30/08/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Shah GFC & Firdaus JTT atas kejayaan cemerlang dalam MFN Mega 8 (2026) β Pro & Pro-Am!
Kedua-dua atlet merupakan sebahagian daripada ahli gabungan Persatuan Muay Thai Negeri Selangor.
Kemenangan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kerja keras yang telah dicurahkan sepanjang persiapan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama Selangor dalam arena Muay Thai.
Tahniah sekali lagi kepada Shah GFC & Firdaus JTT!
SELANGOR BOLEH! π΄π‘
MUAY THAI SELANGOR! π΄π‘
30/08/2026
π²πΎ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! π²πΎ
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menjaga keharmonian yang telah kita bina bersama.
Berbeza bangsa, agama dan budaya, kita tetap satu Malaysia. β€οΈπ²πΎ
Semoga Malaysia terus maju, aman, makmur dan dihormati di persada dunia.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
30/08/2026
FULL FIGHT CARD UPDATED. LETβS GO! π₯
DAY ONE β 29 AUGUST
DAY TWO β 30 AUGUST
Saturday, doors open 8:30AM.
The fighters are ready, the matchups are locked, and this weekend is set to be absolute chaos from the first bell to the last.
Big fights. Big names. No easy matchups.
This card is going to be a BANGER.
π HELP University, Subang Bestari
ποΈ Tickets available now β http://t2u.asia/e/51261
Limited tickets available. See you there. π₯
JUST BUILD Official Klinik Pergigian Afya Putrajaya
28/08/2026
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Persatuan Muaythai Selangor sedang mencari atlet daripada ahli gabungan yang berminat dan sesuai untuk menyertai pertandingan kategori Pro-Am & Pro bagi event yang akan berlangsung pada tarikh berikut:
π₯ 10 Oktober 2026
π₯ 17 Oktober 2026
π₯ 31 Oktober 2026
Sekiranya ada atlet daripada persatuan/kelab anda yang dirasakan sesuai, berpengalaman dan bersedia untuk bertanding, pihak anda boleh menghantar profil atlet kepada saya untuk tujuan pemilihan dan padanan perlawanan.
Mohon sertakan profil ringkas atlet seperti:
Nama
Umur
Berat badan / weight class
Rekod perlawanan
Pengalaman bertanding
Kategori yang sesuai (Pro-Am / Pro)
Kerjasama dan sokongan daripada semua ahli gabungan amat kami hargai.
Terima kasih. π₯
Muhd Munzir Mustapha
25/08/2026
TAHNIAH SELANGOR! ππ₯
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN SUKMA XXII Selangor 2026! π₯β€οΈπ
Kejayaan ini adalah hasil daripada kerja keras, semangat juang dan pengorbanan semua atlet, jurulatih, pengurus, pegawai serta seluruh pihak yang terlibat. πͺ
KEJAYAAN INI MILIK KITA SEMUA! β€οΈπ
25/08/2026
β¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M π
Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati dan menghayati perjuangan serta mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita semua sentiasa diberkati dan diberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah serta mencontohi keperibadian Baginda dalam kehidupan seharian.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul πβ¨
25/08/2026
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026 π
Kontinjen Selangor menutup saingan SUKMA XXII dengan kutipan 101 pingat emas, 73 pingat perak dan 71 pingat gangsa, sekali gus mencipta kejayaan membanggakan buat seluruh rakyat Selangor. π₯
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas kesudian mencemar duli berangkat hadir dan memberikan sokongan secara langsung kepada atlet-atlet Kontinjen Selangor sepanjang saingan SUKMA XXII.
Ribuan terima kasih turut dizahirkan kepada YAB Datoβ Seri Amirudin bin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor atas sokongan, komitmen dan kepercayaan penuh yang diberikan kepada Kontinjen Selangor.
Penghargaan juga buat persatuan-persatuan sukan, jurulatih, pegawai pasukan, bapa-bapa angkat pasukan, ibu bapa, sukarelawan, rakan-rakan media serta seluruh warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan perjuangan Kontinjen Selangor.
Tidak dilupakan, seluruh rakyat Selangor yang terus memberikan sokongan padu, doa dan semangat kepada para atlet. Sorakan dan sokongan anda menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus berjuang mengharumkan nama Selangor. π΄π‘
Satu Selangor, satu semangat. Tahniah Kontinjen Selangor! π
28/07/2026
Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet Muaythai Selangor yang telah berjaya merangkul Pingat Emas di 1ST IFMA Muaythai School World Championship 2026!
Kejayaan ini membuktikan hasil usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Lebih membanggakan, mereka merupakan bakal pelapis atlet Muay Thai di Negeri Selangor yang berpotensi untuk terus mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.
π Senarai Atlet Pingat Emas:
π₯ Aina Qaisara bt Muhd Munzir (Lekir Fight Team)
π₯ Nur Damia Qairina bt Muhamad Nur Iman (Jordan Top Team)
π₯ Muhammad Harith Zahwan Bin Mohd Hafiz (Jordan Top Team)
π₯ Ameera Adellia bt Al-Aizzad (242 Muaythai)
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Tahniah kepada para atlet, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam pembangunan sukan Muay Thai. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai juara dunia dan mengukuhkan Selangor sebagai antara negeri yang melahirkan atlet Muay Thai terbaik di Malaysia. π²πΎπ₯