15/08/2026
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Salam takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam buat seluruh keluarga Allahyarham Dato’ Rahman Lariwoo, Presiden Persatuan Tinju Amatur Negeri Sarawak, atas pemergian beliau kembali ke negeri abadi.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.
Al-Fatihah.
Salam takziah daripada KB Boxeo Academy
[TERKINI] Presiden Persatuan Tinju Amatur Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo, meninggal dunia pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Penolong Ketua Kontinjen (ACDM) Sarawak bagi sukan tinju, Royston Valentine ketika dihubungi TVS.
Royston turut mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran yang diteruskan kepadanya oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo.
Difahamkan, Allahyarham dijadualkan hadir di Selangor bagi memberikan sokongan kepada kontinjen Sarawak yang sedang beraksi pada SUKMA Selangor 2026.
📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!
06/08/2026
01/08/2026
31/07/2026
25/07/2026