Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)

Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)

Share

Segala kandungan di sini hanya untuk maklumat & perkongsian bersama. Jom komen secara berhemah, kita raikan perbezaan pendapat dengan positif.

Pemilik akaun tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat yang dikongsi.

30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni

Dengan penuh rasa syukur dan semangat patriotisme, Lembaga Pengarah, Pengurus Besar serta seluruh warga kerja Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat cintakan tanah air. Dalam mendepani cabaran masa kini, marilah kita terus membina Malaysia yang harmoni, berintegriti dan sejahtera dengan menjadikan nilai amanah, tanggungjawab dan integriti sebagai tunjang dalam setiap tindakan.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang teguh, berdaulat dan sentiasa menghargai keamanan yang dikecapi.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾


Photos from Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)'s post 28/08/2026

KURSUS PENILAIAN DASAR AWAM BAGI PEGAWAI LATIHAN : PEMBENTUKAN PELAN LATIHAN DAN KAJIAN IMPAK JABATAN DAN AGENSI
🗓️ 26 – 27 Ogos 2026
💻 Google Meet

Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Penilaian Dasar Awam bagi Pegawai Latihan : Pembentukan Pelan Latihan dan Kajian Impak Jabatan dan Agensi yang bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kompetensi Pegawai Latihan dalam merancang, menyelaras serta melaksanakan pelan latihan yang lebih strategik dan berimpak kepada organisasi.

Kursus ini turut memberi penekanan kepada kepentingan perancangan latihan yang sistematik berdasarkan keperluan kompetensi, agar pembangunan modal insan dapat dilaksanakan secara lebih terancang dan selaras dengan matlamat organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh peranan Pegawai Latihan serta menyokong pembangunan kompetensi warga kerja ke arah organisasi yang lebih cekap, berdaya saing dan berprestasi tinggi.


Photos from Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)'s post 28/08/2026

KOLABORASI STRATEGIK INSPIM BERSAMA JABATAN / AGENSI

Telah berlangsung dengan jayanya Program Pengukuhan Governans: Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi Ketua Jabatan serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pegawai dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Tahun 2026 pada 26 hingga 27 Ogos 2026, bertempat di Hotel Hatten, Melaka.

Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Unit Integriti KETENGAH dan Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) sebagai penganjur bersama, dalam usaha memperkukuh kefahaman, penghayatan dan amalan berkaitan governans, integriti serta antirasuah dalam kalangan warga organisasi.

Majlis turut diserikan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Antara pengisian menarik program ialah sesi lawatan ke Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka, yang memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan program pemulihan serta aktiviti prospek.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kepentingan governans, integriti dan antirasuah, di samping memperkukuh budaya kerja yang berteraskan nilai akauntabiliti, ketelusan, profesionalisme dan integriti dalam organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak KETENGAH atas kepercayaan, komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada INSPIM dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan serta diterapkan dalam pelaksanaan tugas seharian, seterusnya menyumbang kepada pembentukan organisasi yang lebih berintegriti, profesional, telus dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.


26/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Puan Zaihasra binti Abu Bakar, Eksekutif III (Teknologi Maklumat), atas penganugerahan Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga penghormatan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh semangat dalam melaksanakan amanah serta memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja.

Tahniah dan syabas atas pengiktirafan yang membanggakan ini. Semoga terus cemerlang, berbakti dan mencipta kejayaan pada masa hadapan.

24/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H 🌙

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lembaga Pengarah, Pengurus Besar dan seluruh warga kerja Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam membentuk peribadi yang beriman, berakhlak, amanah dan berintegriti.

Semoga penghayatan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan ukhuwah dan semangat membina ummah yang Madani dan diberkati.

“Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
— Surah Al-Anbiya’: 107

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”

23/08/2026

Setinggi Tinggi Tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka

sempena

Sambutan Hari Jadi ke 77
24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H

Setulus Ikhlas Daripada:

Lembaga Pengarah, Pengurus Besar dan seluruh warga kerja INSPIM.

Photos from Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)'s post 21/08/2026

📌 KURSUS CAKNA INTEGRITI REKOD : PENGURUSAN FAIL REKOD DAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DOKUMENTASI**
🗓️ 19 – 20 Ogos 2026
💻 Google Meet

Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Cakna Integriti Rekod : Pengurusan Fail Rekod dan Keselamatan Perlindungan Dokumentasi yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai pengurusan fail dan rekod secara sistematik serta kepentingan memastikan keselamatan dan perlindungan dokumentasi organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi memperkukuh pengurusan rekod yang lebih teratur, selamat dan berintegriti serta memastikan maklumat organisasi sentiasa dilindungi.


21/08/2026

Salam Jumaat 🌿

“Tetapkan niat bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.”

Semoga setiap urusan dan pekerjaan kita hari ini dipermudahkan serta menjadi amal yang diberkati. 🤲🏻

21 Ogos 2026 | 8 Rabiulawal 1448H

Photos from Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)'s post 19/08/2026

📌 KURSUS TATAKELOLA ASET ALIH KERAJAAN MERUJUK PEKELILING PERBENDAHARAAN
🗓️ 17 – 18 Ogos 2026
💻 Google Meet

Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Tatakelola Aset Alih Kerajaan Merujuk Pekeliling Perbendaharaan yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan tatacara pengurusan aset alih kerajaan selaras dengan pekeliling dan peraturan yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi memastikan pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap, telus dan berakauntabiliti.


Photos from Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)'s post 19/08/2026

KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN : ADAPTASI AI DALAM MENYOKONG KECEKAPAN TADBIR URUS
🗓️ 17 – 18 Ogos 2026
💻 Google Meet

Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan: Adaptasi AI dalam Menyokong Kecekapan Tadbir Urus yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai pengurusan perolehan kerajaan serta penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam menyokong kecekapan, ketelusan dan keberkesanan proses kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian bagi memperkukuh tadbir urus perolehan yang lebih cekap, inovatif, telus dan berintegriti.


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Wisma INSPIM, No. 25, Jalan Bachang Jaya 1, Off Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Jaya
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30