18/02/2022
Kebenaran.... 😎
NO PAIN NO GAIN
member price
male member : RM 100/month
female member : RM 80/month
student: RM 50/month
walk-in : RM 10 per entry
registration fee: RM50 (1st registration)
18/02/2022
Kebenaran.... 😎
19/01/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat tahun baru kepada semua ahli Energym fitness...
Apa pun otot kegemaran anda...latih la dengan penuh dedikasi.. semoga impian utk sado tahun ini tercapai... Cheers
19/09/2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Kpd member2 Energym fitness, gym akan beroperasi kembali seperti biasa. Sila patuhi SOP dan msti sudah melengkapkn dos vaksin... Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga ENERGYM FITNESS...
Dengan ini Energym akan mengadakan acara LOST WEIGHT CONTEST...💥💥💥
💥ACARA INI TERBUKA KEPADA AHLI GYM SAHAJA.
💥TIADA YURAN DIKENAKAN.
💥HADIAH BERUPA 1 TONG PROTIN DAN YURAN GYM PERCUMA SELAMA 2 BULAN.
💥Pertandingan ini berlangsung selama 3 BULAN.
💥Akan bermula pada 1HB JUN dan berakhir pada 1HB SEPTEMBER.
💥Timbang berat akan diadakan pada hujung bulan MEI.. sbelum acara d mulakan..
🛑 Kepada yg berminat..Sila hubungi ADMIN atau terus ke kaunter gym utk keterangan lanjut...
Terimakasih
11/01/2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sedikit perkongsian utk hari ini..
Perbezaan antara cekak atas(pronate) dan cekak bawah(supinate).
Kalau anda ada masa yang terhad untuk training, dan terpaksa pilih antara squat atau leg press, mana 1 yang akan anda pilih? Jom buat breakdown ringkas untuk mudahkan pilihan.
Leg Press
1. Baring atau bersandar.
2. Dengan beberapa posisi kaki yang berbeza, leg press akan melatih punggung, hamstrings, quads, adductors abductors, gastrocnemius ( betis ).
3. Senang untuk diajar dan dibuat.
4. Boleh letak lebih plate (limited kepada kekuatan badan seseorang)
Squat
1. Berdiri ( no smith machine )
2. Dengan 1 posisi kaki dan menggunakan teknik lowbar squat, akan melatih kesemua otot yang dinyatakan di leg press dengan tambahan spinae erector, trunk muscles (core).
3. Disebabkan squat dibuat dengan berdiri, ia melatih untuk mengimbang badan ( berdiri dengan beban 150kg di belakang memerlukan tahap imbangan badan yang tinggi) jadi ianya susah untuk diajar dan dibuat.
4.Plate tidak boleh letak lebih ( limited kepada tahap kekuatan seseorang dan panjang barbell )
Jadi, yang mana akan berikan anda latihan muscle yang lebih banyak dan lebih menjimatkan masa? Tentunya squat.
Tetapi ini adalah preference sendiri. Bagi bodybuilding yang melatih bodyparts mengikut hari, buat legpress ada kelebihan dari segi hypertrophy gainz.
Tetapi untuk athlete dan mereka yang ingin bina strength secara general, squat ialah pilihan yang lebih bijak dan menjimatkan masa.
Nota tambahan: jika anda boleh leg press 200kg (tanpa spotter dan tidak cheat) , belum tentu anda boleh squat 100kg (tanpa spotter dan tidak cheat). Tetapi ianya jika anda boleh squat 100kg, leg press 200kg adalah sangat tidak mustahil.
Thanx to
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini admin belanja 1 meal plan...yg simple
Kpd yg sudi bole la try follow...
Hnya kpd yg ingin turunkan berat sahaja...
1st meal... Breakfast
Telor 5biji masak / separuh masak.. Kuning makan 2 saja.
7 sudu oat.. Mixx la pisang 1 atau pakai low fat milk
2nd Meal
2 scoop Protin shake
1 pisang
3rd meal
1 mangkuk kecik Brown rice
Dada ayam 150g
1 mangkuk kecik brokoli
4th meal
Kopi 1 cawan
Roti whole meal sama peanut butter
5th meal
1 mangkuk kecik brown rice
200g ikan
1 mangkuk kecik brokoli
6th meal
2 scoop protin shake
*sayur bole tukar ikut s**a hati
*semua makanan di sediakan dgn cara rebus stim atau bakar sahaja.
Selamat mencuba..
02/01/2021
BERSENAM VS BERLATIH
Bersenam ialah aktiviti dimana awak pergi gym atau taman rekreasi dan awak buat sedikit push up, lari, bicep curl, abs. Selesai semua tu, awak rasa heart rate dah naik sikit, peluh dah basahi baju dan awak feel good, awak pun balik.
Training ialah aktiviti dimana awak pergi gym, awak buat apa yang dah di programkan untuk hari itu, awak grind, set pr, dan awak check sama ada awak dah capai goal awak untuk hari itu, minggu itu dan bulan itu.
Bersenam ialah dimana siang tu awak makan pizza, and tiba-tiba terpikir "harini kena lari lebih sikit untuk cover balik pizza 1 kotak aku sebat tadi".
Berlatih ialah dimana awak dah tahu dari awal lagi, bahawa petang ini program awak ialah squat 140kg untuk 5repsx3sets, dan awak rehat serta makan dengan secukupnya untuk pastikan program awak dapat dibuat dengan jayanya.
Bersenam itu awak ikut rasa.
Berlatih p**a awak ada goals dan ada plan program.
If awak ada goal tapi takda plan program, awak masih dalam fasa exercise.
Credit to memberikan kebenaran utk share ilmunya
31/12/2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat tahun baru 2021 kepada semua member n seluruhnya.
Tetapkan matlamat anda. Cheers
29/12/2020
DEADLIFT ( )
Apa itu deadlift? Apakah kelebihan deadlift? Siapa yang perlu deadlift? Bagaimanakah kita deadlift? Bila kita perlu deadlift? Di mana kita boleh deadlift?
1.Deadlift ialah salah movement pattern digunakan dalam general strength training program dimana kita akan menarik barbell dari lantai ke peha kita.
2. Dengan teknik yang betul, deadlift melatih keseluruhan posterior chain kita.Muscle yang terlibat dalam deadlift ialah traps, lats, spinae erector, glutes, hamstrings, gastrocnemius ( calves ). Forearm muscles digunakan untuk genggaman dan trunk muscles ( core ) digunakan untuk stabilkan keseluruhan badan dan spine. Jadi keselurahan badan menjadi lebih kuat. Ini sangat berfaedah untuk atlit dan juga keseluruhan majoriti penduduk di muka bumi ini. Kerana badan yang kuat ialah badan yang lebih bagus, lebih tahan dari kecederaan dan lebih berguna.
3. Keseluruhan komuniti atlit, orang - orang yang kerap buat aktiviti fizikal/bers**an, pengarah jabatan, retail assistant, kontraktor, director, hair dresser, YB, penculik, perompak dll. Ringkasnya, jika awak boleh berdiri, berjalan dengan biasa awak perlu deadlift.
4. Deadlift akan dilakukan dengan barbell. Kita tidak guna bands, dumbell, kettlebell atau lain-lain lagi atas sebab tiada alat lain yang boleh load seberat barbell. Teknik mengangkat secara ringkasnya ialah letak barbell 1 inci dari tulang keting, pegang barbell, pastikan tulang belakang dalam keadaan fully extension, punggung tidak terlalu rendah seperti squat. Tarik nafas dan angkat barbell ke atas sehingga lock out position. Kemudian letak barbell kembali di posisi mula untuk reps seterusnya. Jangan hempas.Tambah berat mengikut kemampuan sendiri dan tambah berat setiap kali deadlift. Banyak variasi deadlift yang kita akan jumpa tetapi di atas ini Ini adalah cara terbaik deadlift untuk strength training.
5. Untuk program novice ( pemula ) Deadlift dibuat 3x seminggu, kemudian 2x seminggu dan setelah beban menjadi sangat berat, deadlift dibuat 1x seminggu. Ini adalah berdasarkan konsep stress, recovery dan adaptation.
6. Deadlift harus dibuat di atas platform deadlift kerana itu adalah permukaan yang rata. Jika anda deadlift di atas lantai gym, pastikan diletakkan matt untuk dijadikan alas plate. Jika tidak, lantai gym akan pecah. Deadlift mula di lantai dan habis di lantai. Jika anda buat movement ini di dalam power rack, ia dipanggil rack pull. Bukan deadlift.
Deadlift boleh dijadikan sebagai pemangkin prestasi fizikal untuk atlit, digunakan sebagai cara untuk menguatkan badan secara am dan juga boleh dijadikan sebagai rehab untuk kecederaan. Ramai dah orang luar pakai untuk tujuan di atas. Jangan percaya kalau ada rakan-rakan kata deadlift rosakkan tulang atau pinggang. Mereka maybe tak buat dengan teknik yang betul dan mereka mungkin juga hanya dengar maklumat yang salah.
Credit to
| Monday | 08:30 - 22:00 |
| Tuesday | 08:30 - 22:00 |
| Wednesday | 08:30 - 22:00 |
| Thursday | 08:30 - 22:00 |
| Friday | 08:30 - 22:00 |
| Saturday | 08:30 - 22:00 |
| Sunday | 08:30 - 22:00 |