31/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati
Laman perkongsian aktiviti pengakap di daerah Kulai,Johor
31/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati
25/08/2026
Tahniah Kelana Kulai👏
24/08/2026
Ahad, 23 Ogos 20226: Pengakap Kulai hadir di pameran Pengakap 宽柔中学古来分校 K-66 男童军
Pesuruhjaya Daerah, Tuan Asraruddin bersama Tuan Nizam (Setiausaha Pentadbiran), Tuan Mawardi (Pengerusi Latihan) & Tuan Shahril (ADC Remaja) telah hadir atas jemputan Pemimpin K66, Tuan Cher Shi Xian…Antara yang menarik di pameran adalah model kem kraf dan “Hanging Pirate Ship” yang dibuka kepada pengunjung…Tahniah K66 Kulai… 3x tepuk pengakap👏👏👏
24/08/2026
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin, atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam, dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan bersempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-77.
Pengiktirafan ini amat bermakna dan semoga YBhg. Datuk Wira terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam memimpin Persekutuan Pengakap Malaysia serta membentuk generasi muda yang berdisiplin, berintegriti dan berjiwa kepimpinan.
Tahniah, YBhg. Datuk Wira!
24/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi medan untuk kita memperbaharui kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, meneladani akhlak Baginda serta menghayati nilai kasih sayang, amanah, kesederhanaan, persaudaraan dan semangat berkhidmat dalam kehidupan seharian.
24/08/2026
Tahniah!!! Sejarah tercipta 👏
Seramai 18 orang Calon Pengakap Raja dari daerah Kulai telah berjaya Lulus dalam Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2026…Antara sekolah yang terlibat adalah:
1. SMK Seri Pinang Pages Rasmi : 6/6✅
2. SMPK(V) INDAHPURA: 1/1✅
3. SMK KANGKAR PULAI: 3/3✅
4. SMK Sultan Ibrahim, Kulai: 3/3 ✅
5. SMK PULAI JAYA: 2/2✅
6. Foon Yew High School, Kulai 寬柔中學古來分校: 3/3✅
Tahniah team Kulai 18/18✅
3x Tepuk pengakap 👏👏👏
16/08/2026
🌟 MAJLIS PENGALUNGAN MANIKAYU 2 BUTIR & PENYAMPAIAN SIJIL🌟
Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima manikayu dua butir dari daerah Kulai…👍
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemimpin Pengakap untuk terus hadir ke Kursus Kepimpinan Manikayu bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan kepimpinan…Selamat berkhidmat di kumpulan dan juga di daerah Kulai…
Syabas! Tahniah! 🎉
Tepuk Pengakap! 👏
Pengakap JOHOR Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai - RASMI Pengakap Malaysia
04/08/2026
Hebahan Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas Daerah Kulai 2026
Tarikh : 29 Sept - 1 Oktober 2026
Tempat : Otternest Camp
Sebarang pertanyaan hubungi ADC Pendidikan Khas PPM Daerah Kulai Pn.Norlaili 016-2697855
04/08/2026
Isnin, 27 Julai 2026: Mesyuarat Pengurusan Perkhemahan Skim Lencana Pengakap Pendidikan Khas Daerah Kulai Bil 1/2026 yang telah dipengerusikan oleh Tn. Asraruddin bin Shari, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai. Seterusnya turut diadakan sesi lawatan tapak bersama di Otternest Camp pada hari Sabtu 1 Ogos 2026.
Terima kasih Tuan DC & semua ADC Pendidikan Khas atas kebersamaan✌️
04/08/2026
Program akan datang🏃♂️➡️
Jangan lepaskan peluang anda
| Monday | 08:00 - 15:00 |
| Tuesday | 08:00 - 15:00 |
| Wednesday | 08:00 - 15:00 |
| Thursday | 08:00 - 12:30 |
| Sunday | 08:00 - 15:00 |