09/07/2026
ada ke manaยฒ team u12 perempuan kelab, daerah atau negeri yg nak join..ada 2 slot kosong lg.
lelaki penuh.
objektif persediaan team daerah/negeri utk kejohanan peringkat negeri/mssm.. PM segera ye.
15/06/2026
๐ฅ๐ฒ๐๐ฒ๐ธ๐ถ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐๐น๐ถ๐
Bukan semua rezeki mai tepat pada waktu yang kita mau. Kadangยฒ Allah simpan seketika, supaya bila sampai, nilainya lebih terasa.
Hari ni, satu lagi khabar yang buat hati kami penuh syukur dan gembira. Selepas terlepas pada panggilan pertama ari tu, akhirnya nama Iqbal dipanggil untuk melangkah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Bukti bahawa bila Allah dah tentukan sesuatu itu milik kita, jalannya tetap akan terbuka walau lambat sedikit.
Mungkin ari tu ada kecewa yang pernah singgah. Mungkin ada rasa tertanyaยฒ pasai pa nama dia tak dapat. Tapi inilah jawapannya pasai setiap susunan Allah itu pasti ada hikmahnya.
Iqbal...hat ni bukan penamat, hat ni baru permulaan kepada perjalanan yang lebih besar dan panjang. Gunakan peluang ni sebaik mungkin. Belajar sungguhยฒ, berlatih lebih kuat, dan jaga adab walau setinggi mana kamu pergi. Bakat boleh bawa kamu pi jauh, tapi akhlak dan disiplin yang akan kekalkan kamu kat atas.
Pergilah bawa impian kamu sejauh mungkin. Kejar citaยฒ dengan seluruh jiwa. Tapi jangan pernah lupa siapa kita, dari mana kita mai. Jangan lupa Ummi dan Abah kamu, Jurulatih, Cikguยฒ SK Dato' Wan Mohamad Saman dan semua yang pernah percaya pada kamu sejak dari awai. Setiap titis keringat depa, ada dalam langkah kamu hari ini.
Sebagai keluarga hoki Kedah, kami sekadar tumpang bangga. Hari ini satu lagi anak Kedah melakar jalan ke pentas lebih besar. Semoga ia akan jadi pembakar semangat untuk lebih ramai lagi anakยฒ hoki Kedah mengikut jejak yang sama selepas ini.
Terima kasih kepada barisan jurulatih SSBJ atas kepercayaan yang diberikan kepada Iqbal. Peluang ini amat bermakna dan akan dijaga sebaiknya.
Terbang tinggi, Iqbal. Bawa nama Kedah dengan bangga. Kami kat sini akan sentiasa mendoakan. Dengan harapan. Dengan kasih yang tak pernah kurang. ๐๐
05/05/2026
Rasanya dah lama Kedah tak hantar penyertaan untuk Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan Bawah Umur ni. La ni depa tgh buat persiapan.
Kembalinya penyertaan kali ni jugak menunjukkan komitment pihak persatuan dan usaha yg sangat positif dalam membangunkan semula sukan hoki negeri walaupun penuh kekangan.
InsyaAllah, dengan persiapan yang rapi dan sokongan yang berterusan, benda ni mampu menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula hoki Kedah di pentas kebangsaan.
20/04/2026
๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐! ๐ฅ
Peluang dok depan mata. Jangan dok nganga lagi.
Pada semua pemain hoki Kedah bawah 16 tahun (Lelaki & Perempuan), ni lah masa untuk buktikan sapa hampa di atas padang. Bakat saja tak cukup kalau tak berani mai ke depan.
Turun. Cuba. Lawan. Buktikan.
Jangan biaq peluang ni lepas lagu tu ja.
Pasukan Negeri tengah dok cari pejuang muda yang ada semangat, disiplin dan keberanian untuk bawak nama negeri pi ke pentaih kebangsaan.
Mungkin hat ni langkah pertama hampa ke tahap yang lebih tinggi. Sapa tau?
๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ ๐ป๐ถ, ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ ๐น๐ฎ๐ด๐ถ?
๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ, ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ด๐ถ?
๐ HEBAHAN RASMI PEMILIHAN TERBUKA PASUKAN BAWAH 16 TAHUN NEGERI KEDAH 2026 ๐
Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) mempelawa pemain-pemain muda berbakat untuk menyertai Pemilihan Terbuka Pasukan Bawah 16 Tahun Negeri Kedah (Lelaki & Perempuan) bagi menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan 2026.
๐ Tempat: Padang Hoki Kompleks Sukan Muadzam Shah Alor Setar Kedah
๐
Tarikh: 2 Mei 2026 (Sabtu)
๐ Masa: 8.00 pagi โ 6.00 petang
๐ Person In Charge: 011-5751 6528 (Coach Adam)
๐ช Inilah peluang anda untuk menyerlah dan membuktikan kemampuan sebagai sebahagian daripada skuad masa depan negeri Kedah!
๐ฅ Ayuh hadir dan rebut peluang ke pentas yang lebih tinggi!
10/04/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga Komuniti Hoki Kedah ๐
Masih ada masa lagi untuk pendaftaran ๐๐ฒ๐ท๐ผ๐ต๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐จ๐ญ๐ณ, dan kita sangat berharap lebih banyak pasukan terutamanya kategori perempuan dapat turut serta kerana penyertaan masih lagi kurang.
Kita faham setiap sekolah/daerah ada kekangan masingยฒ. Tapi percayalah, kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk beri pendedahan kepada pemain serlahkan bakat dan buka ruang mereka untuk terpilih melangkah lebih jauh ke Kejohanan Hoki Kebangsaan U16 & Program NHDP. ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต.
Tak perlu tunggu pasukan sempurna untuk bermula. Kadangยฒ kita mula dgn yg mana ada dari sinilah lahirnya keyakinan, pengalaman dan bakat yg kita tak sangka.
Dengan rendah hati kita menjemput dan mengalu-alukan penyertaan semua. Jangan lepaskan peluang yang masih ada ini.
Kalau ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan untuk penyertaan, boleh terus hubungi:
๐ฒ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก & ๐๐ก๐๐ข:
Hubungi
En Mohd Azlan bin Ahmad (019-5757972)
En Mohd Yusri bin Khamis (014-6551184)
๐จ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐๐๐๐๐ :
https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8
Jom samaยฒ kita meriahkan dan kuatkan lagi komuniti hoki Kedah. Terima kasih semua.
02/04/2026
Objektif Kejohanan adalah untuk pemilihan bagi:
โช๏ธ Program PrestasiTinggi NHDP Kedah
โช๏ธKejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun
Ayuh bakatยฒ muda Kedah. Jangan lepaskan peluang.
๐ข HEBAHAN RASMI
KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN KOMUNITI 2026
Persatuan Hoki Negeri Kedah (2025) dengan sukacitanya menjemput semua pasukan di dalam negeri Kedah untuk menyertai Kejohanan Hoki Pembangunan Komuniti 2026 Bawah 17 Tahun Tertutup Negeri Kedah yang bakal menjadi platform penting mencungkil bakat baharu sukan hoki di dalam negeri Kedah.
๐ Butiran Kejohanan:
๐ฅ Kategori: Bawah 17 Tahun (Lelaki & Perempuan)
๐Jumlah Pasukan : Terhad 20 Pasukan Sahaja
๐
Tarikh: 17 (Perempuan) & 18 April (Lelaki) 2026
๐ Tempat: Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah
๐ Hadiah Kemenangan:
๐ฅ Johan: RM500 + Trofi + Medal + Sijil
๐ฅ Naib Johan: RM250 + Medal + Sijil
๐ฅ Tempat Ke-3 & Ke-4: Medal + Sijil
๐ฏ Tujuan Kejohanan:
โ๏ธ Pemilihan pemain untuk mewakili negeri ke Kejohanan Kebangsaan NHDP Bawah 16 Tahun
โ๏ธ Pemilihan ke Program Prestasi Tinggi NHDP Kedah
๐ฅ Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi!
๐ Sila imbas kod qr untuk membuat pendaftaran. Sila gunakan link di bawah jika terdapat masalah untuk mengakses kod qr :
https://forms.gle/diBZQcYSjroRn3WE8
18/02/2026
๐ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ๐ป
Selamat berpuasa buat keluarga Lang Merah yang sentiasa dihati tidak kira dimana anda berada. Ibuยฒ Ayahยฒ dan Anakยฒ semua juga peminatยฒ hoki.
Semoga hadirnya bulan mulia ini membawa ketenangan dalam hati, kekuatan dalam ibadah, dan keberkatan dalam setiap langkah kita.
Semoga setiap amalan diterima, setiap doa diangkat, dan setiap ujian diganti dengan rahmat yang lebih indah.
Mari kita isi Ramadan dengan sabar, syukur, dan kasih sesama insan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.