22/07/2026
Satu hati, seribu impian bersama.
BRANCH : Putrajaya | Kuala Lumpur | Petaling Jaya | Setapak
22/07/2026
Satu hati, seribu impian bersama.
Hari Rabu dah ada port baru! β½π₯
Akaputra kini berada di Sri Alfaizeen Kota Warisan pada setiap hari Rabu petang.
Jom sama-sama berlatih, belajar dan seronok bermain bola dalam suasana yang positif. Kami jumpa anda setiap Rabu petangππ
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Setia Youth Putrajaya atas kesudian mengadakan perlawanan persahabatan bersama Akaputra.
Perlawanan ini bukan sekadar tentang keputusan di atas padang, tetapi juga tentang mengeratkan silaturahim, membina semangat kesukanan, dan saling berkongsi pengalaman.
Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan dan menjadi permulaan kepada lebih banyak perlawanan yang bermanfaat pada masa akan datang.
Jumpa lagi di padang. Terima Kasih! π€β½π
β½ποΈ Akaputra Beach Soccer is here!
Pasir bukan penghalang, tetapi medan untuk mencipta kenangan. πβ½
Setiap bulan, Akaputra membawakan Beach Soccer sebagai ruang untuk membina kecergasan, persahabatan dan semangat berpasukan.
Jumpa anda di gelanggang pasir. Kita main, kita belajar, kita berkembang bersama.
Jumaat bukan sekadar penghujung minggu.
Di Sri Al Baghdadi Putrajaya, ia menjadi ruang untuk anak-anak belajar, bergerak, berani mencuba dan berkembang bersama Akaputra.
Membina karakter, mengukuhkan persahabatan dan mencipta kenangan yang memberi makna. Insya-Allah, jumpa setiap hari Jumaat. π€β½
Setiap hari Selasa, Akaputra diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kelab Futsal Sri Alfaizeen Putrajaya. β½π
Bukan sekadar mengajar bermain futsal, tetapi membentuk disiplin, keyakinan, semangat berpasukan dan sahsiah anak-anak.
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Semoga setiap sesi latihan menjadi ruang untuk terus belajar, berkembang dan mencipta kenangan yang bermakna.
π₯ Throwback Akaputra Family Ride π₯
Tempoh hari, Mak Adam sempat belanja satu aksi yang mencuri perhatian! ππ΄
Berani turun tangga dengan basikal, memang steady! πͺ
Tahniah Mak Adam atas aksi yang menghiburkan. Tapi kepada semua, jangan sesekali mencuba aksi seperti ini tanpa kemahiran, persediaan dan langkah keselamatan yang betul.
30/06/2026
π΄ Akaputra Family Ride 2026
Alhamdulillah, program kali ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.
Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa dan anak-anak yang bersama-sama menjayakan kayuhan komuniti ini. Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat.
π₯ Tonton video penuh di YouTube:
π https://youtu.be/_YX4c6W_Kmc?si=qhJfGY2g95tlI1j8
Ride Together. Grow Together.
Akaputra Family Ride 2026 π΄ | Ride Together, Grow Together | Monthly Community Cycling Day Jom saksikan kemeriahan Akaputra Family Ride 2026 yang menghimpunka...
Bakat dibentuk melalui latihan yang konsisten. Jumpa di latihan mingguan futsal Akaputra! β½π₯
β½ Tempoh hari telah berlansung satu perlawanan persahabatan antara Akaputra dan Superkids di Padang Turf Presint 8. Menimba pengalaman, mengeratkan persahabatan dan membina semangat kesukanan. π€©
| Monday | 10:00 - 20:00 |
| Tuesday | 10:00 - 20:00 |
| Wednesday | 10:00 - 20:00 |
| Thursday | 10:00 - 20:00 |
| Friday | 10:00 - 20:00 |
| Saturday | 10:00 - 20:00 |
| Sunday | 10:00 - 20:00 |