Buceros Futsal Club

Buceros Futsal Club

Share

Kelab Futsal yang sah berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak pada 03 Disember 2021 (C-SWK-11305)

25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M dari Buceros Futsal Club.

Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri's post 04/05/2026

Pendaftaran untuk Futsal telah ditutup.

Photos from Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri's post 27/04/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT BAHAGIAN MIRI KINI KEMBALI LAGI 🔥🔥

Ayuh Warga Miri 🫵🏻

Jom sertai dan meriahkan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2026.

🔸Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
🔸Yuran Penyertaan : RM 50.00
🔺Penyertaan terhad kepada 16 Pasukan. (First Come First Serve)

Imbas Pautan untuk mendapatkan borang dan syarat AM Penyertaan: *(Hanya Borang yang lengkap akan disenarai pendek untuk dipanggil ke sesi taklimat dan cabut undi pasukan)*

☄️Bola Jaring (Wanita):
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfJA97-L5Ypk6Z7uHQQuAjZWM3JTO_IRsjt4yEQysZuoQak4w/viewform?usp=preview

⚽️Futsal (Lelaki):
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRgavAGJ5Lk2DcxDd6RqvDZsCJN8kHh3RW_HPXYjYa_hqpLA/viewform?usp=preview

🏐Bola Tampar (Lelaki): https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe6AQQ_hq5XFDzNZpSOZWN9yFtnMR6FcVPq-9ivJtzZ1Fnp5w/viewform?usp=preview

📌Tarikh Tutup Penyertaan : 29 Mei 2026 atau sehingga penuh penyertaan yang mana terlebih dahulu

📞Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri : *085-417487*

05/04/2026

BUCEROS FC ACADEMY

🎉 PENGAMBILAN BARU 2026 🎉
👦👧 Umur: 6 – 12 Tahun

📍 Venue: Champion Futsal Court,Miri Sarawak
📅 Hari: Setiap Sabtu & Ahad
⏰ Masa: 3:00 PM – 5:00 PM

💰 Yuran : Bulanan - RM80.00
Walk In - RM15.00 / per sesi

⚽ Jurulatih Berkelayakan
• AFC Futsal Level 1
• AFC Futsal Level 2

💬 Berminat Sertai Kami?
📞 Hubungi:
011-2501 9594
012-898 2201
012-858 8367


31/03/2026

Untuk mereka yang berminat

31/03/2026

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

Sesi latihan futsal Buceros Futsal Club Academy bagi tahun 2026 akan bermula pada 4 April 2026 (Sabtu) dan hanya berpusat di Champion Futsal Court Riam.
Hari & Masa latihan masih kekal seperti biasa iaitu setiap hari Sabtu & Ahad jam 3pm-5pm.

Sekian terima kasih.


20/03/2026

Tangan dihulur,maaf dipinta
Erat hubungan sesama kita
Semoga bergembira di hari mulia
Salah dan silap,harap dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026
Maaf Zahir Dan Batin

Photos from Buceros Futsal Club's post 12/01/2026

Gambar aksi-aksi pemain & pasukan bertanding yang sempat dirakam sepanjang Kejohanan Futsal 4 Penjuru Bawah 20 Tahun.

Photos from Buceros Futsal Club's post 12/01/2026

9 - 11 Januari 2026 - Kejohanan Futsal 4 Penjuru Bawah 20 Tahun buat julung kalinya dianjurkan di Miri,Sarawak dengan penyertaan dari 5 pasukan,4 pasukan dari Miri,1 pasukan dari Negara Brunei Darussalam.
Format Kejohanan Round Robin (20minit - 20minit running time) dimana senarai pemenang adalah seperti berikut:

Juara - Tabuan Junior
Naib Juara - SSC Buceros FC
Ketiga Bersama - Denden FT & Dasan Rovers.

Pemain Terbaik - Nur Syafiq Aiman (Tabuan Junior)
Goleiro Terbaik - Nur Mohd Adi (Tabuan Junior)
Penjaring Terbanyak - Nur Syafiq Aiman (Tabuan Junior)

Hadiah disampaikan oleh Encik Sabri Amin Naib Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Miri(2009).

Terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan kali ini.Terima kasih juga kepada Perbadanan Sukan Sarawak, Persatuan Bolasepak Bahagian Miri,Kementerian Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta pengadil yang bertugas diatas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.Semoga kejohanan ini akan berterusan dimasa akan datang demi pembangunan sukan futsal di Miri amnya dan zon utara khasnya.


31/12/2025

Alhamdulillah.. 🤲🤲
2025 bakal melabuhkan tirainya,sepanjang 2025 Buceros Futsal Club telah pun melaksanakan beberapa aktiviti tahunan kelab sepertimana yang dirancang.

Aktiviti :
5 - 10 Oktober 2025 - penganjuran Kursus Kejurulatihan Futsal AFC Level 1 ,seramai 19 peserta dari Sarawak,Brunei & Australia menyertai kursus tersebut.

18 Oktober 2025 - penganjuran Kejohanan Futsal Antara Sekolah Bawah 16Tahun Peringkat Daerah Miri Lelaki dan Perempuan.

19 - 21 Disember 2025 - penganjuran Kejohanan Futsal 4 Penjuru Bawah 20Tahun namun terpaksa ditunda ke 9 - 11 Januari 2026 atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Pencapaian :
10 Oktober 2025 - Majlis tandatangan MOU bersama River City Futsal Club dari Australia,bermula 1 Jan 2026 - 31 Dis 2030 dengan 5 perkara utama terkandung dalam perjanjian MOU tersebut.

23 November 2025 - PG Futsal Akademi dijenamakan sebagai Buceros Futsal Club Academy bagi mengukuhkan lagi perjalanan & hala tuju pembangunan akar umbi sukan futsal di Miri.

Semoga tahun 2026 Buceros Futsal Club terus melaksanakan aktiviti yang bermanfaat terutama pembangunan peringkat akar umbi..Insya'Allah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Miri?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Miri