Ex Pai Wen Team

Ex Pai Wen Team

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ex Pai Wen Team, Sport & recreation, Ranau.

Ex Paiwen Fc
Platform pembangunan akar umbi bola sepak yang berteraskan disiplin yang kukuh,budaya hormat menghormati dan komitmen tanpa kompromi demi melahirkan generasi pemain yang tinggi dalam membentuk pemain berkualiti,berkarakter dan berdaya saing.

09/06/2026
27/05/2026

“Dari pertama kali sentuh bola,
kami yang ajar langkah demi langkah.
Jatuh bangun mereka, kami nampak sendiri.
Dari kosong sampai ada nama di padang.
Tapi bila mereka mula menyerlah,
ada yang datang bukan untuk membina…
tetapi mahu menuai hasil tanpa merasa susah dari awal.”
“Bukan senang mahu bentuk pemain dari kosong.
Perlu masa, kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan.
Kami didik mereka jadi pemain yang ada disiplin dan semangat.
Bila mereka sudah pandai, jangan lupa siapa yang bersama waktu mereka masih tiada apa-apa.”
“Kami bukan sekadar ajar main bola sepak.
Kami ajar erti hormat, komitmen dan perjuangan.
Dari budak biasa sampai jadi pemain yang orang mula pandang.
Jangan datang hanya mahu ambil hasil, sedangkan proses membina tidak pernah bersama.”
“Padang ini saksi bagaimana mereka bermula dari kosong.
Berpanas, berhujan, jatuh dan bangun bersama.
Hari ini bila mereka mula bersinar, ramai mahu mendekat.
Tapi bukan semua tahu betapa susahnya membina dari bawah.”
“Bina pemain dari kosong itu satu perjuangan.
Semua orang mahu pemain yang sudah jadi…
tetapi tidak semua sanggup melalui proses membentuk mereka.”

27/05/2026

“Kami ajar mereka dari kosong…
dari tidak tahu apa-apa, sampai pandai berdiri sebagai pemain bola sepak.
Kami bentuk disiplin, semangat, hormat dan kerja keras.
Tapi bila mereka mula bersinar, ada p**a yang datang mahu ambil mereka demi kepentingan sendiri.
Namun bagi kami, bola sepak bukan tentang siapa memiliki pemain…
tetapi siapa yang benar-benar ikhlas membina masa depan mereka.”

14/05/2026

Ex Paiwen Fc

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli keluarga,sanak saudara dan rakan-rakan yang meraikannya..Maaf zahir dan batin.Salam 0-0

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ranau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Ranau