07/07/2026
Saksikan aksi Suku Akhir BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan secara langsung menerusi siaran rasmi yang disediakan.
Dengan hanya RM10, anda berpeluang menyaksikan 2 perlawanan yang bakal berlangsung di PBNS BubblesO2 Arena, Seremban malam ini.
Dapatkan akses tontonan anda melalui pautan berikut:
https://ligapremierns.com
07/07/2026
Hari Perlawanan!
Aksi Suku Akhir BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan 2025/2026 diteruskan malam ini dengan dua lagi perlawanan yang bakal berlangsung di PBNS BubblesO2 Arena, Seremban.
🕗 8.00 Malam
⚽ Jempol Dreams 🆚 NS Forces Warriors FC
🕥 10.30 Malam
⚽ N Nine FC 🆚 Negeri Sembilan United FC
Dengan hanya RM10, anda boleh menyaksikan kedua-dua perlawanan secara langsung menerusi laman rasmi BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan.
https://ligapremierns.com
04/07/2026
Jadual Perlawanan BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan 2025/2026 | Suku Akhir
Aksi kalah mati akhirnya tiba! Lapan pasukan terbaik kini hanya selangkah lagi daripada mengesahkan tempat ke separuh akhir.
Siapa yang bakal meneruskan kemaraan, dan siapa p**a yang akan menamatkan perjalanan mereka dalam saingan BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan 2025/2026?
03/07/2026
The Poacher
Mirza menampilkan ciri-ciri pemain yang bekerja keras, berani mengambil peluang di kawasan serangan, dan mempunyai naluri untuk berada di posisi yang tepat ketika pasukannya memerlukan jaringan serta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang perlawanan.
Memiliki keyakinan tinggi ketika menguasai bola serta ketenangan dalam membuat keputusan, Mirza sentiasa berusaha memberikan impak kepada pasukan.
Pemain yang rajin bekerja di atas padang, tidak mudah mengalah dalam perebutan bola, serta mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan kehendak taktikal pasukan.
Ketenangan ketika berada di bawah tekanan dan kesanggupan membantu rakan sepasukan menjadikannya aset yang bernilai.
Terus mencipta kejayaan Mirza !!!
Nama Penuh : Mirza Malik
Posisi : Penyerang
No Jersi : 10
Minit permainan : 712 minit
Penampilan kesebelasan utama : 10
Jumlah jaringan : 3
02/07/2026
The Trickster
Kelajuan, keberanian dan kreativiti menjadi identiti utama Abdul Afiq Hilman setiap kali turun beraksi.
Beraksi di posisi sayap, beliau memiliki keupayaan melakukan larian pantas, mengatasi pertahanan lawan dalam situasi satu lawan satu serta mencipta peluang berbahaya buat rakan sepasukan.
Selain kepantasan, Afiq turut dikenali dengan kawalan bola yang kemas, keberanian menyerang ruang kosong dan kemampuan menghantar bola tepat ke kawasan berbahaya.
Terus terbang tinggi Afiq !!!
Nama Penuh : Abdul Afiq Hilman bin Abd Halim
Posisi : Penyerang / Sayap
No Jersi : 10
Minit permainan : 421 minit
Penampilan kesebelasan utama : 4
Jumlah jaringan : 6
26/06/2026
The Hitman
Bermain sebagai penyerang utama Aqil Hilman sentiasa bijak mencari ruang di kawasan penalti untuk menjaringkan gol sememangnya tidak dinafikan dengan 10 gol yang berjaya direkodkan.
Gaya permainan agresif namun penuh keyakinan antara senjata utama dimiliki pemain yang mesra disapa dengan gelaran “Aqil Mbappe” dikalangan rakan sepasukan dan penyokong.
Tiada yang mustahil Aqil Hilman !!!
Nama Penuh : Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan
Posisi : Penyerang
No Jersi : 9
Minit permainan : 1,417 minit
Penampilan kesebelasan utama : 17
Jumlah jaringan : 10
25/06/2026
Kedudukan terkini setiap pasukan dalam saingan BubblesO2 Liga Premier Negeri Sembilan 2025/2026 selepas berakhirnya perlawanan minggu ke 12.
25/06/2026
The Golden Hands
V. Rajendran merupakan penjaga gol muda yang sedang membina nama, dilihat sebagai antara bakat muda yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan.
Beliau menjadi tonggak utama benteng pertahanan pasukan dan telah merekodkan pencapaian membanggakan dengan 17 aksi tanpa bolos (clean sheet) disepanjang saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Tangkas diudara selain bijak membaca serangan pihak lawan, V Rajendran turut memiliki keyakinan tinggi setiap kali diturunkan beraksi.
Terus maju dan cipta kejayaan V Rajendran !!!
Nama Penuh : Rajendran Veloo
Posisi : Penjaga Gol
No Jersi : 16
Minit permainan : 2,262 minit
Penampilan kesebelasan utama : 25
Tanpa Bolos : 17
24/06/2026
The Wizard
Anak jati kelahiran Meru, Selangor ini mempunyai kepantasan larian dan kelincahan apabila melakukan serangan.
Mahir mengawal bola dan melakukan gerakan serta kemahiran menggelecek yang baik, Haykal Danish juga kreatif dalam mencipta peluang jaringan.
Pemain ini juga dilihat antara bakat muda yang berpotensi besar untuk menjadi tonggak masa depan bola sepak Malaysia
Teruskan mencipta kejayaan Haykal Danish !!!
Nama Penuh : Muhammad Haykal Danish bin Mohd Haizon
Posisi : Pemain Tengah
No Jersi : 10
Minit permainan : 1,575 minit
Penampilan kesebelasan utama : 19
Jumlah jaringan : 8