28/08/2026
πβ½ PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PTJPP FC β½π
Antara pengisian istimewa dalam Jamuan Makan Malam PTJPP FC ialah sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para pemain PTJPP FC sebagai tanda penghargaan atas komitmen, semangat juang dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang menyertai Piala SUK 2026.
Setiap keringat, usaha dan pengorbanan yang dicurahkan amat dihargai. Sijil ini menjadi tanda kenangan atas perjalanan dan perjuangan bersama dalam mengharumkan nama PTJPP FC.
πͺβ½ Terima kasih atas perjuangan!
π₯ Satu Pasukan, Satu Matlamat!
π PTJPP FC β Fight Till The End!
27/08/2026
Hai korang..selamat sejahtera semua?? Lama menyepikan..haishhh min terdetik rasa nk makan laa..kat mana yaa best?? Boleh cadangkan pada min??π¬π¬π¬π¬π¬
Komen kat bawah yaa
11/08/2026
Pergi ke pekan membeli seluar,
Singgah sebentar membeli laksa;
Badan mengiring muka berdebar,
Bola belum sampai, gaya dah macam kena sentap! π€£π₯
11/08/2026
Versi paling pecah:
Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dibeli bersama petai;
Gaya macam Messi zaman kegemilangan,
Lari dua langkah, terus cari tempat santai! π€£π€£β½
11/08/2026
Burung merpati terbang ke hulu,
Singgah sebentar di atas t**i;
Pengurus jalan macam mahu turun padang dulu,
Rupanya datang nak tengok pemain, sambil kira siapa belanja nanti! ππ₯
11/08/2026
Pergi ke padang memakai jersi,
Bermain bola penuh bergaya,
Bola belum sepak sekali,
Pose dulu macam dapat PuskΓ‘s Award! πβ½
10/08/2026
Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Keeper katanya benteng pertahanan,
Tapi bola datangβ¦ terus jadi penonton barisan hadapan! π€£π₯
10/08/2026
Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Bila penaung turun beri sokongan,
Kalah menang belakang kira, yang penting makan selepas perlawanan! π
10/08/2026
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli kari,
Terima kasih wahai penaja yang dikasihi,
Tanpa tuan, jersi kami mungkin tinggal angan-angan! πβ½