26/08/2026
GMT Ride Tribute To C.H
Tarikh : 24 - 25 Ogos 2026
Destinasi : CH
Edisi Ride kali ni adalah penghormatan khas kpd C.Halin yg bakal bersara wajib..Destinasi dipilih simbolik kpd permulaan edisi ride pertama GMT juga di CH..kenangan bersama otai Abdul Halin disemat kemas bersama rxz beliau..Sihat slu sahabat, trus bersama GMT….
04/03/2026
Alhamdulillah.. Iftar Ramadan 1447H done✅
Macam biasa, next ride dok jupe tarikh lagi ni... 😝 😄😜
18/01/2026
Pembuka ride 2026.
Lulus..✅✅
26/08/2025
GMT @ RXZ Members 7.0…wpun x ramai..tetap cipta kenangan utk diceritakan kpd generasi mendatang..lg pun event kapung kita…sapok😆
10/05/2025
KERJA GILA DUA HARI!
Dua laluan berbeza, tapi tujuan yang sama. Biar ada cerita untuk diceritakan masa mendatang. Biar ada kenangan untuk dikenang dalam persahabatan.
8 Mei 2025 (Khamis)
🏍️ Marang - Permaisuri - Jerteh - Kuala Krai - Gua Musang - Lojing - Cameron Highland
9 Mei 2025 (Jumaat)
🏍️ Cameron Highland - Sungai Koyan - Raub - Central Spine Road (CSR) - Mempaga - Felda Lakum - Lanchang - LPT - Ajil - Marang
🏍️ 900 KM COMPLETE!!
🏍️ 7 ahli GMT
👁️Review Perjalanan.
8 Mei 2025 - Laluan yang agak sibuk dengan kenderaan terutamanya kenderaan berat. Jalan yang kurang sempurna laluan ke Gua Musang dan Lojing. Hujan lebat bermula Lojing sampailah ke Cameron Highland.
9 Mei 2025 - Laluan lancar dan tak banyak kenderaan. Jalan dalam pembinaan di beberapa lokasi laluan Felda Lakum-Lanchang. Laluan lain jalan comel. Cuaca alhamdulillah menyebelahi kami.
Kesimpulannya kalau ada ahli maklum dalam group wasap " ride santai-santai" je, tolonglah jangan percaya. 😂😂
03/01/2025
Makan-makan tahun baru dan pengumuman tarikh ride pertama 2025. 😆🏍️🛵🏍️😃
Orang Melaka, tunggu kami 13 Feb 2025 ni.
14/09/2024
GMT luncur ke RXZ Members - Official 6.0…kali ni kami diiring oleh Mat Duan Spark disambut oleh Tok Batin Duyong Hj . Saiful di bwh retok Duyong…Perjalanan lancar, cuma balik satu jentera kelajuan cahaya sadai tepi highway..terima kasih Polis Daerah Marang, ats bantuan..🙏