Bola Brigade

Bola Brigade

Share

•BOLA BRIGADE•

30/08/2026

Bila perpindahan venue melibatkan JDT, semua terpekik terlolong, bila melibatkan Selangor semua membisu. Binawe paranawe betul. 😎

29/08/2026

Berkicap jugak Selangor nak kejar JDT. Jumlah gol JDT pun susah Selangor nak kejar. ✌️😅

29/08/2026

Alaaa.. nanti bila lawan JDT leburlah rekod ni. Sebab tu KPG diumum masuk selepas lawan JDT musim lepas. Kalau tak awal awal lagi dah kalah. 🤭

29/08/2026

Nampaknya dah bermulalah episod Selangor sukar nak kejar JDT biarpun masing masing mengutip mata yang sama. Sebab JDT hebat. ✌️😎

28/08/2026

Mana maruah??
Kata Ultrasel kepada diri sendiri. ✌️😎

28/08/2026

Selangor menang, tapi kekal di bawah JDT. Sekian. ✌️😎

28/08/2026

Hari ini merupakan perlawanan antara Terengganu FC dan Selangor FC. Kebiasaannya, perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini agak panas dan pernah dicemari pelbagai insiden negatif.

Untuk perlawanan malam ini, diharapkan semua pihak termasuk pemain, pegawai dan penyokong dapat menjaga disiplin serta keselamatan.

Jangan hanya tau melaungkan "Stop The Violence", tapi kamu sendiri yang melakukan keganasan. ✌️😎

28/08/2026

Kepada ketua Ultrasel, Encik Rambo, sila jangan jadi beruk. Hormat penguatkuasa yang bertugas. Control sikit bebudak Ultrasel tu, jangan menyusahkan orang awam dan buat vandalisme. Kalau kamu sendiri berperangai seperti beruk, macam mana lah penyokong bola sepak Malaysia nak dengar cakap kamu? ✌️😎

28/08/2026

Hari Perlawanan‼️Mereka yang hisap dadah dilarang hadir. Takut ada drama masuk kedalam sekali lagi. ✌️😅

27/08/2026

Arif Aiman kembali, 1 gol dan 3 bantuan gol jadi isyarat kebangkitan

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kembali memperlihatkan kualiti sebenar apabila tampil cemerlang dengan satu gol dan tiga bantuan gol ketika menentang KRW.

Aksi tersebut menjadi petanda jelas bahawa pemain berusia muda itu semakin menemui semula rentak terbaiknya selepas melalui tempoh yang mencabar sebelum ini. Dengan penglibatan secara langsung dalam empat jaringan, Arif sekali lagi membuktikan mengapa namanya sentiasa dianggap antara pemain paling berbahaya dalam bola sepak Malaysia.

Bukan sekadar menjaringkan gol, kemampuan Arif mencipta peluang dan membuka ruang kepada rakan sepasukan terus menjadi kekuatan utamanya. Kelincahan, visi permainan serta kreativiti di kawasan serangan menjadikan setiap sentuhannya mampu mencetuskan ancaman.

Kebangkitan ini juga hadir pada waktu yang tepat menjelang saingan musim baharu. Selepas pernah menguasai pentas individu bola sepak tempatan, Arif kini dilihat mempunyai satu lagi misi besar iaitu merampas semula anugerah Penyerang Terbaik dan MVP.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Petaling Jaya
46200