Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page

Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page, Sport & recreation, Miri.

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 14/03/2024

Salam manis kepada seluruh warga Kemanis.. how are u all?? Terlebih dahulu admin ingin menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf atas sebab lama dah tak update page gara² agak sibuk kebelakangan ni.
Ni admin nak share serba sedikit - trip jengo Sungai Iran yg telah dijalankan dengan jayanya pada tanggal 25hb Febuari 2024 dengan seramai 17 ahli telah menyertai acara sweet jengo ni untuk memeriahkan suasana.
Hasil tangkapan yang lumayan tambah lagi suasana gelak ketawa sepanjang hari memang pengubat "Healing Moment" bagi para peserta dimana inilah moment yg sering diidamkan.
Apa apapun taniah diucapkan kepada semua peserta.. looking forward for more trip to come in 2024 dan selamat berpuasa kepada mereka yg beragama Islam..
TERBAIK!!!

01/06/2023

Salam Manis guysss... Di sini admin ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai kepada rakan² sehobi kita yg menyambut perayaan ini....

Pulai ngabang anag naban selipar urang ok??..........

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 16/05/2023

Hello gaisss..... salam manis semanis Kemanis... harap semua sihat walafiat......Kali ni biarlah kita bertukar arah ke arena memancing laut.... siapa sangka... lautan Miri kita juga menjanjikan banyak spot² yang hebat² belaka...
Gambar ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Kemanis iaitu saudara Jorden dimana trip beliau ke Baram B dan tukau telah membuahkan hasil yg lumayan..
Mana taknya... day trip pulang hari tetapi coolbox pun hampir penuh diisi... senyuman manis nampak diwajah kerana kepulangan abang nanti tak juga kekosongan.....
Anyway... taniah dan syabas kepada saudara kita Jorden..... keep up the effort.... pulang nanti sama2 kita barbeque hasil yerr... 👍👍👍👍

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 06/05/2023

Berita utama... Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos, susulan musim peralihan monsun.

Rakyat disarankan untuk lebih minum air dan ambil langkah berjaga jaga... begitu juga untuk ahli² kumpulan Kemanis dimana usaha yg lebih proactive diambil dengan mengadakan activity beriadah sambil memancing di hutan pendalaman baru² ini... bak kata perpatah... sambil rendam sambil minum air🤣🤣..

Trip 3 hari 2 malam ke Sg. Julan cukup memuaskan untuk escape dari segala stress... kesibukan... heat wave yg dialami...tambahan pulak musim kemarau ini meghasilkan kondisi sungai yg ideal dan idaman untuk kaki² pancing...

So guys.... kemarau.. heat wave... panas bukan satu alasan to stay home yerr.... you decide your hapiness....apa lagi... jom kita next trip ke Ulu....

oooooooooooooohhhaaaa!!!!!

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 03/05/2023

SOMASI HITAM aka BLACK BASS

sebut saja nama species ni memang sudah satu lumrah dimana inilah satu² nya species ikan buruan yang menjadi idaman pemancing sedunia...

Di sini admin ingin berkongsikan sedikit gambar throwback dari salah seorang ahli Kelab Kemanis @ Mr. Brian Wee yang telah berjaya mendarat kan "Trophy Fish" semasa trip beliau ke Pulau Seram, Maluku, Indonesia bulan April yang lalu.

Untuk pengetahuan umum, Pulau Seram terletak di sebelah Utara Pulau Ambon, wilayah Maluku dan perjalanan ke destinasi juga merupakan satu cabaran apatah lagi nak naik kan ikan mega yang sizenya bukan kaleng².. bunyi pun amat menyeramkan tapi apakan daya... hanya jiwa seorang pemancing tegar saja memahami keadaan dan situasi begini...

Walau apa pun, we are all proud of your success... your journey and trophy catch is our dream come true.... keep up the good effort...

pssst.... kepada kalian yang lain.... marilah kita sama² start menabung.... nescaya satu hari nanti kita pun boleh mencapai impian kita ke destinasi memancing yang kita idamkan.... cheers all.... salam damai dan salam manis semanis Kemanis..... 🤪

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 01/05/2023

Throwback on Labour Day activity dimana geng Kemanis last minit trip santai di Pulau Melayu telah berhasil. Walau pun sambutan strikenya kurang tetapi suasana di malam hari sungguh "healing" ..... bertemankan cahaya bulan... angin sepoi²... sambil masing² membuka cerita berkongsikan pengalaman memancing...hilangkan segala stress yang ada...di sini admin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Happy Labour Day" kepada semua pekerja di mana saja anda berada...

*take note ya kepada sesiapa yg mengunjung ke sini.. sila pastikan kebersihan sentiasa dijaga... take back your rubbish and sama² lah kita menjaga kebersihan kawasan ni untuk masa depan bersama....

Cheers all......

25/04/2023

Kepada semua pemancing² di serata pelusuk negeri... negara... liku² sungai.. tasik... laut dan kolam.... Di sini Admin mewakili Kemanis ingin mengucapkan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN....

🎣 🎣 🎣 🎣

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 12/09/2022

Salam Manis kepada warga Kemanis semua... Ni kali admin ingin share sedikit kegembiraan trip terjun santai ahli Kemanis ke Ulu Baram... Biar pun hujan berterusan namun ini bukannya penghalang kepada ahli ahli demi mencapai hasrat untuk memancing di lokasi yang dituju... Ikan target iaitu " Ikan Semah" akhirnya berjaya juga dinaikkan dengan cara casting & pancingan dasar.... Muka masing² mengukir seribu satu senyuman.... Apakah tidak... Lauk malam tak lain tak bukan.... Ikan Semah stim gaisss ....... So... Kepada pemancing2 yang diluar sana..... Meskipun cuaca tak mengizinkan.... Jangan sesekali putus asa.... Yang penting... Kita berusaha.... Sesungguhnya... Strike itu rezeki!! Kumpaw tu boleh dielakkan!!!🤣🤣🤣...

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 20/08/2022

Salam Manis gaiss.... Di sini admin ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak warga Kemanis dengan setulus ikhlas mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada YB Datuk Lee Kim Shin, Adun N75 Senadin atas sumbangan Dana RP beliau kepada kelab Kemanis bagi tahun 2022. Semoga dana tersebut bermanfaat kepada kelab bagi tujuan program program yang akan dianjurkan di masa hadapan.... Thank you YB!!! 👍👍

Photos from Kelab Memancing Senadin - Kemanis Official_Page's post 29/05/2022

Salam manis warga Kemanis... Sejak kebelakangan ni banyak tertular berita mengenai serangan buaya menganas gaiss.... Sempena cuti perayaan gawai ni, kepada pemancing²... berhati -hatilah ketika memancing biarpun di laut... Sungai... Kolam mahupun di darat.... Take extra precautions ya... Air yang tenang jangan disangka tiada crocodile 🐊..
So langkah² berjaga² haruslah sentiasa ada pada diri masing² ketika memancing gaiss...
Yang spesis darat tu... Behave yourself ya.......🤣🤣🤣

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Miri?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Miri
98000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00