05/02/2026
Terima kasih PKDCH FC sudi bertandang ke raub .
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
PASUKAN BOLASEPAK YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH RAUB
05/02/2026
Terima kasih PKDCH FC sudi bertandang ke raub .
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
14/01/2026
14/01/2026
Nak cakap elok elok dengan semua abam2 beruniform yang kami hormat dan sayang. Ramai abam jadi hero masa orang susah, tempat kami mengadu bila ada kecemasan.
Sebab tu bila orang nampak abam merokok di kawasan larangan, ramai rasa serba salah dan sedih sikit. Anak kecil tengok, warga emas lalu lalang, semua pandang abang sebagai contoh.
Kalau sekarang belum mampu berhenti terus, tak apa. Boleh mula pelan pelan. Di Klinik Kesihatan ada Klinik Berhenti Merokok yang sedia bantu, rahsia terjaga, ikut kemampuan abang. Datang bincang dulu pun tak apa, asalkan ambil langkah pertama.
Tak merokok pun abam tetap handsome, tetap bergaya. Malah lebih segak bila nafas segar. Abam jaga keselamatan kami, jom sama sama jaga paru paru sendiri juga. 💙🚭
21/02/2025
Terima kasih atas kunjungan PKDCH FC .Sehingga berjumpa lagi.
Fulltime 1-3
02/08/2024
FULL TIME
KESURA FC (2) VS (1) PASAR RAUB FC
Walaupun Pasar Raub Fc baru sahaja ditubuhkan namun kesefahaman antara mereka amat baik.Beberapa kali percubaan yang baik berjaya dilakukan , namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Dengan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama Kesura Fc walau hanya baru lebih kurang 5 minit masa permainan dijalankan tidak sedikit pun merencatkan serangan pasukan KESURA FC ..Adakah ini hikmah di sebalik kecederaan beliau?(Nama dirahsiakan)
Tahniah kepada kedua2 pasukan..Semoga dengan perlawanan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita dan memeriahkan lagi senario bolasepak di daerah Raub.
Terima kasih PASAR RAUB FC. !!!Sehingga berjumpa lagi ..
22/05/2024
THAILAND TUNDUK DENGAN MALAYSIA
Duo MALAYSIA juara Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2024 tewaskan Thailand dalam perlawanan sengit 2 set.
Tahniah Noraizat Nordin dan Aidil Aiman 🇲🇾❤️
Gambar: BERNAMA