Akademi Panji Alam Sandakan

Akademi Panji Alam Sandakan

Share

BELAJAR SILAT UNTUK -
-BINA KEYAKINAN
-PERTAHANKAN DIRI
-BINA ADAB & AKHLAK
-DISPLIN
-BINA JATI DIRI

12/08/2026

🌙 PENGAMBILAN AHLI BAHARU 🌙

📖 KELAS MENGAJI AL-QURAN & IQRA’

AKADEMI PANJI ALAM

✨ SEMPENA BULAN RABIULAWAL – BULAN KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD ﷺ ✨

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, Akademi Panji Alam membuka pengambilan ahli baharu untuk kelas mengaji Al-Quran dan Iqra’.

📖 Marilah kita hidupkan bulan Rabiulawal dengan mendekatkan diri kepada Al-Quran, memperbaiki bacaan, menambah ilmu serta membentuk generasi yang cintakan Rasulullah ﷺ.

🌹 Belajar Al-Quran bukan sekadar membaca, tetapi membina hati, akhlak dan kehidupan.

👨‍👩‍👧‍👦 Terbuka kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

📍 Akademi Panji Alam
📚 Kelas Al-Quran & Iqra’
✨ Bimbingan bacaan dan asas Al-Quran
🤲 Membentuk generasi berilmu, beradab dan berakhlak

“Ilmu Itu Cahaya, Amalan Itu Penyelamat.”

🌙 Semarakkan Rabiulawal dengan Al-Quran dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

12/08/2026

*PENGAMBILAN AHLI BAHARU AKADEMI PANJI ALAM (KANAK-KANAK) SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN!!!*

Dunia hari ini semakin mencabar. Kita sering menyaksikan pelbagai isu yang melibatkan kanak-kanak dan remaja seperti gejala sosial, penyalahgunaan dadah, buli serta jenayah.

Persoalannya, adakah kita hanya mahu melihat keadaan ini terus berleluasa tanpa berusaha membimbing mereka ke arah yang lebih baik?

Bukankah lebih baik sekiranya masa mereka diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, mempelajari ilmu mempertahankan diri, membentuk disiplin, memupuk akhlak mulia, meningkatkan keyakinan diri serta menyemai rasa hormat kepada ibu bapa dan guru?

Sehubungan itu, Akademi Panji Alam membuka Pengambilan Ahli Baharu Kelas Silat Mingguan Aulad 2 bagi kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas. Di sini, mereka bukan sahaja mempelajari seni mempertahankan diri, bahkan turut dididik dengan adab, disiplin dan nilai-nilai murni sebagai bekalan dalam kehidupan.

🌟 Ayuh daftarkan anak-anak anda ke Akademi Panji Alam hari ini. Bersama-sama kita melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, berani mempertahankan diri serta mampu menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

12/08/2026

🥋 PENGAMBILAN AHLI BAHARU Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 🇲🇾 🥋

KELAS SILAT DEWASA

AKADEMI PANJI ALAM

🔥 Bina kekuatan, disiplin & keyakinan diri! 🔥

Kini dibuka pengambilan ahli baharu untuk Kelas Silat Dewasa Akademi Panji Alam.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi menjadi latihan untuk membentuk ketahanan fizikal, kekuatan mental, disiplin, keberanian dan adab.

💪 Sesuai untuk lelaki dewasa yang ingin:
• Mempelajari asas seni mempertahankan diri
• Meningkatkan kecergasan dan stamina
• Membina keyakinan diri
• Membentuk disiplin dan jati diri
• Mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat

📅 Hari: Jumaat malam
⏰ Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
📍 Akademi Panji Alam

Jom sertai kami!
🔥 Bukan sekadar belajar silat, tetapi membina diri menjadi insan yang lebih berdisiplin dan berani.

AKADEMI PANJI ALAM
🥋 Ilmu, Disiplin & Jati Diri 🥋

27/07/2025

“Silat Sebagai Ibadah dan
Peneguhan Akidah”

Asasnya, silat adalah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah. Setiap gerak langkah, adab murid terhadap guru, disiplin zahir dan batin semua ini membentuk keikhlasan hati. ia menanamkan sifat taat dan tunduk kepada Allah, menjadikan silat satu bentuk ibadah, bukan sekadar seni gerak.

Silat juga Sebagai Pembentuk
Akhlak & Kerohanian

Silat mendidik muridnya dengan nilai adab hormat guru, taat peraturan, menjaga lidah dan hati. Dalam banyak perguruan, ada adat dan istiadat yang wajib dipatuhi, membentuk kerohanian yang mendalam. Inilah jalur TERBIYAH mendidik jiwa agar lebih berakhlak, sabar, berdisiplin, dan rendah hati.

Photos from Akademi Panji Alam Sandakan's post 09/05/2025

8 Mei 2025 - LFS Cinema, Harbour Mall Sandakan

Seramai 130 orang anak-anak Gayong Persatuan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia (GPA) Sandakan bersama ahli keluarga telah berkumpul untuk menyaksikan tayangan filem GAYONG.

Tayangan ini merupakan tanda sokongan terhadap filem tempatan yang mengangkat martabat silat serta mengisahkan perjuangan Mahaguru Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, pengasas Silat Seni Gayong.

Bagi memeriahkan lagi suasana, PSSGPAM Sandakan dan Akademi Panji Alam Sandakan telah membawa pasukan demonstrasi silat sebagai tarikan kepada pengunjung yang hadir. Inisiatif ini bukan sahaja untuk menunjukkan bahawa silat tidak hanya hidup di ceruk-ceruk kampung, malah sebagai usaha membina keyakinan diri dalam kalangan para pesilat muda.

Jikalau ada dulang di tangan, Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan, Jangan biar orang rampas.

Pecah Gayong di dalam dulang, Dulang hanyut di lautan tujuh, Pecah Gayong perpecahan sayang, Suatu masa kembali berteguh.

24/04/2025

Antara sebab utama mengapa seni mempertahankan diri menjadi satu keperluan pada masa kini adalah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli.

Penguasaan seni mempertahankan diri bukan sahaja melatih fizikal seseorang, malah turut membina keyakinan diri untuk mempertahankan maruah dan keselamatan diri apabila berhadapan dengan situasi ancaman, terutamanya daripada pembuli. Seseorang yang yakin dan berani cenderung untuk tampil mempertahankan diri serta tidak mudah diperlekehkan oleh pihak yang berniat jahat.

Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting. Mereka perlu sentiasa peka dan prihatin terhadap isu buli yang semakin berleluasa. Apabila seseorang anak menjadi mangsa buli, ia bukan sahaja memberi kesan kepada emosi dan mental, malah turut menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Anak-anak yang dibuli lazimnya akan mengalami tekanan perasaan, trauma, dan hilang keyakinan diri, sekali gus menjejaskan prestasi dan perkembangan diri secara keseluruhan.

Justeru, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ibu bapa disarankan untuk mengambil langkah proaktif dengan memberikan sokongan moral, mendidik anak tentang pentingnya mempertahankan diri, serta mempertimbangkan untuk menghantar mereka mempelajari seni mempertahankan diri. Usaha ini bukan sahaja dapat melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa buli, malah dapat mencegah mereka daripada terjebak menjadi pembuli.



- Akademi Panji Alam Sandakan
- Like Follow & Share

11/01/2025

PENGAMBILAN AHLI BARU BAGI TAHUN 2025 KINI DIBUKA KEPADA WARGA SANDAKAN‼️

KANAK-KANAK , BELIA DAN DEWASA BOLEH IKUT BELAJAR SENI MEMPERTAHANKAN DIRI .

TAK KIRA LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN KAMI AJAR DARIPADA ZERO KE HERO💪🏻

JOM SERTAI KAMI SEKARANG, HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA📱

011-7252 5706 (ustaz mukmin)

04/01/2025

Kursus TEMPUR PEDANG BUAYA BERENANG Level 1

Mempersembahkan : Ustaz ( DR ) Abdul Razak Hasan

8 FEBRUARY 2025

Mung Tunggu Aku Datang Siri 2 2025

Bertempat di Maahad Tahfiz Al - Quran Al Azahar
Lot 154, Jalan Kampung Titian Baru, 21070, Kuala Terengganu, Terengganu

Masa : 9am - 3pm
Yuran Penyertaan : RM190 termasuk Makanan, Sijil Penyertaan & Pedang Kayu Latihan

Hubungi Urusetia :
Shah - 0183222354

04/01/2025

Untuk Warga Sandakan Sabah !!!

Assalamualaikum wbt

Setelah dua kali Dilaksanakan pada setiap Tahun, kali Kini untuk tahun yang Ketiga 2025 sekali lagi AKADEMI PANJI ALAM Menganjurkan Kursus Seni Tempur Pedang Buaya Berenang Peringkat Negeri Sabah Siri3

Jarang Kita Jumpa Kursus-kursus Seperti Ini Di buat, Insya-Allah Pada Bulan Januari Ini Kita bawah Sekali Lagi khas Untuk warga Tawau.

Jangan Tunggu Lagi Jom Daftar Sertai!

• Yuran Berpatutan!
• Pendaftaran Termasuk Makan, Minum Dan Sijil
• pendaftaran Juga termasuk Pedang Kayu Untuk Latihan
• Dilatih Oleh Guru Yang Berpengalaman Dalam Dunia Persilatan

DAFTAR PENYERTAAN:
0178135054 (Cikgu Akim)

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sandakan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


LOT 4, TINGKAT 2, BANDAR MEGAH
Sandakan
90000