tetap tidak menjadi penghalang untuk mereka menjadi pewaris di masa hadapan...

LATIHAN SILAT : GELANGGANG SK SG ANIB 3

Hari : (AHAD)
Masa : 09.30 - 11.30 TENGAH HARI
Jurulatih : CIKGU DAYAH

Photos from Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia's post 10/11/2025

Semangat juang anak muda mendalami Ilmu seni Silat Gayong Panji Alam agar tidak tenggelam dek zaman... pewaris kepada anak bangsa agar terus mekar dalam kalangan rakyat jelata...

Latihan silat: Gelanggang masjid assyakirin
hari : sabtu
masa : 9:00am-11am

jurulatih yang mengajar: cikgu Asry & Cg Halimah

Photos from Sandakan, Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia's post 10/11/2025

Latihan silat mingguan Anak2 Gayong Panji Alam Sandakan...
Moga terus istiqomah dan bergerak lebih maju ke hadapan hendak Nya...

Nama gelanggang : Sri dar al huffaz, Sandakan Sabah.
Hari : ahad
Masa : 9am -11am

Ketua jurulatih : cikgu syarmina
P. Jurulatih : cikgu Ruslee

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sandakan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sandakan
Sandakan