16/08/2026
AKADEMI BADMINTON JERUNG KULAI KINI ADA 2 CAWANGAN!
Bukan sekadar belajar bermain badminton, di sinilah kami membina pemain untuk melangkah lebih jauh!
π Dewan Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai
π Super Sport Badminton, Datoβ Onn, Johor Bahru
Sasaran kami adalah untuk melahirkan pemain yang mampu mewakili negeri, negara dan beraksi di pentas antarabangsa!
Tak kira baru bermula atau sudah mempunyai asas, kami bantu setiap pemain berkembang mengikut potensi masing-masing.
Jom pilih cawangan yang berdekatan dengan anda dan mulakan perjalanan menuju kejayaan bersama Akademi Badminton Jerung!
Sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp melalui link di bawah ππ»
Coach Yusman Z
π² wasap.my/60167496144
04/08/2026
Tahniah diucapkan kepada Mohamad Fadhil (ABJK) & Fay Manassiri Bowonwitthanakul atas kejayaan cemerlang muncul sebagai π₯ Juara dalam Kejohanan Badtalung Open #3 by Bayminton Shop yang telah berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di J Court Phatthalung, Thailand..
Kejayaan yang membanggakan ini membuktikan bahawa kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi mampu membuahkan hasil yang cemerlang.. Teruskan melakar kecemerlangan dan menggapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan! πͺ
03/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PARA NEGERI JOHOR KE PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026 π₯
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Negeri Johor ke Para SUKMA XXII Selangor 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
Majlis ini menjadi simbolik pelepasan rasmi kontinjen yang bakal membawa cabaran Negeri Johor ke temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026.
Turut dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor - JHBA, Datoβ Chong Juong Chain, atas kesudian hadir memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada atlet-atlet Para Johor. Kehadiran beliau menjadi pembakar semangat serta suntikan motivasi kepada kontinjen dalam menghadapi temasya ini.
Semoga seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Negeri Johor.
Selamat Maju Jaya Kontinjen Para Negeri Johor! π«‘πβ€οΈ
21/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Dania Elysha dan Daniel Irfan atas kejayaan dalam Kejohanan Badminton DUN Bukit Batu N51 yang berlangsung pada 21 Jun 2026 di Dewan Serbaguna Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai.
Kategori Beregu Wanita
π₯ Dania Elysha (ABJK) & Haslinda
Kategori Beregu Lelaki
π₯ Daniel Irfan (ABJK) & Acap
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang latihan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! πͺπΈππ₯
17/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Coach Rota, Coach Ana dan Junior ABJK, Atifah Zailani atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan MAKSAK Johor 2026 yang telah berlangsung pada 16 Mei 2026 di Sport City Indahpura, Kulai.
Kategori Beregu Campuran
π₯- Coach Rota & Atifah Zailani
Kategori Perseorangan Perempuan
π₯- Coach Ana
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan dan persiapan kejohanan.
Semoga terus maju jaya, terpilih mewakili negeri Johor dan berjaya mencipta lebih banyak kejayaan di Kejohanan MAKSAK Se-Malaysia yang akan berlangsung di negeri Kelantan nanti πͺπ»
03/05/2026
LATIHAN PUSAT PASUKAN BADMINTON MSSD KULAI KE ARAH MSSJ 2026
Pasukan Badminton MSSD Kulai telah selesai menjalani sesi latihan pusat sebagai persiapan rapi menjelang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) yang akan berlangsung pada 4 Mei 2026.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan oleh Persatuan Badminton Negeri Johor (JHBA) dan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Akademi Badminton Jerung Kulai. Sepanjang tempoh latihan, para pemain telah diberi penekanan terhadap aspek kecergasan fizikal, kekuatan mental serta penguasaan kemahiran teknikal dan taktikal sebagai persediaan menghadapi saingan di peringkat negeri.
Akademi Badminton Jerung Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JHBA atas sokongan berterusan yang diberikan. Sokongan ini amat bermakna dalam memastikan kebajikan dan keperluan atlet sentiasa terjaga sepanjang latihan berlangsung.
Penghargaan juga ditujukan kepada Coach Yusman, pegawai-pegawai serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Seluruh warga MSSD Kulai mendoakan agar semua pemain diberikan kesihatan yang baik, kekuatan mental serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi MSSJ nanti.
Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah dan seterusnya mengharumkan nama MSSD Kulai di pentas negeri.
βΈ»
Persatuan Badminton Negeri Johor - JHBA
Badminton Jerung Kulai
Tengku Cedok Mak Limah
βΈ»