PBSD PASIR PUTEH 2.0
Alamat : PT 561, Tingkat 1, Jalan Farrer
No Tel : 09-7855320
03/08/2026
*๐ข PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI KELANTAN! ๐ข*
Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita.
Keutamaan Khas diberikan kepada:
- Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini); dan
- Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!).
๐
Butiran seperti berikut:
Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 Pagi โ 5.00 Petang
Tempat: Dewan KOMBES, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
๐ Cara Mendaftar:
Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/4vE1u2vhpGjfEEAH8 atau hubungi urusetia di talian: 0389997956/7973/7954 untuk sebarang pertanyaan.
Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara.
BORANG PENDAFTARAN SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI: KOMUNITI PERTUBUHAN SUKAN NEGERI KELANTAN SIRI 4/2026 Tarikh : 6 Ogos 2026 (Khamis) Tempat : Dewan Kompleks Belia & Sukan Negeri Kelantan Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
03/08/2026
PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA @ PARLIMEN PASIR PUTEH CABARAN X-TRAIL DI JELAWANG PIPE
PASIR PUTEH, 3 OGOS 2026 โProgram Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Pasir Puteh telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 di Jelawang Pipe Resort, Dabong, Kuala Krai.
Program anjuran bersama Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan belia melalui aktiviti yang dapat memberi manfaat dari aspek fizikal, mental, sosial dan pembangunan diri.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada dua elemen utama Gaya Hidup Rakan Muda, iaitu Rakan Ekspresi menerusi modul โYouth Alert, CPR Readyโ , serta Rakan Aktif melalui aktiviti Explore ATV. Modul Youth Alert, CPR Ready memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesedaran keselamatan, tindakan kecemasan serta kepentingan kemahiran bantuan pernafasan (CPR), manakala aktiviti Explore ATV p**a mencabar ketahanan fizikal di samping memupuk semangat kerjasama dan keberanian.
Di samping menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, peserta turut berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi sekitar Dabong yang terkenal dengan panorama hutan, sungai dan persekitaran yang mendamaikan. Suasana tersebut menjadikan program lebih bermakna serta membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi peserta.
Rata-rata peserta menyatakan program ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman baharu, meningkatkan keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam ucapannya, beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform membentuk generasi belia yang aktif, berilmu, berkemahiran dan mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
02/08/2026
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Pasir Puteh 2026
Tarikh : 31 Julai dan 1 Ogos 2026
Tempat. : Jelawang Pipe Resort, Dabong , Kuala Krai, Kelantan
27/07/2026
PASIR PUTEH A MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
PASIR PUTEH, 27 JULAI 2026 โ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghantar dua pasukan bagi menyertai Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada 25 Julai 2026 yang lalu, yang berlangsung di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan yang menghimpunkan sebanyak 20 pasukan mewakili setiap daerah di seluruh negeri Kelantan ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta serta penyokong.
Pasukan Pasir Puteh A berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan bertemu Pasir Mas B. Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga dan bersemangat tinggi. Namun begitu, Pasir Puteh A berjaya menewaskan Pasir Mas B dengan keputusan 31-27, sekali gus melayakkan diri untuk muncul sebagai juara kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Di atas kejayaan tersebut, Pasir Puteh A membawa p**ang wang tunai RM2,000, cek cura, sijil penyertaan dan pingat.
Kejayaan ini membuktikan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta mencungkil bakat atlet bola tampar.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
26/07/2026
**SAMBUTAN HARI OKU PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN DAN JELAJAH LARIAN OBOR HARAPAN PKD PASIR PUTEH*
๐ฅ๐โฟ๏ธ
Ayuh bersama-sama meriahkan!
๐
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
๐ Tempat : Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh
๐ Masa: 7.00 pagi โ 1.00 petang
๐ Tema : Hijau
๐ฟ Yuran Pendaftaran : RM 10 ( Anda akan menerima medal dan e sijil )
๐ Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/1xrzyAuLD4eqsFKjqrjjoL6ad3SwuKqPL7trVIye5snA/edit?pli=1
โจ *Terbuka kepada semua!*
Mari kita berlari bersama sebagai tanda sokongan kepada komuniti OKU dan membina masyarakat yang lebih inklusif.
๐โHentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semuaโ
23/07/2026
SUKARELAWAN BELIA PERKUKUH UKHUWAH BERSAMA KOMUNITI DI PONDOK MANZILU RAHMAH
PASIR PUTEH, 20 JULAI 2026 โ Seramai 30 orang belia telah menyertai Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (SATRIA) Daerah Pasir Puteh yang berlangsung di Pondok Manzilu Rahmah, Kandis, Bachok pada 18 Julai 2026.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Rakan Muda bandar Pasir Putih ini bertujuan merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menggalakkan serta melahirkan golongan sukarelawan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi. Selain itu, program ini turut memupuk semangat saling bantu-membantu, kepekaan terhadap masyarakat, semangat cintakan negara serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan belia dan komuniti.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyantuni anak-anak Pondok Manzilu Rahmah menerusi pelbagai aktiviti yang memberi manfaat. Antaranya ialah ceramah bertajuk "Transformasi Insan" yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Saiful Anuar, Yang Dipertua ABIM Negeri Kelantan. Ceramah tersebut memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah diri, kepimpinan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti Rakan Aktif Games Day yang melibatkan sukarelawan Daerah Pasir Puteh bersama anak-anak pondok. Suasana penuh ceria dan mesra jelas terpancar apabila para peserta serta anak-anak pondok bergembira dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara sukarelawan dan komuniti setempat.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YM Tengku Norazril Yuzry b Tengku Alwi, Pegawai Operasi Pondok Manzilu Rahmah dan Saudara Nik Amier Azfahsyaz bin Nik Ahmad Zuraimi, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia, sekali gus melahirkan generasi yang lebih prihatin, berdaya saing dan sentiasa bersedia menyumbang kepada masyarakat serta negara.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
20/07/2026
๐ธ๐ธ๐ธ
Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (SATRIA) Peringkat Daerah Pasir Puteh Siri 1/2026
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Tempat : Pondok Manzilu Rahmah
Kandis,Bachok
Aktiviti :
Slot 1 : Transformasi Insan
Oleh : Saudara Muhammad Saiful Anuar,
Yang DiPertua ABIM Negeri Kelantan
Slot 2 : Rakan Aktif Games Day
14/07/2026
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DAERAH PASIR PUTEH PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN BELIA SECARA INKLUSIF
PASIR PUTEH, 14 JULAI 2026 โ Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berjaya diadakan pada 12 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dengan kehadiran ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, wakil persatuan, kelab belia serta badan-badan gabungan di daerah ini.
Persidangan ini bertujuan menyediakan platform perbincangan yang konstruktif dan inklusif dalam merangka serta memperkukuh agenda pembangunan belia di peringkat daerah. Melalui sesi perbincangan ini, pelbagai pandangan, cadangan dan isu berkaitan pembangunan belia dibincangkan secara bersama bagi memastikan pelaksanaan program serta dasar yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan golongan belia setempat.
Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Pengerusi Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Pasir Puteh. Turut hadir ialah Encik Amreezal bin Abd Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh serta Encik Mohd Rozani bin Mohd Rosli, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.
Antara pengisian utama persidangan ialah majlis penyampaian Watikah Pelantikan kepada wakil-wakil agensi kerajaan, persatuan dan badan gabungan yang menganggotai MPBN Daerah Pasir Puteh sebagai tanda pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam memperkasakan pembangunan belia di daerah ini.
Persidangan turut diserikan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk "Insentif Pertanian kepada Belia" oleh Encik Alif bin Yahya, Pegawai Pertanian Daerah Pasir Puteh. Pembentangan tersebut menghuraikan pelbagai bentuk insentif, bantuan, latihan serta peluang yang disediakan kepada golongan belia untuk menceburi sektor pertanian moden. Inisiatif ini dilihat mampu menarik lebih ramai belia menjadi usahawan tani yang berdaya saing, sekali gus menyumbang kepada peningkatan keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi setempat.
Penganjuran MPBN Peringkat Daerah Pasir Puteh ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan pemegang taruh dalam merancang serta melaksanakan inisiatif pembangunan belia yang lebih menyeluruh, mampan dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing dan berwawasan.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
PEJABAT BELIA DAN SUKAN
Pasir Puteh
16800
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Sunday | 08:30 - 17:00 |