31/08/2026
Al kisah semalam kami post video kedua mereka melompat di atas bangku taman ...
Ada yang beranggapan..…
“Dia orang berdua ni bolehlah buat semua tu. Melompat atas beam, buat macam-macam… Mereka kuat!
Mereka orang lama Tfc.”
Ya… mungkin nampak begitu hari ini.
Tapi yang ramai tak nampak ialah bagaimana mereka bermula.
Mereka bukan terus lahir
dengan stamina yang tinggi.
Bukan terus ada strength yang kuat.
Bukan terus ringan dan tangkas.
Dan bukan juga semuanya bermula dalam keadaan fizikal yang ideal.
Masing-masing bermula hampir dari ZERO.
Ada yang bermula dengan BMI yang tinggi.
Ada yang stamina dan strength
nya sangat rendah.
Ada yang pernah melalui
masalah bekas injury.
Ada yang pada awalnya sendiri mungkin tak pernah terfikir mampu melakukan apa yang mereka buat hari ini.
Tetapi satu perkara yang mereka buat ialah…
mereka memilih untuk naikkan level latihan mereka.
Mereka ambil Personal Training khas bersama coach TFC,bukan sebab nak nampak lebih hebat daripada orang lain, tetapi sebab mereka faham satu perkara..
Kalau kita mahu hasil yang berbeza, kita perlu sanggup melakukan sesuatu yang berbeza.
tidak seperti ..Walaupun mereka sudah lama dalam TFC, #𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢...apabila mereka mula menjalani PT secara khusus dan konsisten, barulah perubahan mula nampak dengan lebih ketara.
BMI berubah.
Strength meningkat.
Stamina bertambah.
Speed semakin baik.
Dan yang paling penting… prestasi mereka mula memecahkan personal best mereka sendiri.... Terutama penglibatan mereka dalam larian marathon baru- baru ini.
Bukan untuk menyaingi sesiapa.
Bukan untuk mendabik dada mengatakan mereka lebih hebat daripada orang lain.
Tetapi untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa...
“Aku yang dulu tak mampu buat semua ini… akhirnya mampu juga.”
Dan perjalanan itu bukan sehari dua.
Sudah setahun menjalani PT,
mereka masih konsisten.
Masih datang berlatih.
Masih mahu belajar.
Masih mahu diperbaiki.
Masih belum memilih untuk cepat selesa.
Sebab mereka tahu…
Prestasi terbaik yang kita ada hari ini tidak semestinya akan kekal menjadi prestasi terbaik kita esok.
Bila kita mula hilang fokus, mula selesa, mula rasa “aku dah cukup bagus” di situlah perkembangan boleh berhenti dan akhirnya akan tinggal jadi kenangan.
Dalam latihan, bukan siapa yang paling hebat yang akan terus bertahan.
Tetapi siapa yang sanggup terus berusaha walaupun dia sudah mula nampak hasil.
Jadi kalau hari ini nampak mereka mampu melompat, berlari, bergerak laju dan melakukan perkara yang dulu mungkin mustahil…Jangan hanya lihat lompatan mereka.Lihat juga ribuan langkah yang mereka ambil sebelum mampu melompat setinggi itu.🔥
Dari ZERO → PROGRESS → PERSONAL BEST.... Transformer Fitness Bootcamp -TFC FiT- berjaya menghasilkan kualiti produk programnya walaupun adakalanya cuba dinafikan bagi yang mula hilang fokus..
Dan perjalanan masih belum selesai.
Semua ini masih peringkat permulaan kerana tiada satu pun yang terbaik akan kekal terbaik jika kita "menodai" & cepat merasa terlebih pandai dalam Perjuangan.
Kita tak train untuk menjadi mereka
lebih baik daripada orang lain.
Kita train untuk menjadi lebih baik
daripada diri mereka yang semalam.💪🔥
30/08/2026
29/08/2026
29/08/2026