Berita Bolasepak Kulim

Berita Bolasepak Kulim

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Berita Bolasepak Kulim, Sports Club, Kulim.

Page yg memuatkan segala aktiviti dan Berita mengenai Bolasepak di Daerah Kulim ...
Bermula dari Pembangunan Bolasepak sehingga lah ke Pasukan Veteran ...
#wearekulim #wearesoutherncanary

19/07/2026

Malam ni guys…

19/07/2026

TAHNIAH MSSD KULIM BANDAR BAHARU BWH 18 THN ...
JUARA BOLASEPAK NEGERI KEDAH ‼️

P/s : Kupasan jujur , kalau rajin angpa baca sampai habis .

Kulim tidak pernah ketandusan Pemain ,
Ia bukan boleh tiba² ada , ia datang dengan Usaha & pengorbanan banyak pihak ...

Tahniah kepada PPD KBB yg support Kelab² Akademi & perlaksanaan Projek bawah Tanah utk membantu Sukan Bolasepak sudah mula menuaikan hasil ...

Tahniah di ucapkan kepada Kelab² Akademi Bolasepak di Daerah Kulim & Bandar Baharu yang membantu membangunkan pemain² Juara ini ,
ini bukan kerja 1 hari , ini kerja bertahun tahun ...

Jujur admin kata , Pemain² ini bukan di bangunkan di sekolah , kebanyakan sekolah hanya berlatih 2 ke 3 Minggu sebelum MSSD sahaja setiap tahun ...
Admin cakap ni untuk kategori menengah ya ,
Hanya beberapa sekolah sahaja yg berlatih sepanjang tahun antaranya SMK Kulim , SMK Lubok Buntar & SMK Air Merah ...
Kebanyakan Pemain terpaksa mencari Kelab² Akademi Bolasepak utk berlatih & bermain ...

Admin kenalpasti banyak Sekolah Menengah especially Pengetua kurang berminat dengan Sukan , ini mungkin Salah 1 faktor kenapa kebanyakan sekolah Menengah tidak membuat latihan sepanjang tahun & kemudahan meggunakan padang sekolah sangat lah susah kerana tertakluk dengan syarat² yang ketat & Salah 1 faktor lagi Sekolah tidak memanfaatkan PIBG sebaiknya dengan memohon bantuan dari waris² utk melatih anak² di sekolah . Padahal ramai ja waris yang akan volunteer utk latih pemain² di luar waktu sekolah ...

Untuk kategori Bawah 12 Tahun atau sekolah rendah kita bersyukur mempunyai beberapa Cikgu yg gila & aktif membawa pemain² mencari game di luar Daerah atas Nama KBB Allstar yg di ketuai oleh Cikgu Naim ...
Walaupun mereka tidak melatih berterusan , tetapi mereka ada initiative memantau , membentuk Pasukan & mengadakan Kejohanan di luar waktu Kejohanan MSSD semata mata mahu membentuk Pasukan Daerah bawah 12 Tahun yg kuat ...

Keadaan ini di lihat sejak 3 tahun kebelakangan ini di mana banyak Kelab² yg melatih & membawa Pemain² mencari pengalaman bermain di dalam & luar Negeri Kedah tanpa putus asa & hanya berbekalkan perbelanjaan dari waris² sendiri untuk mencari pengalaman & minit permainan ...

Dari beribu Pemain yg bermula seawal Umur 6 tahun , hanya akan tinggal beberapa puluh sahaja Pemain yg masih berlatih & bermain bila mencapai Umur 17 tahun ...
Pemain yg kental & berazam kuat sahaja yang akan bertahan sampai Umur 17 tahun ...

Anda bole lihat wajah² yg ada dlm post admin ni & bertanya sendiri adakah mereka di latih di sekolah semata mata atau mereka lebih bnyk bermain dgn Kelab² Akademi yg ada di seluruh Kulim & Bandar Baharu ...

Kebanyakannya Pemain remaja akan terkandas bila memasuki Umur 15 atau 16 tahun bila dapat motor & aktiviti yg lebih menarik selain Bolasepak ...

TAHNIAH !!!

Tahniah juga kepada Penganjur² swasta yg banyak menganjurkan Kejohanan samaada secara Liga atau Kejohanan 1 hari , anda telah banyak membantu dlm Hal ini ...

Ini lah peranan yg sepatutnya di mainkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Kulim ataupun Persatuan Bolasepak Negeri Kedah utk membantu mengadakan Kejohanan Pembangunan sepanjang tahun , bukan 1 tahun sekali ...

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Bolasepak MSSD KBB dan harap kejayaan ini menjadi langkah bermulanya era kegemilangan Bolasepak Kedah Selatan ...

25/04/2026

Jadual Perlawanan bagi peringkat Suku Akhir Kategori 15 Tahun ke Bawah ...
Good luck buat semua Pasukan yg bertanding 💪

25/04/2026

Jadual Perlawanan bagi kategori 18 Tahun ke Bawah .
Good luck semua Team MSSD Kulim Bandar Baharu 2026 💪

24/04/2026

CONFIRM PERINGKAT SUKU AKHIR HINGGA PERLAWANAN AKHIR DI STADIUM KULIM ‼️

24 April 2026 -

Terima Kasih SMK Sg Kob selaku Pengelola , PPD Kulim Bandar Baharu yang mengambil tindakan pantas menangani isu yang di bangkitkan .
Terima kasih Majlis Perbandaran Kulim yang membantu & memberi kerjasama yang baik memberi Venue Perlawanan yang hebat kepada anak² pelajar di Kulim Bandar Baharu .

Perlawanan peringkat Suku Akhir sehingga Perlawanan AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2026 yang berlangsung dari 26 sehingga 28 April 2026 akan di adakan di Stadium Kulim .

Secara tak langsung keputusan ini telah mengangkat Kualiti & tahap Kejohanan Bola Sepak sekolah² di Kulim Bandar Baharu ke tahap yg terbaik .

Keputusan ini telah di sahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kelab Bolasepak Kenari United ( En Hazril Zulkapli Hazril Perdana ) selaku rakan strategik kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu dalam Sukan bola sepak yang membantu menjadi perantara memohon kerjasama & bantuan dari Pihak Majlis Perbandaran Kulim ( Tuan Haji Zaidi Zainun ) untuk membantu memeriahkan Kejohanan bola Sepak Tahunan ini .

Setinggi penghargaan kepada Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) Kulim Bandar Baharu & juga Tuan Pengetua SMK Sungai Kob yg berjiwa besar bersetuju dengan cadangan dari PPD Kulim Bandar Baharu yg berusaha mengatasi isu yang telah di bangkitkan kelmarin .
Pihak PPD juga telah memohon bantuan dari Pejabat Polis Daerah untuk memantau semasa Kejohanan yang akan berlangsung Ahad ini demi menjaga keselamatan sepanjang Kejohanan berlangsung .

Ini membuktikan kerjasama yang baik antara Jabatan² serta NGO seperti ini amat diperlukan dalam membangunkan Komuniti yang baik serta mendapat impak yang sempurna .

Pihak SMK SUNGAI KOB telah membuat keputusan yang betul mengikut Peraturan setelah peringatan mematuhi Peraturan sekolah semasa berlangsung Perlawanan peringkat Kumpulan tempoh hari , Pihak sekolah sering kali menegur & mengingatkan kepada waris serta penonton yg memasuki kawasan sekolah supaya patuh kepada Peraturan sekolah , tetapi ia tetap di langgar .

Peringatan juga kepada semua para waris serta peminat bola Sepak supaya mematuhi Peraturan sekolah jika anda nak menonton atau support anak² dalam kawasan sekolah .

Kejadian larangan masuk ke sekolah ini tidak akan berlaku jika semua memberi kerjasama yang baik kepada Pihak sekolah ,
ini lah yg terjadi semasa Perlawanan peringkat Kumpulan berlangsung tempoh hari di mana Waris² serta penonton yang hadir merokok , va**ng , berkelakuan tidak baik seperti provokasi melampau semasa menonton anak² bermain ,

Harus di ingat , ini adalah program Pelajar² sekolah , kita yg dewasa sepatutnya menunjukkan sikap yg baik supaya anak² pelajar dapat mencontohi sikap yg baik tersebut .

Jangan di Stadium Kulim nanti hangpa yg hadir merokok & menunjukkan sikap yang tak baik pulak pasai bukan dlm kawasan sekolah !!!
Admin di fahamkan Pejabat Kesihatan juga telah di maklumkan & akan ada pemantauan yang akan di jalankan , Kalau hangpa berani , hangpa try la hisap rokok kat Stadium tu nanti .

Ini Program atau Kejohanan untuk anak² pelajar ...
Ingat tu 😡 , rasa nak buat Pala sendiri , tak payah mai pun xpa , p buat keja lain ...

Admin beletiaq la pulak 😅

Jom sama² kita MERIAHKAN BOLA SEPAK KULIM ‼️

09/02/2026

PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH KULIM DI SAHKAN TIDAK AKTIF 🔥

Semakan yang di lakukan mendapati , Persatuan Bolasepak Daerah Kulim berstatus tidak aktif sejak 2023 .

Kemusykilan juga timbul apabila , sejak 2018 yang di katakan tahun terakhir PBDK berMesyuarat Agung Pemilihan .

Adakah penipuan dokumentasi oleh Jawatankuasa PBDK telah berlaku dalam Bab penghantaran Minit Mesyuarat 2018 sehingga 2022 ( PEMALSUAN DOKUMEN ) kepada pihak KFA mahupun PJS ?

Ada sesiapa yang bole jawab ?

08/02/2026

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH KULIM TAK CUKUP KORUM !!!

Ahad - 8 Feb 2026

Setelah sekian lama , Persatuan Bolasepak Daerah Kulim yg di anggap hidup segan mati xmau akhirnya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dgn hanya di hadiri oleh Ahli Individu dan tiada langsung kelibat Ahli Gabungan di Kulim Inn hari ini .

Mesyuarat Agung Luar Biasa ini diadakan bagi mengesahkan perlembagaan yang telah di ubah tanpa usul dari mana - mana Ahli Gabungan dan perkara yang paling mengejutkan di dalam Salah satu fasal Perlembagaan tersebut adalah sangat tidak masuk akal dan lebih bersifat kepentingan peribadi individu tertentu yg memegang jawatan semasa .

Persatuan Bolasepak Negeri Kedah di gesa untuk bertindak menyelamatkan Persatuan Daerah ini demi kelangsungan dan keabsahan Persatuan Bolasepak Daerah & Negeri Kedah kerana telah lama Persatuan Bolasepak Daerah Kulim tidak aktif dan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan dan keabsahan Ahli Eksekutif KFA kini mula di pertikai kerana Persatuan Bolasepak Daerah Kulim adalah Salah 1 Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah yg tidak sah , turut serta dalam Kongres KFA .

28/12/2024

Org Kulim ...
Jom p stadium Kulim petang ni ( Sabtu )

Sedang berlangsung...
Jom p stadium Kulim ptg ni !!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kulim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kulim
09000