Wellness Hub Pekan

Wellness Hub Pekan

Share

One stop community centre

30/07/2026

Jom semua kita join kelas petang ini.

Senaman step board ialah aktiviti kecergasan naik turun step board berirama yang berkesan meningkatkan kesihatan jantung, membakar kalori, dan menguatkan otot kaki tanpa memberi tekanan keterlaluan pada sendi.

Banyak kebaikan yang kita boleh dapat melalui aktiviti ini antaranya seperti :

- Kesihatan Jantung: Memperbaiki sistem kardiovaskular dan pengaliran darah.
- Kekuatan Otot: Membentuk dan menguatkan bahagian bawah badan (peha, betis, dan punggung).
- Bakar Kalori: Membantu menurunkan berat badan dengan pantas melalui pergerakan aktif.

Jadi apa tunggu lagi.. jom semua.. Naik Step board, bakar kalori !!






28/07/2026

Dah tahun 2026 ni.. Anda masih merokok ??
Berniat untuk BERHENTI MEROKOK tapi tak tahu bagimana nak bermula ..

Jom dapatkan Perkhidmatan Berhenti Merokok secara PERCUMA di Wellness Hub Pekan!!!.
InsyaAllah kami sedia membantu anda untuk kualiti hidup yang lebih sihat.





Photos from Wellness Hub Pekan's post 24/07/2026

24 Julai 2026 I Jumaat :

MAJLIS PENUTUP PROGRAM INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN I Fit & Eat Right (IFitEr) Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja bersama Wellness Hub Pekan.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit & Eat Right (IFitEr), hasil kerjasama antara Wellness Hub PKD Pekan dan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat yang tinggi sepanjang mengikuti program ini. Tahniah kepada semua peserta atas usaha dan pencapaian dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Semoga ilmu, pengalaman dan amalan yang diperoleh sepanjang program ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan gaya hidup aktif, pemakanan seimbang dan kesihatan yang lebih baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya kepada Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, fasilitator, urus setia dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

"Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil yang konsisten." 💚





Photos from Wellness Hub Pekan's post 16/07/2026

15 Julai 2026 I Rabu :
Kelas senamrobik komuniti dibawah bimbingan Coach Zana. Tahniah dan terima kasih buat semua yang hadir. Jom kekal kan gaya hidup yang aktif dan sihat.





15/07/2026

Jangan lupa, janji temu kita hari ini. Terbuka kepada semua. Hadir berpakaian sukan yang selesa. Jumpa anda nanti ya.

Ehh.. kejap.. ada yang tanya, kena bayar ke ? 🧐Tentulah tidak.. kami buka kepada semua orang awam yang berminat untuk sertai tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa dan yang paling penting untuk anda yang nak kekal sihat.

Ingat semua, Sihat itu Saya. Sihat bermula dari diri sendiri !





Photos from Wellness Hub Pekan's post 14/07/2026

9 Julai 2026 I Khamis :
Program 'Badan Sihat, Gigi Kuat, Senyum Ceria' SK Merchong Jaya

Terima kasih Klinik Kesihatan Pergigian Pekan menjemput Team Wellness Hub bagi mengendalikan sesi Senamrobik bersama anak-anak hebat di SK Merchong Jaya. Terima kasih buat buat seluruh warga kerja dan Ibubapa SK Merchong Jaya kerana hadir menjalani sesi konsultasi komposisi badan dan runding cara hidup sihat.

Pelbagai pengisian menarik turut dijalankan seperti :
- Ceramah Pemakanan Sihat
- Taklimat Kesihatan Pergigian
- Saringan Kesihatan
- Saringan Komposisi Badan

Semoga warga SK Merchong Jaya terus sihat dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif.





Photos from Wellness Hub Pekan's post 07/07/2026

7 Julai 2026 I Sesi Latihan Mingguan IFitEr bersama anggota Bomba dan Penyelamat Pekan.

Tahniah dan Syabas buat anda semua yang hadir bagi sesi kali ini. Moga usaha ini akan terus berterusan serta menjadi amalan harian dalam pembudayaan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, Lakukan aktiviti fizaikal secara berkala, Jauhi rokok dan alkohol serta pastikan tidur anda berkualiti dan mencukupi. Sihat Sepanjang Hayat. Sihat itu Saya.







Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Pekan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 04:30