Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad, Tingkat 1, Dewan SS 5a/15 Kelana Jaya, Petaling Jaya.
17/09/2025
Program Jom Sihat, Zumbaria Ahli Majlis Zon 21 kerjasama KRT SS5C, Kelana Jaya, diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia untuk semarakkan Cinta kepada Negara dengan memperingati sejarah, menghargai jasa pemimpin terdahulu dan memperkukuhkan semangat perpaduan dan patriotik di kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti Zumba & Chair Robic di selitkan juga program “Bual Bicara Gaya Hidup Sihat & Kesedaran Kanser” untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang, senaman berkala dan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser bagi meningkatkan peluang kesembuhan.
Aktiviti interaktif ini dapat membentuk generasi yang lebih sihat dan cergas.
MBPJ
15/09/2025
🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA 2025🇲🇾
Bersama-sama kita meraikan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.
Pn Rozazitah binti Haji Ahmad, PJK
Ahli Majlis Zon 21
08/09/2025
Syukur alhamdulillah, 7 September 2025 Perarakan Maulidur Rasul 1447H / 2025 bertemakan “Membangun Ummah MADANI" menekankan usaha membina masyarakat yang beradab dan mengangkat aspek kepimpinan yang berteraskan keadilan dan ihsan telah diadakan.
Program anjuran Ahli Majlis Zon 21 telah di rasmikan oleh Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi & ADN Seri Setia.
Terimakasih diucapkan kepada Ustaz Haji Dzulkarnain Hamzah, MPPZon 21, AJK Surau Al-Ittifaqiah, Seni Silat Burung Rajawali Putih, Vision University College, Kariah Surau dan Pasukan Sukarelawan turut serta memeriahkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
MBPJ
03/09/2025
24 Ogos 2025 | Perarakan Di Ambang Kemerdekaan 2025 Ahli Majlis Zon 21
Program ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat aspirasi Malaysia MADANI tetapi untuk memupuk semangat patriotisme, mengukuhkan rasa cinta dan bangga kepada negara, serta mengingatkan rakyat tentang kepentingan perpaduan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.
(maaf kelewatan kongsikan gambar program)
MBPJ
30/08/2025
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 68
31 OGOS 2025
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!
MBPJ
21/07/2025
19 Julai 2025 | Misi Ziarah Kasih Ahli Majlis MBPJ Zon 21
Menziarahi dan menyantuni beberapa keluarga di sekitar SS5 & SS 6, Kelana Jaya dengan memberikan sedikit bantuan kepada mereka terutamanya golongan asnaf, warga emas dan juga pesakit terlantar. Diharapkan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung juga menjadi platform mengeratkan silaturahim antara penerima berbilang kaum.
Terimakasih kepada kepada MPP Zon 21 turut sama menziarahi.
゚viralシ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tingkat 1, Dewan SS 5a/15 Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301
Opening Hours
| Monday | 09:30 - 16:30 |
| Tuesday | 09:30 - 16:30 |
| Wednesday | 09:30 - 16:30 |
| Thursday | 09:30 - 16:30 |
| Friday | 09:30 - 16:30 |