KV MIRI FC

KV MIRI FC

Share

Official KV MIRI FOOTBALL CLUB

Photos from KV MIRI FC's post 17/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Haji Khairulddin Qalam Daud, atas kesudian hadir menyaksikan sendiri Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak SUKOV Kebangsaan 2026 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan.

Kehadiran beliau amat bermakna buat seluruh warga KV Miri FC, khususnya para pemain yang telah berjuang membawa nama pasukan dan Sarawak Bumi Kenyalang ke pentas akhir kebangsaan. Kesudian beliau turun padang menyaksikan sendiri aksi serta kualiti pemain merupakan satu penghormatan dan suntikan semangat yang amat besar kepada pasukan kami.

Kami berharap penampilan para pemain KV Miri FC di pentas kebangsaan ini dapat membuka mata dan ruang kepada pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk melihat potensi besar yang ada dalam kalangan pemain bola sepak di institusi Kolej Vokasional Miri. Kami percaya bahawa bakat untuk SUKMA Sarawak bukan hanya lahir daripada sekolah sukan negeri, malah boleh dicungkil dan dibentuk daripada pelbagai institusi pendidikan termasuk Kolej Vokasional.

KV Miri FC bukan sekadar sebuah pasukan bola sepak β€” kami mahu menjadi salah satu medan melahirkan bakat muda berkualiti untuk Sarawak. Dengan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya, kami yakin pemain-pemain kami mampu melangkah lebih jauh serta menjadi sebahagian daripada pelapis yang mengharumkan nama Sarawak pada masa hadapan.

Semoga kehadiran Haji Khairulddin Qalam Daud menjadi titik permulaan kepada hubungan dan kerjasama yang lebih erat antara Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan KV Miri FC dalam usaha mencari, membimbing serta mengetengahkan bakat-bakat baharu bola sepak Sarawak.

Dari Miri kami melangkah,
di Kelantan kami berjuang,
demi Sarawak kami berdiri.

AGI IDUP, AGI NGELABAN!
SARAWAK MAJU MAKMUR!
SEGULAI SEJALAI ⚽πŸ”₯🟑⚫

Photos from KV MIRI FC's post 14/08/2026

βš½οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ SuKOV KEBANGSAAN 2026
| FINAL MATCH πŸ‡²πŸ‡Ύβš½οΈ

FT RESULT
ZON SARAWAK 0 – 1 ZON KELANTAN

⚽️ Zon Kelantan

Perjalanan Zon Sarawak di pentas SuKOV Kebangsaan 2026 berakhir sebagai NAIB JOHAN KEBANGSAAN. πŸ₯ˆ

Kita turun dengan satu tekad, berjuang dengan satu hati dan mempertahankan maruah Sarawak hingga ke wisel terakhir. Walaupun kemenangan belum menjadi milik kita pada perlawanan akhir ini, semangat juang anak-anak Sarawak tidak pernah padam! πŸ’ͺπŸ”₯

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BPLTV, pihak Pengurusan Kolej Vokasional Miri, KV Bintulu, KV Matang, KV Sibu, barisan pengurusan dan kejurulatihan, para guru, ibu bapa pemain serta seluruh penyokong Zon Sarawak di serata tempat yang sentiasa memberikan doa, sokongan dan semangat sepanjang perjuangan ini.

Terima kasih juga kepada setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Setiap pengorbanan, masa, tenaga dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna buat pasukan ini. ❀️

Kami memohon maaf kerana belum berjaya membawa pulang gelaran JOHAN yang kita impikan bersama. Namun, kekalahan ini bukan noktah perjuangan. Ia adalah permulaan untuk kita bangkit, belajar dan kembali dengan lebih kuat.

Hari ini kita pulang sebagai naib juara, tetapi kita pulang dengan kepala tegak kerana kita telah berjuang sehingga ke penghujung. Tahun hadapan, kami datang semula dengan semangat yang lebih membara! πŸ”₯

WE WILL BOUNCE BACK STRONGER! πŸ’ͺ⚽️

AGI IDUP, AGI NGELABAN!
SARAWAK! SARAWAK! SARAWAK! πŸŸ‘βš«πŸ”΄

14/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ KATA-KATA SEMANGAT BUAT PASUKAN SUKOV ZON SARAWAK! 🐝⚽

Dari padang KV Miri hingga ke pentas bola sepak profesional, semangat juang itu terus mengalir! πŸ’ͺ🏻πŸ”₯ Kali ini, beberapa bekas pemain dan pemain senior yang pernah mengharumkan nama KV Miri FC serta barisan pelajar SK Tudan Miri tampil menitipkan kata-kata semangat buat pasukan SUKOV Zon Sarawak yang bakal membawa nama Sarawak ke medan perjuangan!

πŸŽ₯ Ucapan khas daripada Gabriel Nistelrooy β€” bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kini bersama Kuching City FC (KCFC), Filemon Anyie β€” pemain KCFC, serta pemain senior KV Miri FC, Charles Ajeng Engan dan Harith Danielle.

Tidak ketinggalan, suara penuh semangat daripada para pelajar SK Tudan Miri yang turut berdiri di belakang perjuangan pasukan! β€οΈπŸ’›πŸ–€

Kepada seluruh pemain SUKOV Zon Sarawak β€” bermainlah dengan hati, berjuanglah dengan jiwa dan buktikan bahawa kita bukan sekadar membawa sebelas pemain ke padang, tetapi membawa maruah dan nama SARAWAK! πŸ”₯

🀝 Satu pasukan. Satu semangat. Satu Sarawak.
πŸ’ͺ Berjuang tanpa mengalah!
❀️ Kami di belakang kamu!
πŸ† SARAWAK! SARAWAK! MAJU JAYA!

Fly kenyalang Fly, Fly High πŸ’«
Agi idup, Agi ngelaban πŸ’ͺ

13/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KETUA JURULATIH ZON SARAWAK! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Menjelang perlawanan akhir esok, Admin Page Bolasepak KV Miri FC berkesempatan menemu bual Ketua Jurulatih Bolasepak SuKOV Zon Sarawak, Coach Hakimi bin Man yang bakal membawa perjuangan pasukan ke pentas akhir menentang Zon Kelantan, pasukan tuan rumah, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dalam temubual penuh semangat dan keyakinan, beliau menegaskan bahawa pasukan Sarawak hadir bukan sekadar untuk melengkapkan pentas final tetapi untuk berjuang membawa nama Sarawak dan mengharumkan nama negeri di bumi Kota Bharu! πŸ’ͺ⚽

β€œKami menghormati pasukan tuan rumah, tetapi kami datang dengan misi. Insya-Allah, dengan semangat juang, disiplin dan sokongan seluruh rakyat Sarawak, kami yakin mampu menawan Kota Bharu esok!” πŸ”₯

Buat seluruh pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan berjuanglah dengan sepenuh hati! Setiap larian, setiap cabaran dan setiap minit di atas padang adalah perjuangan membawa maruah dan nama Sarawak. ✨️

Esok, kita bukan sekadar permainan bola sepak.
Kita membawa semangat Sarawak. Kita membawa harapan seluruh rakyat Sarawak. Kita berjuang untuk lambang di dada! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

AYUH ZON SARAWAK!
Tawan Kota Bharu!
Bawa pulang kejayaan! πŸ†πŸ”₯








Photos from KV MIRI FC's post 13/08/2026

SATU LANGKAH LAGI! πŸ†

πŸ”₯ PERLAWANAN AKHIR SuKOV KEBANGSAAN 2026
βš”οΈ ZON SARAWAK πŸ†š ZON KELANTAN
πŸ“… 14 OGOS 2026
🏟️ STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV
⏰ 3.30 PETANG

β€œSATU SEMANGAT, SATU JUARA!”
Pertembungan Zon Sarawak dan Zon Kelantan bakal menjadi kemuncak perjuangan pasukan sepanjang kejohanan ini. Semoga pemain kita turun ke padang dengan keyakinan, fokus dan semangat juang yang tinggi sehingga wisel penamat. πŸ”₯

πŸ™ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan pasukan Zon Sarawak, pihak Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), pengurusan Kolej Vokasional, pengurusan kontinjen, pengurus pasukan, barisan jurulatih, guru pengiring, para urus setia, pegawai kejohanan, petugas, para pemain, ibu bapa dan penjaga, warga Kolej Vokasional, penyokong Zon Sarawak serta semua individu dan pihak yang telah memberikan sokongan, bantuan, doa dan kata-kata semangat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Setiap sokongan anda menjadi kekuatan kepada pasukan ini. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. ❀️

Kepada seluruh warga Sarawak dan semua penyokong, teruskan bersama kami dan doakan kejayaan Pasukan Zon Sarawak dalam PERLAWANAN AKHIR esok. Semoga segala usaha dipermudahkan, para pemain diberikan kekuatan dan keselamatan, serta mampu memberikan persembahan terbaik untuk membawa pulang kejuaraan! πŸ†πŸ”₯

SARAWAK, KITA BOLEH! πŸ’ͺ
SATU SEMANGAT, SATU JUARA!
BERJUANG BERSAMA, CEMERLANG SELAMANYA!

Photos from KV MIRI FC's post 13/08/2026

πŸ† KEJOHANAN BOLA SEPAK SuKOV KEBANGSAAN 2026⚽️

Hari Ketiga (13.08.2026)

SEPARUH AKHIR
| KEPUTUSAN PENUH
ZON SARAWAK 3–0 ZON KL/SELANGOR

⚽ 38' Gordon Ghia Ganang
⚽ 45' Alexster Jadam
⚽ 74' Abdul Rafiq

TAHNIAH ZON SARAWAK! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Perjuangan hebat diteruskan! Dengan semangat berpasukan, disiplin dan kesungguhan yang tinggi, Pasukan Bola Sepak Zon Sarawak berjaya menewaskan Zon KL/Selangor 3–0 dalam aksi separuh akhir dan seterusnya melangkah dengan penuh bergaya ke PERLAWANAN AKHIR Bolasepak SuKOV Kebangsaan 2026! πŸ’ͺ⚽

Setiap larian, setiap terjahan, setiap jaringan dan setiap titisan peluh hari ini membawa satu impian yang sama β€” membawa nama SARAWAK ke pentas tertinggi! β€οΈπŸ’›πŸ–€

Photos from KV MIRI FC's post 12/08/2026

⚽ SuKOV KEBANGSAAN 2026 | ZON SARAWAK ⚽

Hari Kedua (12.08.2026)

πŸ”₯ GAME 2 – 8.15 Pagi
FT RESULT
ZON SARAWAK 0–0 ZON TERENGGANU

Kedua-dua pasukan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.

πŸ† QUARTER FINAL – 3.30 petang
FT RESULT
🟒 ZON SARAWAK 4–1 ZON SABAH πŸ”₯

⚽ Penjaring Gol Zon Sarawak:
⚽⚽ Alexster Jadam – 2 Gol
⚽ Brandon Fusheng
⚽ Muhammad Haziq

Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan Zon Sarawak atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan sehingga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir SuKOV Kebangsaan 2026! πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“ SEPARUH AKHIR
πŸ—“οΈ 13.08.2026
⏰ 8.15 pagi
βš”οΈ Zon Sarawak πŸ†š Zon Selangor/KL
🏟️ Padang SMK Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pangkalan Chepa, Kelantan

Teruskan perjuangan dan berikan yang terbaik! Semoga pasukan Zon Sarawak terus diberikan kekuatan, fokus dan semangat untuk melangkah ke PERLAWANAN AKHIR! πŸ†

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring, pihak pengurusan, penyokong serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan semangat kepada pasukan Zon Sarawak.

SATU PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU MATLAMAT!
πŸ”₯ AYUH SARAWAK! TERUSKAN PERJUANGAN! πŸ”₯

Photos from KV MIRI FC's post 11/08/2026

βš½πŸ‡²πŸ‡Ύ LIPUTAN SuKOV KEBANGSAAN 2026
| MISI ZON SARAWAK DI KOTA BHARU, KELANTAN πŸ’ͺπŸ”₯

Hari Pertama,
KEJOHANAN BOLA SEPAK SuKOV KEBANGSAAN 2026

πŸ† PERLAWANAN 1
KEPUTUSAN PENUH
Zon Pahang 1️⃣ – 2️⃣ Zon Sarawak

⚽ Zon Pahang
No. 12 β€” 11’

⚽ Zon Sarawak
πŸ”₯ Brandon Fusheng β€” 35’
πŸ”₯ Brandon Fusheng β€” 40+1’

SARAWAK MELANGKAH KE SUKU AKHIR! πŸ’ͺπŸ”₯

Tahniah kepada pasukan Zon Sarawak yang berjaya mencatat kemenangan penting 2–1 ke atas Zon Pahang pada perlawanan jam 3.30petang tadi, sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak SuKOV Kebangsaan 2026 di Kota Bharu, Kelantan.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan A menentang Zon Terengganu pada awal pagi esok, jam 8.15 pagi bakal menjadi perlawanan penentuan bagi menentukan juara dan naib juara Kumpulan A. Walaupun tiket ke suku akhir telah berada dalam genggaman, perjuangan belum selesai. Zon Sarawak akan terus turun dengan satu tekad iaitu berjuang untuk kemenangan! ⚽πŸ”₯

Kemenangan ini cukup bermakna apabila para pemain Zon Sarawak yang terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang dan memenatkan dari Sarawak ke Kota Bharu. Pasukan bertolak dari Bintulu dengan penerbangan selama kira-kira 2 jam ke KLIA, sebelum meneruskan perjalanan darat menggunakan bas hampir 12 jam dari KLIA ke Kota Bharu. Pasukan akhirnya tiba di tempat penginapan yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekitar jam 2.00 pagi.

Namun, perjalanan jauh, keletihan dan masa rehat yang terhad langsung tidak mematahkan semangat anak-anak Bumi Kenyalang! πŸ’ͺ

Menurut Ketua Jurulatih Zon Sarawak, En. Mohamad Hakimi bin Man, para pemain masih berada dalam keadaan fatigue dan kelesuan selepas perjalanan panjang tersebut. Namun begitu, pengalaman serta simulasi perlawanan yang dilaksanakan di Bintulu Tour sebelum berangkat ke Kelantan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh seluruh pasukan.

Semangat berpasukan, disiplin dan keazaman tinggi menjadi kekuatan utama pemain untuk terus memberikan yang terbaik di atas padang. Jauh perjalanan bukan alasan, penat bukan penghalang. Apabila membawa nama SARAWAK di dada, setiap pemain turun dengan maruah, semangat dan satu impian! β€οΈπŸ’›πŸ–€

Pengurus pasukan, Ts Mellvyne Sigo turut merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengurusan Kolej Vokasional Zon Sarawak, ibu bapa pemain, guru-guru serta semua penyokong setia Zon Sarawak yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan anak-anak pelajar yang sedang berjuang membawa nama Sarawak di bumi Kelantan.

Teruskan memberikan sokongan padu dan doa kepada pasukan kita walau di mana anda berada. Setiap sorakan, setiap doa dan setiap kata semangat menjadi pembakar semangat buat mereka yang sedang berjuang di atas padang.

KITA DATANG DARI BUMI KENYALANG, KITA BERJUANG SEBAGAI SATU PASUKAN!

πŸ”₯ PERJUANGAN BELUM SELESAI.
πŸ”₯ SUKU AKHIR SUDAH DALAM GENGGAMAN.
πŸ”₯ SETERUSNYA, MISI MEMBURU KEJUARAAN!

ONE TEAM. ONE DREAM. MISSION TO CHAMPION! πŸ†βš½πŸ”₯

Photos from KV MIRI FC's post 09/08/2026

πŸ† LALUAN ZON SARAWAK DI SUKOV KEBANGSAAN 2026

Berdasarkan jadual rasmi kejohanan, Sarawak ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Terengganu dan Pahang.

πŸ”₯ PERLAWANAN PERTAMA
πŸ“… Selasa, 11 Ogos 2026
⏰ 4.00 petang
⚽ PAHANG πŸ†š SARAWAK
πŸ“ Padang A-IPG

πŸ”₯ PERLAWANAN KEDUA
πŸ“… Rabu, 12 Ogos 2026
⏰ 8.15 pagi
⚽ SARAWAK πŸ†š TERENGGANU
πŸ“ Padang D-Penjara

Selepas tamat peringkat kumpulan, kejohanan akan diteruskan dengan suku akhir pada petang 12 Ogos, diikuti separuh akhir pada 13 Ogos. Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta FINAL akan berlangsung pada 14 Ogos 2026 di Stadium Sultan Muhammad IV, dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 3.30 petang.

🐦 AYUH SARAWAK! AYUH BUMI KENYALANG!

Semoga seluruh pemain dapat memberikan aksi terbaik, bermain dengan penuh disiplin, semangat berpasukan dan menjunjung tinggi semangat kesukanan. Bawalah nama Kolej Vokasional Miri, Kolej Vokasional Bintulu, Kolej Vokasional Matang dan Negeri Sarawak dengan penuh kebanggaan.

1 PASUKAN β€’ 1 MISI πŸ’ͺπŸ”₯

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan sepanjang kejohanan.

SEGULAI SEJALAI! 🀝
SARAWAK BOLEH! 🐦⚽πŸ”₯

Photos from KV MIRI FC's post 09/08/2026

⚽ SENARAI RASMI SKUAD BOLA SEPAK SARAWAK – SUKOV KEBANGSAAN 2026 ⚽

Dengan penuh semangat Segulai Sejalai, kami dengan sukacitanya mengumumkan senarai rasmi pemain Kontinjen SUKOV Zon Sarawak yang akan membawa cabaran Bumi Kenyalang dalam Kejohanan Bola Sepak Sukan Kolej Vokasional (SuKoV) Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 2026 di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Seramai 18 orang pemain daripada tiga Kolej Vokasional telah terpilih untuk menyarung jersi Sarawak. Tahniah kepada semua pemain yang diberi kepercayaan membawa nama Sarawak di pentas kebangsaan! πŸ’ͺ⚽

🟠 KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Mohammad Hazwan bin Hamdan
Aniq Kong Qi Xiong
Farrieysh Isaac Lawai bin Mohamad Faizal
Derryck Haggen Perry
Gordon Ghia Ganang
Isaac Wilby Rundy anak Banie
Muhammad Zharfan bin Baderuzaman
Alexster anak Jadam
Muhammad Azirul Syauqi bin Azizul
Virgilio Alves Laja bin Buda
Jeffery Lai Junior anak Jeffery
Abdul Rafiq Rezwan bin Abdul Rahman

πŸ”΅ KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
Eyommos Jawen Sidem
Dariel K*t Man
Walter Richeer anak Hilby

🟑 KOLEJ VOKASIONAL MATANG
Brandon anak Fusheng
Muhammad Haziq bin Irwandie
Danish Asyraf bin Irwandie

πŸ‘₯ BARISAN PENGURUSAN PASUKAN

Pengurus Pasukan: Ts. Mellvyne Sigo
Ketua Jurulatih: Mohamad Hakimi bin Man
Fisioterapi Pasukan: Ismail anak Lumut

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Miri?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Miri