Tenggara Cycling Team -TCT

Tenggara Cycling Team -TCT

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tenggara Cycling Team -TCT, Amateur Sports Team, Kulai.

29/08/2026

Salam Rakan2 Kayuhan TcT
Lama dah tak bersiaran 😅
Hari ni nak berkongsi sedikit perkongsian kesihatan. Artikel panjang sikit 😄
Semoga bermanafaat 💪🏻

ADA SATU NOMBOR TENTANG KESIHATAN YANG RAMAI ORANG TAK PERNAH AMBIL TAHU.

Bukan berat badan.

Bukan BMI.

Bukan berapa ribu langkah sehari.

Namanya VO₂ max.

Dan semakin kita berumur, nombor ini semakin penting.


VO₂ max secara ringkas ialah berapa banyak oksigen yang badan kita mampu gunakan ketika bekerja kuat.

Bila kita berjalan laju, berlari, berbasikal atau naik tangga, paru-paru perlu mengambil oksigen.

Jantung perlu mengepamnya.

Darah perlu menghantarnya.

Dan otot perlu menggunakannya.

Jadi VO₂ max sebenarnya memberi gambaran bagaimana jantung, paru-paru, salur darah dan otot bekerja sebagai satu sistem.

Sebab itu ia dianggap salah satu ukuran terbaik untuk cardiorespiratory fitness.


DAN INILAH BAHAGIAN YANG MENARIK.

Dalam satu kajian melibatkan lebih 120,000 individu, tahap cardiorespiratory fitness yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah.

Hubungan ini bukan nampak pada atlet sahaja.

Perbezaan besar turut dilihat apabila seseorang bergerak daripada tahap fitness yang rendah kepada tahap yang lebih baik.

Maknanya kita tak perlu jadi pelari marathon.

Keluar daripada kelompok “tak fit” itu sendiri sudah sangat bermakna.


Masalahnya, VO₂ max memang cenderung menurun apabila usia meningkat.

Kita mungkin mula perasan benda kecil.

Dulu naik dua tingkat tangga biasa saja.

Sekarang sampai atas, kita berhenti sekejap.

Dulu boleh berjalan jauh tanpa fikir apa-apa.

Sekarang baru mengejar anak di shopping mall pun dah terasa nafas.

Kita selalu anggap,

“Biasalah. Dah tua.”

Sebahagiannya memang proses penuaan.

Tetapi sebahagiannya juga kerana badan semakin kurang dicabar.


Kerja duduk.

Balik duduk.

Naik lif.

Pergi kedai naik kereta.

Weekend pun badan berehat.

Jantung kita masih bekerja setiap hari.

Cuma semakin jarang kita meminta ia bekerja sedikit lebih kuat.

Dan tubuh manusia sangat pandai menyesuaikan diri.

Apa yang jarang digunakan, keupayaannya perlahan-lahan berkurang.


Berita baiknya, VO₂ max bukan nombor yang kita hanya perlu terima.

Ia boleh dilatih.

Tak perlu terus HIIT sampai nak muntah.

Mulakan kecil.

Jalan laju sampai nafas sedikit meningkat.

Naik tangga bila mampu.

Berbasikal.

Jog 1 minit, kemudian berjalan.

Sesekali masukkan interval yang lebih laju.

Kemudian beri badan masa untuk menyesuaikan diri.

Buat konsisten.

Minggu demi minggu.


Kalau smartwatch anda ada bacaan VO₂ max, boleh gunakan sebagai anggaran untuk melihat trend.

Jangan terlalu obses dengan satu bacaan kerana jam bukanlah ujian makmal dan nilai juga dipengaruhi umur, jantina, jenis peranti serta kaedah pengukuran.

Yang lebih menarik ialah melihat:

6 bulan lalu macam mana?
Hari ini macam mana?

Kalau dulu naik tangga tercungap-cungap, sekarang dah boleh naik tanpa berhenti, itu juga progress.


Dan satu perkara penting.

Longevity bukan VO₂ max sahaja.

Kekuatan otot penting.

Tekanan darah penting.

Gula dan kolesterol penting.

Tidur penting.

Tak merokok sangat penting.

Hubungan sosial dan kesihatan mental juga penting.

Tak ada satu nombor yang boleh menjanjikan kita akan hidup sampai umur tertentu.

Tetapi cardiorespiratory fitness adalah antara perkara yang paling konsisten dikaitkan dengan kesihatan dan survival jangka panjang.

Sebab akhirnya tujuan kita bersenam bukan sekadar mahu kurus.

Kita mahu pada umur 50 masih boleh naik tangga.

Umur 60 masih boleh berjalan jauh.

Umur 70 masih mampu membawa barang sendiri.

Dan kalau dipanjangkan usia,

kita bukan sekadar mahu hidup lebih lama.

Kita mahu badan ini masih mampu membawa kita ke mana kita mahu pergi.

Credit dari ; FB Public Health Malaysia

27/07/2025

Wakil kami di Lanchara De Malayos MTB Jamboree 2025.
Tahniah Bro D Kulai dan Fauzi Jomli podium dalm kategori masing-masing👏👏
Tahniah warga TCT dan kepada semua rider yg menyertai. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Amin..
Terima kasih Aslan Jalil setting dan service jentera rider2 TCT. Padu mat!!



01/07/2025

3 wakil kali ini di Tampin MTB Jamboree .. Tahniah semua diucapkan...,

25/06/2025

INFO DAN PERKONGSIAN ILMU TENTANG KAYUHAN
SEMOGA BERMANAFAAT

APA ITU L*D RIDE?

L*D bukan lagu zaman piring hitam.
L*D = Long Slow Distance Ride – senjata rahsia pelumba pro & rider otai.
🚴‍♂️ Kayuhan pelan tapi jauh. Ride bukan sebab nak power, tapi nak bina power dari asas.
Nak tahan 200km? Nak masuk BRM? Nak follow peloton 35km/h?
L*D la jawapan dia.

🔥 APA GUNA L*D NI SEBENARNYA?
✅ Bina asas engine badan
Kayuhan slow jauh-jauh ni yang ajar jantung, paru-paru & otot “bernafas betul”. Kalau kayuh hari-hari laju, badan tak sempat belajar.
✅ Kuatkan otot & otak
Ride jauh slow-slow = hang belajar sabar, control pedal, control nafas, control ego. Nak laju? Start dari sini dulu.
✅ Kurang risiko injury
Slow = impak rendah, lutut tak melalak, betis tak meletup. Badan boleh adapt dengan selamat.
✅ Improve sistem aerobic
Ni penting – bila aerobic power kuat, hang boleh tahan kayuh lama. Ni yang beza kayuh 40km dengan 140km.

🔧 MACAM MANA NAK BUAT L*D?
📏 Jarak: 1.5–2x jarak ride biasa (kalau biasa 30km, buat L*D 60km+)
⏱️ Pace: 60–75% effort. Kayuh sampai boleh borak sambil gelak
📅 Kekerapan: 1x seminggu, weekend paling cun
🧠 Mindset: Tak tengok speed. Tengok heart rate, tengok masa atas saddle, tengok consistency

⚡ POGACAR PUN BUAT L*D!
Tadej Pogacar – manusia luar biasa, tapi training pun macam biasa:
“I do long base rides. Easy ride, but power still 300–400w.” 😭
Hang kayuh 80 watt sambil selfie takpa…
Asal konsisten.
Asal ikut plan.

🧘‍♂️ L*D = Meditasi atas basikal
Kayuh sambil fikir. Kayuh sambil tenang.
Bukan ride nak showoff, tapi ride nak hidup lama.
“Pelan tapi jauh. Rileks tapi konsisten. Ride bukan sebab gah, tapi sebab cinta.”

04/02/2025

TcT Fraser Hill Trip 2025 Video Part 1

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kulai