05/07/2026
Program Pengurusan Jenazah Kampung Lechar 2026
Alhamdulillah, Program Pengurusan Jenazah Kampung Lechar 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 bertempat di Masjid Kariah Kampung Lechar.
Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Kariah Kampung Lechar dan JPKK Kampung Lechar & Tanjung Putus, dengan penyertaan seramai 73 orang peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada sebagai penganjur, penceramah, urus setia, s**arelawan mahupun para peserta.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini menjadi manfaat serta dapat dipraktikkan demi kemaslahatan seluruh penduduk Kampung Lechar dan Tanjung Putus.
Terima kasih atas sokongan semua. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
03/07/2026
Suasana sekitar Program Memasak Bubur Asyura anjuran Masjid Kariah Kg. Lechar, Wanita Kariah Kg. Lechar dan JPKK Kampung Lechar & Tanjung Putus.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama, dan memperkukuhkan perpaduan ummah.
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan semua. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.
02/06/2026
Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Belia dan Beliawanis Kg. Lechar & Tg. Putus bagi pemilihan Jawatankuasa baharu untuk sesi 2026β2028.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa yang telah dipilih. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi serta terus memperkasakan peranan belia dalam pembangunan komuniti.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua belia dan beliawanis yang hadir serta bersama-sama menjayakan mesyuarat ini.
Penghargaan khas buat YB Tuan Fadzli Kamal yang sudi meluangkan masa untuk hadir menyantuni belia dan beliawanis Kg. Lechar & Tg. Putus. Beliau turut berkongsi pandangan serta cadangan yang bernas dalam usaha meningkatkan ekonomi setempat dan memajukan kampung demi kesejahteraan masyarakat.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya dan membawa manfaat kepada seluruh penduduk kampung.
31/05/2026
Alhamdullilah
Terima Kasih YB Fadzli Kamal
31/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Ziarah Kasih YB Tuan Fadzli Kamal pada hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus serta memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi menyantuni masyarakat dan mengeratkan hubungan silaturahim. Diharapkan Kampung Lechar dan Tanjung Putus khususnya, serta seluruh kawasan DUN D**g amnya, akan terus menerima manfaat daripada program-program kebajikan dan kemasyarakatan seperti ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga segala usaha dan sumbangan diberikan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT.
**g
27/05/2026
Assalammualaikum,
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa mesej mendalam tentang keikhlasan dan ketaatan. Semoga hari yang mulia ini membawa seribu keberkatan buat kita semua insyaallah Amin......
Selamat Hari Raya Aidil Adha Kepada semua....
18/04/2026
Terima Kasih YB Fadzli Kamal kerana sudi hadir memeriahkan Majlis Silaturahim Aidilfitri Kampung Lechar 2026...
28/03/2026
Assalammualaikum dibuka kembali Setelah sebulan berehat.... 28-29/03/2026 (sabtu & ahad) untuk anak rantau Lechar harga promosi happy hour menanti anda!!!!!
π₯ ATV Adventures Jeram Bangkin β tempat
paling best untuk korang yang s**a cabaran!
Bayangkan ride ATV merentas hutan sejauh 3KM, penuh dengan laluan lasak, lumpur, dan pemandangan gila cantik.
πΈ Harga pun steady je β RM50 (125cc) & RM60 (200cc). Confirm berbaloi untuk pengalaman yang rare ni!
π² Jangan tunggu lama, DM/WhatsApp terus 011-4028 2879 (Admin) untuk booking.
Jom ajak geng, kasi pecah boring weekend korang dengan adventure yang padu! ππ²