02/09/2026
Semangat kemerdekaan turut disemarakkan di KGPA menerusi penganjuran Ladies Activity yang telah disertai seramai 48 peserta wanita sekali gus menunjukkan sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan. Penyertaan daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini jelas mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi antara nilai penting dalam meraikan kemerdekaan. Kejohanan seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga KGPA.
23/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada LEAN KING KEONG (L291) yang telah meraih juara dalam Kejohanan Piala Merdeka bagi edisi 2026. Semoga momentum serta prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan dan terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada seluruh pemain yang turut serta di dalam kejohanan kalini. Syabas dan tahniah diucapkan di atas kesungguhan semangat kesukanan yang diberikan sepanjang berlangsungnya Piala Merdeka 2026 ini.
27/07/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Syazwan Bin Kamalul Azam (H234-S1) yang telah meraih juara dalam Kejohanan Juara Kelab bagi edisi 2026. Semoga momentum serta prestasi cemerlang ini dapat dikekalkan dan terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
13/04/2026
Gambar-gambar sekitar penganjuran PIALA AJK AM 2026 yang berlangsung pada 12 April 2026,Ahad.
Terima kasih kepada semua peserta. Syabas dan tahniah keatas semua pemenang dan diharapkan agar semua pemain dapat memberikan kesungguhan yang tinggi untuk kejohanan yang akan datang.
golfchannel
09/04/2026
Tahniah! Pemenang keseluruhan PGM KGPA Closed Championship telah dimenangi oleh Aiden Kei bagi Kategori Lelaki dan Liyana Durisic bagi Kategori Wanita. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
09/04/2026
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PGM KGPA CLOSED CHAMPIONSHIP 2026 HARI KETIGA ROUND 3
08/04/2026
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PGM KGPA CLOSED CHAMPIONSHIP 2026 HARI KEDUA ROUND 2
20/03/2026
Syawal menjelma, penuh makna dan keindahan 🌙✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga keberkatan mengiringi setiap langkah kita.