01/08/2026
Kembang kemboja dipandang indah,
Nampak berseri disinari mentari,
Bersama KESAS berlatih memanah,
Eratkan ukhuwah, cemerlangkan diri.
Latihan memanah di lapangan memanah KESAS, Masjid Bandar Tasik Puteri. Jemputlah datang, beriadah dengan menghidupkan sunnah.
MemanahItuSunnah
LoveSunnahSport
KESASdi🩷🩷
30/07/2026
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada kedua-duanya ada kebaikan."(Hadis Riwayat Muslim)
Memanah bukan sahaja antara sunnah Baginda Nabi yang indah untuk kita hidupkan tetapi juga mampu membina kekuatan diri, baik mental dan fizikal.
Jommm memanah.
LoveSunnahSport
KESASdi❤️
26/07/2026
Assalamualaikum 😊😊. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukannya."(Hadis Riwayat Muslim)
TazkirahRingkas
Doakan saudara kita di 🇵🇸🇵🇸🇵🇸.
26/07/2026
Senaman Tua yang "memudakan", hihihi sebabnya senaman ini umpama kena urut badan kita, badan terasa segar dan bertenaga, tengoklah pelbagai peringkat umur turut serta Senaman Tua di Majid BTP pagi tadi, yang tak hadir rugiii.
Lepas bersenam, tenaga terasa bertambah, pakat mai turun memanah p**a, mantapppp semangat membara. Lepas ini boleh ajak anak dan cucu p**a turun memanah ye.
Kita meramaikan lagi masyarakat dalam aktiviti memanah, bukan sahaja menghidupkan sunnah yang indah tetapi dapat juga beriadah mengsihatkan badan.
KelabKESASBandarTasikPuteri
MemanahSunnahYangIndah
SebarkanSunnahYangMuliaIni.
25/07/2026
Esok cuti tak tahu nak ke mana, moh le beraktiviti di masjid BTP kita, aktiviti kembalikan kecergasan dengan Senaman Warisan.
SENAMAN TUA nama diberi, bukan tua sebarang tua, tua yang "memuda"kan kembali kecergasan luaran dan dalaman, insya-Allah.
Jumpa kome di sana:
📅 Ahad, 26 Julai 2026
🕗 8.00 Pagi
🕌 Anjung Masjid Bandar Tasik Puteri
Peringatan: Pakai pakaian yang sesuai dan bawa pelapik duduk (tikar/batik) sendiri ya.
Lepas bersenam kita fun-fun shoot 🏹. Jemput datang semua.
11/07/2026
🏹 JEMPUTAN KE FUN SHOOT KESAS 🏹.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ayuh luangkan pagi hujung minggu anda bersama kami dalam Fun Shoot KESAS!
📅 Tarikh: 12 Julai 2026 (Ahad)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Lapang Sasar KESAS, MBTP Rawang.
🌿 Sama ada anda seorang pemanah berpengalaman, ahli kelab, mahupun baru ingin mengenali sukan memanah, anda amat dialu-alukan untuk hadir memeriahkan program ini.
✨ Jom uji ketepatan, eratkan ukhuwah dan hidupkan sunnah memanah dalam suasana yang santai serta menyeronokkan!
"Tarik busur, fokus pada sasaran, dan cipta kenangan bersama." 🏹
📢 Semua dijemput hadir. Jumpa anda di Lapang Sasar KESAS!.
05/06/2026
Jemput datang. Boleh lock tarikh.
04/06/2026
📢 Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa SK Tasik Puteri 2.
🏹*Pencarian Bakat Memanah SKTP2 2026*.
Kelab memanah sekolah akan mengadakan sesi pencarian bakat bagi murid yang berminat dalam sukan memanah sekolah.
📋*Tarikh: 8 Jun 2026*
⏰*Masa : 6.00 - 7.00 petang*
🏹*Tempat: Dewan terbuka SKTP2*
✅*Sasaran : Tahun 1 - Tahun 6*
📢Murid yang berminat, sila hadir pada ketetapan tarikh tersebut.
📞 Untuk sebarang soalan, hubungi👇
Cikgu Azri : 0122789425
Ustazah Elfika: 0196173620
*Anjuran : Kelab memanah SKTP2*
25/04/2026
🏹 *JOM RAMAI-RAMAI KE LAPANG SASAR!* 🏹
ANDA DIJEMPUT KE PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL PERSAHABATAN ANTARA KESAS & MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH (MTAH).
📅*MAKLUMAT ACARA.*
HARI: Ahad
MASA: 8:00 am – 12:00pm
TEMPAT: Lapang Sasar KESAS, Masjid Bandar Tasik Puteri (BTP).
✨*AKTIVITI MENARIK UNTUK SEMUA!.*
Selain menyaksikan anak-anak remaja dan cilik yang comel beraksi memanah, kami juga menyediakan:
🎯 Fun Shoot – Cuba bakat memanah anda!.
📚 Jualan Buku Preloved (Harga Runtuh!):
✅Majalah Islamik Telaga Biru: 3 Naskah RM10
✅Komik/Novel BLINK Book: 2 Naskah RM10
✅Pelbagai lagi buku-buku menarik, diskaun sehingga 50%!
📝 Kaunter Pendaftaran Ahli Baru – Jom sertai keluarga memanah kami!. Pelbagai keistimewaan bakal dinikmati.
🌟*SEMUA DIJEMPUT HADIR!.*🌟
Sama ada anda peminat sukan memanah atau sekadar ingin beriadah bersama keluarga, anda dialu-alukan! *Ayuh pasang niat hidupkan sunnah Rasullullah yang indah ini.*