S**a untuk saya kongsikan, kata guru kami(Ustaz Amirul Hakim):
"Antara kerugian besar dalam gerakan silat adalah menepis/menangkis & menunggu"
Yang dimaksudkan ustaz adalah sebaiknya kita menghantar serangan sebaik sahaja kita menangkis serangan sekiranya ada peluang, kerana setiap serangan yg kita bagi berpeluang untuk mematikan/menghentikan gerakan atau serangan lawan.
Seni Silat Pencak Tangkas
Gelanggang Bukit Beruntung Hulu Selangor, Gurulatih: Ustaz Amirul Hakim & Cikgu Umar Norhadi
04/07/2026
Alhamdulillah dua pesilat(Fighter) kategori remaja Gelanggang Seni Silat Pencak Tangkas Bukit Beruntung memperoleh pingat emas & pingat perak dalam kejohanan silat tempur daerah Hulu Selangor. Tahniah buat Gurulatih & peserta.
🥇 Pingat emas - Shahrul Hakimi
🥈 Pingat perak - Zul Izz Iman
24/06/2026
Jom silat!!!
20/03/2026
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri✨
Maaf Zahir & Batin
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan,
mengeratkan silaturahim,
serta menyemarakkan semangat persaudaraan
dalam jiwa kita semua.
PERSATUAN SENI SILAT PENCAK TANGKAS
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
14/10/2025
Lensa pada hujung minggu yang lepas(hari Sabtu) AF Ustaz Amirul Hakim membawa tiga pesilat PSSPT dari gelanggang beliau untuk membantu menjadi urusetia sepanjang program/pertandingan Silat yang diadakan di Batang Kali.
Bila orang lama bertambah usia,
Ada yang tidur menyorok bisa,
Menggantung baju atas jendela,
Menutup rapat kitab lama,
Dibiar karat keris pusaka,
Namun jangan ada yang ingin mencuba,
Takut nanti tidur tak lena,
Tak senang duduk bersimpuh sila,
Hiduplah beradab berbudi bahasa,
Nescaya kau selamat dari bahaya.
27/09/2025
Alhamdulillah selesai pagi tadi memenuhi jemputan membuat persembahan demo silat di program "Niaga Fest" di SMK Bukit Sentosa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Pusat Perniagaan Adenium Bukit Beruntung
Rawang
48300
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |