Pusat Tuisyen Andika Genius

Pusat Tuisyen Andika Genius

Share

Page Rasmi Pusat Tuisyen Andika Genius. Menyediakan perkhidmatan tuisyen UPSR-PT3-SPM. Makluman aktiviti anjuran Andika Genius Learning Centre

06/04/2026

Mereka berdua antara yg lama bersama dengan Genius Math.. Dari sekolah rendah lagi, masih hingus² lagi masa tu😅


Alhamdulillah sekarang dah habis SPM, dan dapat A untuk subjek math..


Mereka antara yang faham kepada proses, kejayaan tak datang dengan cepat tapi ada jalan & ceritanya.. Sabar & disiplin adalah kunci utama kalau nak berjaya..


Tahniah Maryam & Ridhwah, terima kasih percayakan cikgu didik korang sampai tahap ni.. Tugas cikgu sampai disini je, selebihnya usaha lah untuk kejayaan hidup pada masa akan datang..


Lepas ni doakan cikgu selalu tau, mana tau dengan berkat doa semua Allah izinkan cikgu genggam PHD pulak.. Boleh cikgu ngajar korang kat U pulak nanti😃

05/04/2026

Minggu ni kelas tuisyen dah mula semula selepas cuti raya, Alhamdulillah semangat semua anak-anak yaa😃


Untuk sekolah rendah ni, benda paling basic adalah sifir.. So kita refresh balik, kita kuatkan semula kemahiran asas.. InsyaAllah mereka bersedia dengan lebih kuat💪😃

http://www.wasap.my/+6019-4078764





01/04/2026

Alhamdulillah seorang lagi anak murid Genius Math dapat A+ untuk subjek matematik..

Jasmine, belajar secara on9 dengan cikgu Andika dari Form 3 hingga habis SPM..


Seorang yang sangat komited & disiplin.. Tak pernah lambat join class & sentiasa bersedia.. Dan hasilnya Allah permudahkan urusan beliau..


Walau jauh beratus kilometer, kalau semangat nak belajar insyaAllah akan dipermudahkan..

.
Good Luck Jasmine, terus terbang tinggi😃

01/04/2026

Alhamdulillah.. Apa yang kami target dia dapat capai, A+ math SPM 2025..


Maryam adalah pelajar Genius Math dari Form 2..seorang yang sangat komited & rajin datang kelas..


Alhamdulillah dia dah buktikan, usaha tidak mengkhianati hasil🤲😃

Photos from Pusat Tuisyen Andika Genius's post 20/02/2026

Tingkatan 3
- Drilling Module 2 (Set 3)
-Topical Module (Bab 3)

Alhamdulillah pelajar tingkatan 3 dah masuk bab ke-3 (Simpanan & Pelaburan).. Nak faham senang tapi nak ingat agak mencabar bab ni penuh dengan formula..


Tapi tak mengapa, ada cara nak bagi ingat formula² yang diberi, insyaAllah kita bantu supaya mereka betul² kuasai tajuk ni😉

http://www.wasap.my/+6019-4078764





19/02/2026

Alhamdulillah dalam seminggu dah dapat ingat semua sifir🤲😃


Bukan sebab cikgu hebat, tapi dengan teknik yang betul & semangat anak ini yang tinggi maka dia dapat kuasai sifir dengan baik..


Namun ini bukanlah pengakhiran, dia tetap kena selalu buat latihan supaya sifir tetap dalam ingatannya.. Moga dengan permulaan ini membawa kepada kejayaan lain selepas ini🤲😃

18/02/2026

Tingkatan 1

Alhamdulillah pelajar Ting 1 dah memasuki tajuk yang ke-3 (Kuasa 2, Punca kuasa 2, kuasa 3,punca kuasa 3)..


Sesuatu yang baru bilamana semasa sekolah rendah, mereka tak pernah tahu nombor ada kuasa😆.


Sambil tu, mereka dah diteraokan dengan Drilling Algebra secara konsisten supaya biasa dengan keperluan soalan dan topik..


InsyaAllah sebelum masuk bab 5,mereka dah kuasai awal dengan bantuan drilling algebra🤲😃

http://www.wasap.my/+6019-4078764





Photos from Pusat Tuisyen Andika Genius's post 17/02/2026

SIFIR....

Jantung Matematik sekolah rendah adalah sifir, dan alhamdulillah usaha mereka dah mula menampakkan hasil yang terbaik..


Bagi pelajar, dapat kuasai sifir adalah satu kejayaan besar untuk mereka.. Sebab bila dah kuat sifir, maka darab bahagi dah tak jadi masalah..


Kami tak paksa, tapi kami galakkan dengan teknik dan flow yang betul..


So far untuk tahun 2 & 3 sekarang memang dah penuh.. Doakan lepas raya nanti kami dapat buka lagi kelas yang lain🤲😉

http://www.wasap.my/+6019-4078764





16/02/2026

Tingkatan 2..

Alhamdulillah menghampiri penghujung Bab 3, insyaAllah sebelum habis bulan Feb ini akan selesai tajuk ini..


InsyaAllah awal bulan 3 akan ada penilaian pertengahan penggal untuk uji kefahaman pelajar.. Semoga mereka semua berjaya kuasai topikal dengan baik🤲😃

http://www.wasap.my/+6019-4078764





05/02/2026

Tahun 6 (K1)

Alhamdulillah dah masuk drilling ke-2 & ke-3, mana yang laju kita lajukan.. Mana yang perlahan, kita bantu jadi laju..


Setiap drilling ada level masing-masing, dan insyaAllah bila lepas setiap drilling means akan up level kemahiran pelajar..


Boleh ke macam tu??
Boleh, sebab 1 drilling ada 10 set soalan.. InsyaAllah lepas 10 set, pelajar akan kuasai dengan jayanya🤲😃

http://www.wasap.my/+6019-4078764





Photos from Pusat Tuisyen Andika Genius's post 04/02/2026

Anak-anak yang paling riang di Genius Math😉

Alhamdulillah, ramai antara mereka ni adalah pelajar lama Genius Math, jadi mudah untuk kami pacu terus untuk tahun ni.


Untuk pelajar baru, jangan risau kalau rasa macam susah.. Situasi sama macam mereka yang lain juga masa mula-mula masuk sini, mereka dah rasa semua tu.. So sekarang mereka menuai kesusahan tu dengan hasil yang mereka dah usahakan sebelum ni..


So jangan mengalah, buat yang terbaik dan push to the max.. InsyaAllah bahagia menanti di hadapan😉

http://www.wasap.my/+6019-4078764





04/02/2026

Form 5

Masa yang berbaki makin pendek, bertindak sekarang atau akan penat mengejar😉


Mereka ni hanya tinggal +- 10 bulan untuk push ke tahap maximum,.. Untuk buktikan hasil usaha belajar dari Darjah 1..


Semalam mereka dah hampir habis bab 2 (Matriks), insyaAllah akan teruskan ke bab 3 sebelum persediaan peperiksaan pertengahan penggal...


Kena laju, sebab perlu ulang lagi tajuk² form 4 kebawah melalui soalan² exam.. Buat yang terbaik, doa kami guru² & mak ayah sentiasa mengiringi 🤲😃

http://www.wasap.my/+6019-4078764





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Mersing?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


NO 91-1A, Jalan Jemaluang
Mersing
86800