23/08/2026
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 🕌✨
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Musolla Idaman Kota Puteri akan mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul. Kami berbesar hati menjemput semua ahli kariah, jemaah, dan penduduk setempat untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
Berikut adalah ketetapan majlis:
Tajuk Ceramah: "Mendidik Anak Generasi Merdeka: Meneladani Akhlak Rasulullah SAW"
Penceramah: Ust. Moqti Ahmad
Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
Tempat: Musolla Idaman Kota Puteri
Atur Cara Majlis:
7.15 Malam: Ketibaan jemaah & Solat Maghrib berjemaah
7.45 Malam: Sesi Ceramah
Masuk Waktu Isyak: Solat Isyak berjemaah
Selepas Isyak: Santapan jamuan makan dan sesi penyampaian hadiah
Marilah kita luangkan masa membawa keluarga bersama-sama menghayati sirah dan mengambil iktibar daripada akhlak mulia Baginda Rasulullah SAW.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan jaza'.
07/08/2026
🚨 FRIENDLY MATCH RESULT #14 🚨
ALAM SURIA FC 3️⃣ - 3️⃣ KOTA PUTERI FC
⚽ Penjaring
Daus J ⚽
Mat Nor ⚽
KJ ⚽
🌟 MOTM
🔥 Farid
🔥 Amy
🔝 Top Rated
🥇 KJ
🥈 Daus J
🥉 Paan
🏅 Apip | Apiz | Mat Nor
📝 POST MATCH
Malam yang agak goyah untuk kita. Ketinggalan 3-1 dengan pasukan yang lebih berpengalaman, memang bukan mudah.
Tapi satu benda yang kita boleh bangga
tak ada siapa yang mengalah.
Kita tetap lawan. Semua wira mlm ni.
Kita terus high press, kejar bola, pecah peluh dan kerah kudrat sampai berjaya ikat 3-3. 💪⚽
Inilah semangat yang kita nak. Bila seorang penat, yang lain cover. Bila seorang jatuh, yang lain tarik bangun.Kekal dalam posisi supaya kita tka jerat diri sendiri.
Tak semestinya kita nk main sempurna je setiap game. Yg penting kita terus belajar, terus baiki dan jangan hilang semangat sebagai satu pasukan.
3-1 kita tak tunduk. 3-3 kita buktikan kita masih melawan.Yang kental pasti sampai!
Terima kasih semua players.
Salute. 🫡
🚀⚽
07/08/2026
Komitmen. Disiplin. Kerja berpasukan.
Itulah asas kejayaan sesebuah pasukan.
Malam ni, buktikan di atas padang. Ayuh KBKP!
04/08/2026
Jumaat ini, KBKP bakal berdepan Alam Suria Hillside FC buat kali pertama.
📅 7 Ogos 2026 (Jumaat)
🕘 Kick Off: 9:15 PM
📍 Eco Grandeur Arena
Belum pernah bertemu, jadi inilah masanya untuk buktikan siapa kita.
Siapa yang betul-betul bersedia dan sayangkan Kopter, letak nama. Turun padang. Berjuang sampai wisel penamat.
10/07/2026
Malam ini, KBKP bakal berdepan Retired FC. mungkin pasukan terdiri dari golongan Pencen ?. Jangan terlalu yakin, jangan terlalu selesa. Hormati lawan, kekalkan fokus dan bermain dengan hati.
Teruskan momentum, kekalkan konsistensi. Biar setiap pemain beri 100% hingga wisel penamat dibunyikan.
Buat balik apa yang dah kita tunjuk minggu lepas. Main sebagai satu pasukan, berjuang sebagai satu keluarga.
04/07/2026
FRIENDLY MATCH RESULT NO. 11
KOTA PUTERI FC 4️⃣- 2️⃣ RUMAH MAYAT FC
⚽ Senarai Penjaring:
1 KJ Asst Matno
2 KJ Asst Isa
3 KJ Asst Yen
4 Amy
Man of the Match (MOTM):
Paan & Yun
⭐️Team, kita dah buktikan yang kita mampu menang. Tapi kemenangan semalam bukan jaminan untuk hari ini. Apa yang akan menentukan kejayaan kita ialah usaha, disiplin, dan semangat yang kita tunjukkan setiap kali turun ke padang.
Jangan cepat selesa. Kekalkan fokus, terus bekerja keras, dan saling percaya antara satu sama lain. Bermain sebagai satu pasukan, berkorban untuk rakan sepasukan, dan berikan 100% sehingga wisel penamat.
Kita bukan sekadar mahu menang sekali, tetapi mahu membina momentum kemenangan yang berterusan. Teruskan perjuangan, kekalkan intensiti, dan buktikan bahawa kemenangan bukan kebetulan, tetapi hasil kerja keras kita.
Kita Kopter guysss!
03/07/2026
RESET. REBUILD. RESPOND.
Malam ini bukan tentang menebus kekalahan.
Malam ini tentang mengembalikan identiti KBKP.
Main dengan hati, berjuang sebagai satu pasukan, dan buktikan kemampuan sebenar.
Jom buat balik permainan kita! 💜⚽
Malam ni... kita tinggalkan segala alasan di luar padang dan bawa pulang maruah serta tiga mata!
27/06/2026
FRIENDLY MATCH RESULT NO. 10
KOTA PUTERI FC 2️⃣ - 4️⃣ SKJ FC
⚽ Senarai Penjaring:
1. Qayyum
2. Harith @ Botak
Malam ini kita terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 di tangan pasukan lawan. Namun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain yang gigih memerah keringat dari tiupan wisel pertama hingga akhir. Kekalahan ini bukanlah titik noktah untuk melemahkan semangat, sebaliknya ia adalah satu 'wake-up call' yang sangat tepat pada masanya untuk kita nampak dengan jelas lompong-lompong yang wajib kita perbaiki.
Tahniah kepada Qayyum dan Botak kerana berjaya meledak gol. Namun secara realitinya, jentera serangan kita sedang berhadapan dengan satu kemelut yang perlu diselesaikan segera. Kita nampak bergelut untuk mencari penyudah yang klinikal. Pergerakan di hadapan kadang-kala kurang tersusun dan kita melepaskan beberapa peluang penting.
Tahniah Qayyum untuk anugerah MOTM! Untuk pemain lain, jadikan kekalahan malam ini sebagai bahan bakar untuk kita bangkit lebih garang. Kita kalah sebagai satu pasukan, dan kita akan perbaiki kelemahan ini juga sebagai satu pasukan yang bersatu hati.
Bawa mentaliti juara ke dalam sesi seterusnya.
Come back stronger, boys!