Kelab Hoki UTeM

Kelab Hoki UTeM

Share

Laman rasmi bagi Kelab Hoki Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM.

MISI
> Untuk melahirkan atlet yang berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang cekal disamping memberi manfaat kepada tubuh badan dan kesihatan pelajar. VISI
> Untuk memperkenalkan sukan hoki sebagai salah satu cara kepada para pelajar UTeM untuk mengurangkan stress.

> Mengetengahkan bakat-bakat yang ada pada para pelajar UTeM dalam sukan hoki.

> Meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menguruskan sesebuah aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Hoki UTeM.

25/05/2026

terbaik

Persatuan Hoki Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan, barisan jurulatih, pegawai serta pemain-pemain yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha berpasukan, pengorbanan serta sokongan padu daripada ibu bapa, penyokong dan semua pihak yang sentiasa bersama pasukan dari awal hingga akhir kejohanan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih ramai bakat muda hoki yang mampu mengharumkan nama Negeri Melaka pada masa akan datang.

“Bersatu, Berjuang, Berjaya demi Melaka.”

Photos from Kelab Hoki UTeM's post 26/04/2026

Perlawanan Persahabatan Hoki Lelaki & Wanita UTeM
25 April 2026

UTeM vs UMPSA
Lelaki 4- 0
Wanita 1-2

Terima kasih UMPSA Hockey Team atas perlawanan ini bagi menjalin ukhwah universiti MTUN


Photos from Kelab Hoki UTeM's post 24/12/2025

Pasukan Hoki Pelajar UTeM telah meraih kemenangan Tempat Ke 4 bagi Kategori Terbuka di Kejohanan 48th Pesta Hoki USM- Penang International 2025 pada 18 hingga 21 Disember 2025 bertempat Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pencapaian Pasukan & Keputusan Perlawanan

1. Pasukan Hoki Lelaki UTeM Dragon
Pencapaian : Tempat Ke 4 Liga Kategori Terbuka

Perlawanan Peringkat Kumpulan
UTeM Dragon (1) vs (1) RAMD B
UTeM Dragon (4) vs (0) KJHA
UTeM Dragon (0) vs (0) Pejizo Lions HT

Perlawanan Suku Akhir
UTeM Dragon (0) vs (0) The Boys
Menang penalti (1-0) (Sudden Death)

Perlawanan Separuh Akhir
UTeM Dragon (0) vs (2) DHT Cobra

Perlawanan Tempat 3 & 4
UTeM Dragon (0) vs (0) USM PSR
Kalah Penalti (0-1) (Sudden Death)

2. Pasukan Hoki Lelaki UTeM Naga
Pencapaian : Peringkat Suku Akhir

Perlawanan Peringkat Kumpulan
UTeM Naga (0) vs (1) RAMD C
UTeM Naga (1) vs (1) MBJB B

Perlawanan Play-Off
UTeM Naga (1) vs (0) USM KK

Perlawanan Suku Akhir
UTeM Naga (0) vs (2) X Player A

3. Pasukan Hoki Wanita UTeM Ladies
Pencapaian : Peringkat Kumpulan

Perlawanan Peringkat Kumpualn
UTeM Ladies (0) vs (0) X PLayer B
UTeM Ladies (1) vs (1) USM Phoenix
UTeM Ladies (0) vs (3)UKM Python

TAHNIAH & SYABAS




22/12/2025

48th Pesta Hoki USM -Penang International 2025

Photos from Kelab Hoki UTeM's post 15/12/2025

PENGANJURAN DAN PENYERTAAN KEJOHANAN HOKI 9 SEBELAH KALI KE-8 TERTUTUP UTeM 2025
| 12 & 13 DISEMBER 2025 | KOMPLEKS SUKAN UTeM

Kejohanan Hoki Kali ke-8 ini yang dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan yang baik Pusat Sukan UTeM & Centre of Alumni, Career & Employability, UTeM , HEPA, Alumni-Alumi Hoki UTeM (2005-2025) dan Kelab Hoki Staf UTeM

Penyertaan kali ini melibatkan 70 orang alumni, 100 orang pelajar dan 13 orang staf. Sebanyak 12 pasukan menyertai iaitu 5 pasukan Alumni, 1 pasukan staf, 6 pasukan pelajar bagi kategori Lelaki & wanita.

Turut Hadir dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah & Ramah Mesra bersama Alumni Hoki UTeM di Perkarangan Stadium UTeM.

Terima kasih juga kepada Alumni-Alumni Hoki UTeM yang sentiasa menyokong pembangunan sukan hoki di UTeM, semoga kejohanan ini dapat memperteguhkan hubungan alumni dengan universiti.

Keputusan Rasmi Kejohanan

KATEGORI LELAKI
JOHAN - Pasukan Pelajar 4
NAIB JOHAN - Pasukan Pelajar 2
TEMPAT KETIGA - Pasukan Pelajar 3

KATEGORI WANITA
JOHAN - Pasukan Pelajar 1
NAIB JOHAN - Pasukan Alumni
TEMPAT KETIGA - Pasukan Pelajar 2

Tahniah & Syabas





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Penang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Penang Malaysia
Penang