Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar

Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar

Share

Kelab berbasikal di bawah kelolaan Department Of Arts, Culture & Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Muar.

30/07/2024

JOM SERTAI KAYUHAN MERDEKA 2024

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama semarakkan lagi semangat cinta akan tanah air dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Buat warga Muo sekalian, sesiapa yang minat mengayuh basikal jom la sertai Fun Ride Kayuhan Merdeka sempena Karnival Muo Merdeka 2024.

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada lelaki dewasa sahaja dengan syarat pakaian hendaklah menutup aurat.

Kita akan mula berkayuh pada jam 7.30 pagi bermula di PASTI Hadi Parit Tarom dan laluan kayuhan kita adalah "Off Road" dengan jarak sekitar 27 km.

Sesiapa yang berminat sila daftarkan nama dengan mengisi maklumat di pautan:

https://forms.gle/hr3o7DLxACjnP3Zp9
https://forms.gle/hr3o7DLxACjnP3Zp9
https://forms.gle/hr3o7DLxACjnP3Zp9

atau hubungi
Sdr. Hadi 017-6562500
Sdr. Fahmi 017-6292761

Ayuh Hidupkan Jiwa Bangsa yang Merdeka




Photos from Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar's post 23/09/2022

Kayuhan santai Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar petang tadi. Alhamdulillah 35km juga berjaya menamatkan kayuhan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Photos from Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar's post 31/08/2022

Hari ni wakil daripada ACCMuar turut serta memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Muar dalam Kayuhan Kemerdekaan 2022.

Photos from Alternative Cycling Club Muar - ACCMuar's post 27/08/2022

"FUN RIDE" SULUNG ACC MUAR : PEMBUKA ACARA KARNIVAL PAS PILIHANKU PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Alhamdulillah telah berlangsung acara "FUN RIDE" sulung anjuran Alternative Cycling Club (ACC) Muar setelah ditubuhkan sejak Jun lepas.

Lebih menarik Fun Ride sulung anjuran ACC Muar dengan jarak sejauh 23km ini menjadi pembuka acara bagi Karnival PAS Pilihanku peringkat Negeri Johor yang berlangsung pagi ini di Parit Tarom, Muar.

Perlepasan para peserta seramai 50 orang telah disempurnakan oleh YB Abdul Aziz Talib, ADUN Maharani dan AlFadhil Ustaz Abdullah Husin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sama-sama doakan ACC Muar terus aktif dalam menganjurkan aktiviti akan datang dan terus mendapat sambutan daripada para "Cyclist" sekitar Muar. Secara tak langsung telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para peminat kayyhan basikal sekitar Muar.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Pekan Parit Bakar
Muar
84000