Pearl Of Borneo Marathon

Pearl Of Borneo Marathon

Share

(POBM) Pearl of Borneo Marathon — proudly representing the Federal Territory of Labuan. Feel The Vibes & Run The Island

Kantin JKR WP Labuan · Labuan, Labuan Federal Territory 20/06/2026

🚨 PENGUMUMAN PENTING: PENGAMBILAN MEDAL, FINISHER TEE & RACE KIT POBM 2026 (KHAS PELARI LABUAN) 🚨

Sesi pengambilan Medal, baju Finisher, dan Race Kit untuk para pelari Labuan akan diadakan pada ketetapan berikut:

​📅 Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 11:00 Pagi - 5:00 Petang
📍 Tempat: Kafe JKR Labuan

Bagi melancarkan urusan di kaunter, sila patuhi prosedur berikut:
​✅ Pengambilan Sendiri: Sila bawa dan tunjukkan BIB & MYKAD anda kepada krew yang bertugas.
​🔄 Pertukaran Medal: Sekiranya anda ingin menukar medal yang tersilap semasa hari acara, sila bawa medal yang tersilap tersebut berserta BIB & MYKAD pelari untuk ditunjukkan kepada krew. (Nota: Medal yang telah di ENGRAVE tidak boleh ditukar)
​👕 Baju Finisher: Pengambilan saiz Finisher Tee adalah ketat mengikut rekod di dalam sistem pendaftaran. Pertukaran saiz adalah TIDAK DIBENARKAN.
​🤝 Pengambilan Wakil (On Behalf): Jika mengambil bagi pihak pelari lain, wakil perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter. Sila sediakan tangkap layar (screenshot) BIB & MyKad (IC) pemilik asal.

Kami memohon maaf untuk kesilapan teknikal yang berlaku. Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan pelari di Labuan.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Feel The Vibes, Run The Island 🌴

Kantin JKR WP Labuan · Labuan, Labuan Federal Territory Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

Photos from Pearl Of Borneo Marathon's post 13/06/2026

WIRA DI SEBALIK TABIR: PENGHORMATAN BUAT PASUKAN POBM 2026

​Kejayaan sejarah ini tidak terukir di garisan penamat semata-mata, tetapi pada keringat kalian di sebalik gelap malam.Terlalu banyak memori untuk dicerita

​Kepada barisan Race Director, AJK, skuad logistik, marsyal, dan seluruh sukarelawan—kalian adalah urat nadi POBM 2026. Kami tahu, beban yang kalian pikul melangkaui sekadar lenguh di kaki. Ia adalah peperangan mental dan fizikal; menahan sengkang mata berjaga malam, menelan tekanan emosi, dan memikul amanah menjaga ribuan pelari di jalanan.

​Sebagai pelaksana, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekurangan, dan menundukkan kepala tanda penghormatan buat setiap detik kesabaran kalian di lapangan.

​Mungkin tidak semua wajah kalian terakam di dalam lensa kamera atau video ini. Namun ketahuilah, ketiadaan visual kalian tidak sesekali memadamkan hakikat bahawa tanpa jiwa dan raga sekental kalian, tiada sejarah yang mampu terpahat di Labuan minggu lepas.

​Terima kasih untuk segalanya.
​Feel The Vibes, Run The Island 🌴

09/06/2026

Segala Maklumbalas Untuk Penambahbaikan Di Sini

Selesai sudah acara Pearl of Borneo Marathon 2026 yang berlangsung pada 6 - 7 Jun lepas di Dataran Labuan. Pihak penganjur amat berbesar hati ingin mendengar maklum balas, pengalaman, dan pandangan daripada anda semua!

Sama ada anda seorang peserta, pengunjung, atau komuniti setempat, maklum balas anda amat berharga bagi membantu kami menambah baik kualiti penganjuran pada masa akan datang.

📥 Bagaimana ingin berkongsi?

Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah 👇 dan sila imbas (scan) QR Code pada poster di atas untuk mengisi borang maklum balas rasmi.

Terima kasih atas sokongan padu anda dalam menjayakan Pearl of Borneo Marathon 2026! 🙌✨

Photos 09/06/2026

Terima Kasih Medic Runner POBM ,Pertama Dalam Sejarah Di Labuan

Photos from Polis Daerah Labuan's post 08/06/2026

Terima Kasih Polis Daerah Labuan

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Labuan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Federal Territory
Labuan
87000