17/06/2026
Alhamdulillah, Pertandingan Bola Hijrah anjuran bersama Surau Ritma Perdana dan Ritma Table Tennis Club - RTTC telah berlangsung dengan jayanya.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Kehadiran, semangat kes**anan, komitmen dan sokongan yang diberikan telah memeriahkan serta menyumbang kepada kejayaan program ini.
Tahniah kepada para pemenang atas pencapaian yang membanggakan, dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik. Semoga ukhuwah yang terjalin serta semangat s**an yang dipupuk melalui program ini terus berkekalan.
Terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita berjumpa lagi untuk program berikutnya.
**anan ππβ¨
15/06/2026
π CABARAN BOLA HIJRAH 1448H π
Sempena sambutan Awal Muharram, Surau Ritma Perdana dengan kerjasama Ritma Table Tennis Club - RTTC menjemput semua anak kariah untuk menyertai Cabaran Bola Hijrah, sebuah permainan yang menguji fokus, kesabaran dan kemahiran peserta!
π Cabaran Bola Hijrahπ
Uji kemahiran anda dalam perlawanan ping pong dengan bet tanpa getah. Siapa yang paling bijak mengawal rentak permainan akan muncul sebagai pemenang!
π
Tarikh: 17 Jun 2026
π Masa: 9.30 Pagi - sebelum zohor
π Tempat: Surau Ritma Perdana
π Peserta: Penduduk Ritma Perdana sahaja
Kategori Pertandingan
π¦π§ Kanak-kanak: 9 tahun hingga 14 tahun
π§π© Remaja & Dewasa: 15 tahun ke atas
π Hadiah piala berserta hamper untuk no. 1, 2 & 3.
π Penyertaan adalah percuma.
Jom meriahkan sambutan Awal Muharram bersama keluarga dan sahabat di Surau Ritma Perdana.
Sertai cabaran ini dan buktikan siapa yang paling cekap mengendalikan Bola Hijrah!
Hijrah Membina Ummah, Bersama Kita Meriahkan Muharram.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
π En. Sidek
https://wa.me/60175217415?text=pertandingan%20bola%20hijrah
15/06/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Ritma Table Tennis Club - RTTC
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli RTTC yang sentiasa memberikan komitmen, sokongan dan semangat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Kehadiran serta kerjasama anda semua adalah kekuatan utama kelab ini.
Untuk makluman, minggu ini RTTC akan berehat seketika dari game s**a suki bagi memberi laluan kepada program Family Day 2026.
Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.
Insya-Allah, kita akan kembali meneruskan aktiviti di meja ping pong seperti biasa pada minggu hadapan dengan semangat yang lebih segar.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua.
Selamat bercuti dan selamat ber-Family Day! β€οΈ
14/06/2026
πβ¨ ALHAMDULILLAH, KEJOHANAN MASTER KAYU RTTC 1.0 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA! β¨π
Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir, berjuang dan memeriahkan Kejohanan Master Kayu RTTC 1.0. Anda semua adalah sebab kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangat, persahabatan dan aksi yang hebat! πͺπ₯
Tahniah kepada para pemenang yang berjaya menaiki podium π, dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik sehingga ke mata terakhir. Menang atau kalah, anda semua adalah juara kerana berani menyahut cabaran! π
Jutaan terima kasih juga kepada semua AJK, pengadil, penaja, penyumbang serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Tanpa anda, kejohanan ini tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar. β€οΈ
Kami berharap ukhwah dan persahabatan yang terjalin melalui s**an ping pong ini akan terus berkekalan dan berkembang dari semasa ke semasa.
πΈ Kongsikan gambar atau momen kegemaran anda sepanjang kejohanan di ruangan komen!
π Kami nak tahu:
π Perlawanan manakah yang paling anda ingati?
π Siapakah lawan paling mencabar yang anda hadapi?
Jangan lupa tag rakan-rakan yang turut serta dalam kejohanan ini! π
Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dalam KEJOHANAN DOUBLE MASTER KAYU RTTC yang lebih meriah, lebih kompetitif dan lebih hebat hujung tahun ini! π
ππ
13/06/2026
Setelah dikira oleh penganjur, bola yang pecah adalah sebanyak 15 biji.
Tahniah saudara Ahmad Sidek atas tekaan anda yang sangat tepat.
Sila berjumpa dengan dato presiden Nor Asyrul untuk mendapatkan wang saguhati dah satu side tape bet ping pong.
Tahniah!
13/06/2026
Ada 13 tekaan. Petang ini akan diumumkan berapa biji bola yang pecah hasil dari game Master Kayu RTTC 1.0.
12/06/2026
π PERTANDINGAN MENEKA BILANGAN BOLA PING PONG PECAHπ
Adakah anda dapat meneka dengan tepat berapa biji bola ping pong yang bakal dipecahkan sepanjang game master kayu esok? π€
π Cara Penyertaan:
1. Follow page RTTC & share posting ini.
2. Komen jumlah tekaan anda.
3. Kongsi (share) posting ini secara umum (public).
π Hadiah: Wang saguhati dan side tape.
π
Tarikh Tutup: 10 Pagi 13 Jun (sejam selepas game bermula)
π Syarat & Peraturan:
1. Setiap peserta hanya dibenarkan 1 tekaan sahaja.
2. Penyertaan selepas waktu tutup tidak akan diterima.
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat atau paling hampir dengan jumlah sebenar.
4. Jika terdapat lebih daripada seorang pemenang dengan tekaan yang sama, cabutan bertuah akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
5. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
6. Penganjur berhak mengubah syarat pertandingan atau membatalkan pertandingan jika perlu.
β¨ Jom sertai sekarang dan uji tekaan anda!
Semoga berjaya! ππ
09/06/2026
RTTC amat menghargai sumbangan bayaran walk-in dari pemain yang bukan ahli.
Duit yang disalurkan terus ke akaun kelab kami akan digunakan untuk pembangunan kelab seperti membeli bola baru, membeli kuih-muih dan minuman untuk player main s**a-suki dan lain-lain hal lagi yang memerlukan duit.
Terima kasih semua yang menyokong Ritma Table Tennis Club - RTTC !
09/06/2026
Jawatan Kosong: Bahagian Pengurusan
Mencari calon pemain yang cekap mengurus kerja, fail dan jadual.
Keutamaan kepada yang kurus, sebab jawatan ini banyak menguruskan.
Yang gemuk jangan risau, kami cadangkan untuk memohon di bahagian penggemukan β tugas utama memperbanyak stok makanan kelab dan memastikan kuih tournament tidak membazir. π
Nota: Ini sekadar gurauan. Yang penting rajin stroke setiap hari hehehehe.