Masa sihat walafiat ni, kita berkira sangat nak bagi masa 20 minit sehari untuk gerakkan badan
Macam-macam alasan keluar.
"Jangan tunggu katil hospital jadi tempat 'bersenam' yang pertama."
*Belajar melabur masa untuk kesihatan sekarang, sebelum kita terpaksa melabur duit untuk bayar bil hospital nanti. Gunakan waktu sihat sebelum datang waktu sakit.*
GFit79
SPORTS-SPECIFIC PHYSICAL PREPARATION FOR HIGH PERFORMANCE
JM0960322D
*Kelebihan Fizikal*
*Dominasi Intensiti Perlawanan*
Keupayaan *"Repeat Sprint" yang Tinggi:*
Futsal U12 penuh dengan *transisi pantas* (semua menyerang, semua bertahan).
Atlet di Level 9 {VO2Max} mempunyai sistem aerobik yang matang untuk recover *dalam masa beberapa saat* sahaja selepas melakukan pecutan,
membolehkan mereka melakukan pecutan berulang kali tanpa penurunan prestasi
*Mempercepatkan Pembersihan Asid Laktik*
Apabila atlet bermain pada intensiti tinggi, pengumpulan hidrogen ion dan laktat dalam otot akan *menyebabkan kelesuan (fatigue)*
Sistem kardiovaskular yang optimum mempunyai keupayaan [VO_2 max ] yang tinggi,
membolehkan penghantaran oksigen ke otot berlaku secara maksimum bagi membantu mengitar semula laktat menjadi tenaga semula,
sekaligus melambatkan fasa muscle burnout.
Fasa hipertrofi ini adalah jambatan. Kita akan teruskan konsistensi ini untuk 2 bulan lagi sebelum kita beralih ke fasa *Maximum Strength*
*Sabar dengan proses*
https://wa.me/60167704933?text=bakatcilikGFit
Kita bukan nak bina pemain yang nampak kuat saja, tapi pemain yang mempunyai kualiti fizikal yang mampu bertahan di tahap tertinggi!
Volume (reps & sets) dikawal selia dengan baik bagi mengelakkan overtraining, memandangkan mereka juga mungkin mempunyai jadual latihan teknikal padat di padang atau gelanggang.
Berbeza dengan treadmill atau basikal, Rower menggunakan hampir 86% otot badan dalam satu kitaran strok.
https://wa.me/60167704933?text=bakatcilikGFit
Ia melibatkan kaki (quads, hamstrings), teras (abs, belakang), dan bahagian atas badan (bahu, lengan).
Melakukan rower sebagai warm-up memastikan seluruh sistem otot "terbangun" serentak.
*Apa yang kami bina sebelum mereka ke gym?*
*Sistem Aerobik*
Kami membina kapasiti kardiovaskular supaya jantung dan paru-paru mereka cekap membekalkan oksigen ke otot.
Tanpa asas aerobik yang kuat, atlet akan cepat "pancit" dan proses pemulihan (recovery) selepas pecutan akan menjadi sangat perlahan.
*Fokus Kepada 'Anatomical Adaptation'*
*Pada usia 6-12 tahun, plat pertumbuhan (growth plates) anak-anak masih dalam proses matang*
*Di G-FIT, kami fokus kepada latihan bebanan menggunakan berat badan sendiri (Bodyweight)*
Kami melatih mereka untuk menguasai pergerakan asas seperti squat, lunge, hinge, push, dan pull dengan teknik yang sempurna sebelum menyentuh besi.
*KENAPA ATLET CILIK KAMI (U12) TIDAK DIBAWA KE GYM? INI JAWAPANNYA* 🧠⚽
*Ramai ibu bapa bertanya, "Coach, kenapa tak bawa anak saya angkat berat di gym? Kan Coach ada
sendiri?"*
Jawapan saya ringkas: Sains mengatasi Logik.
Dalam sukan, kita tidak melatih mengikut "agak-agak" atau logik semata-mata.
Kami patuh kepada SOP Pembangunan Atlet Jangka Panjang (LTAD).
Bagi anak-anak di bawah umur 12 tahun, fasa mereka bukan untuk Bodybuilding atau Maximum Strength di gym.
*Impian Setiap Ibu Bapa*
Melihat anak kita berdiri tegak dengan penuh keyakinan,
tahu bahawa mereka mampu bersaing dengan sesiapa sahaja kerana mereka mempunyai "fizikal yang ampuh."
Anda melabur untuk kesihatan dan kerjaya sukan mereka yang panjang.
*Jadikan setiap peluh mereka hari ini, kekuatan mereka di masa hadapan.*
*Kenapa Kemampuan Fizikal Penting?*
Kami menggunakan pendekatan sains sukan untuk meningkatkan Neuromuscular Coordination anak anda.
Apabila otak dan otot berhubung dengan efisien,
pergerakan jadi lebih tajam, respon jadi lebih pantas, dan risiko kecederan berkurang drastik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Address
No23B Jalan Rusa 1, Taman Scientex
Pasir Gudang
81700
Opening Hours
| Monday | 20:30 - 22:30 |
| Tuesday | 20:30 - 22:30 |
| Wednesday | 20:30 - 22:30 |
| Thursday | 17:30 - 18:30 |
| 20:30 - 22:30 | |
| Friday | 09:00 - 21:00 |