30/05/2026
Seluruh warga Alumni SHAH Pekan dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Cikgu Syarifah Norulzalihan.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
Seluruh warga Shah Pekan berduka. Dimaklumkan bahawa Cik Sharifah Norulzalihan Binti Syed Abdul Rahim yang bertugas sebagai Kaunselor Shah Pekan telah kembali ke Rahmatullah pada malam ini.
Justeru di malam yang penuh keberkatan pada hari Jumaat yang mulia, Mohon sedekahkan doa dan al-fatihah buat arwah, doakan roh arwah dicucuri Rahmat, InsyaAllah aaminn.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Semoga Allah menerima segala pengorbanan kita dan melimpahkan keberkatan buat seluruh warga Alumni SHAH Pekan serta keluarga tercinta.
24/05/2026
TAHNIAH PASUKAN DEBAT Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
https://www.facebook.com/share/p/1ENK9jyyWC/
22/05/2026
SALAM TAKZIAH
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Allahyarham Nor Apian Bin Md Said (Batch SPM 1993), telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mei 2026.
Seluruh warga Alumni SHAH Pekan, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.
Bagi Alumni yang ingin menyumbang, butiran akaun isteri Allahyarham seperti tertera :
NOR AZIZAH BINTI MAT ADAM
Phone : 0102110762
No Akaun : 156169159691-
(Maybank)
16/05/2026
Salam Hormat Alumni,
Untuk yang berkelapangan, jom hadir sama-sama ke Kejohanan Golf Alumni SHAH Pekan siri 2, 2026 yang akan berlangsung di Danau Golf Club, Bangi.
Jemput hadir jam 5pm.
15/05/2026
Selamat Hari Guru buat guru-guru Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan yang telah banyak mendidik dan membimbing kami.
Terima kasih atas segala ilmu, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan dalam membentuk siapa kami pada hari ini. Jasa dan baktimu akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
02/05/2026
Tahniah kepada Pasukan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan atas kejayaan selaku Naib Johan dan Antara 10 Pendebat Terbaik (Idlan Hariez) di Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri SBP Zon Timur 2026.
Ucapan tahniah juga kepada pihak sekolah, PIBG dan Alumni Bahas En. Mohd Syukri atas bimbingan dan sokongan.
Semoga Pasukan Bahas SHAH terus cemerlang di Pertandingan Bahas PPM Kebangsaan Jun nanti dan mengembalikan kegemilangan PPM 2005 dan 2006.
14/04/2026
12 April 2026
Alhamdulillah, SHAH Pekan Golfers Club telahpun berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Golf Inter Sains Malaysia 2026 yang bakal diadakan 13 Jun 2026.
Terima kasih kepada barisan pemain