Unimas Martial Arts of Excellence Association - UMAX

Unimas Martial Arts of Excellence Association - UMAX

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unimas Martial Arts of Excellence Association - UMAX, Sports Team, Kota Samarahan, Kuching.

03/09/2026

POV: masuk gelanggang sebagai wakil UNIMAS, keluar sebagai SILVER MEDALIST ๐Ÿฅˆ๐Ÿ”ฅ

Syahrul Ramadan delivered! Tahniah atas kejayaan meraih Pingat Perak bagi Acara Kata Karatedo di SUKIPT 2026. UMAX tumpang bangga! ๐Ÿฅ‹

03/09/2026

Tahniah kepada Syahrul Ramadan ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ

Iboh lupa cia roti gardenia ๐Ÿ˜‚

๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

03/09/2026

Datang solo balik berduo.

Tahniah kepada atlet karate kita yang bersaing rapat dengan Wakil Malaysia dan akhirnya mendapat tempat kedua ๐Ÿฅณ

03/09/2026

๐Ÿฅ‹ TAHNIAH, SYAHRUL RAMADAN!

Tahniah kepada Syahrul Ramadan, wakil Karatedo UNIMAS, atas kejayaan mara ke peringkat akhir Acara Kata SUKIPT 2026! ๐Ÿ”ฅ

UMAX mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan serta diberikan ketenangan dan fokus untuk menampilkan persembahan terbaik di pentas final.

Selamat berjuang dan semoga berjaya!

24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๏ทบ

Bersempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, UMAX mengajak seluruh warga mahasiswa, penggiat seni bela diri dan masyarakat untuk menghayati kembali nilai yang Baginda tinggalkan โ€” disiplin, adab, keberanian, amanah dan kepimpinan.

Seni bela diri bukan sekadar tentang kekuatan fizikal.
Ia juga tentang mendidik jiwa, mengawal diri, menghormati manusia dan menggunakan kekuatan pada jalan yang benar. ๐Ÿฅ‹โœจ

Firman Allah SWT:

ยซโ€œSesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.โ€

โ€” Surah al-Ahzab, Ayat 56ยป

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus membentuk kita menjadi insan yang lebih beradab, berprinsip dan bermanfaat kepada masyarakat.

UMAX โ€” Discipline โ€ข Character โ€ข Leadership โ€ข Legacy
Where Tradition Meets Innovation.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

01/08/2026

๐Ÿฅ‹ ROAD TO 4TH MALAYSIA BEST OF TAEKWONDO FIGHTER 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Pasukan SubTeras Taekwondo ITF kini sedang giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai 4th Malaysia Best of Taekwondo Fighter 2026.

Setiap tendangan diperkuatkan.
Setiap teknik diperhalusi.
Setiap latihan membina disiplin, keyakinan dan mental seorang pejuang.

Doakan agar semua atlet diberikan kekuatan, keselamatan dan kejayaan untuk memberikan persembahan terbaik di gelanggang nanti.

Train with discipline. Fight with courage. Represent with pride.
SubTeras Taekwondo ITF โ€” bersedia menuju pertandingan! ๐Ÿฅ‹๐Ÿ”ฅ

01/08/2026

๐Ÿ”ฅ ROAD TO SUKIPT | TEAM KARATE UNIMAS ๐Ÿ”ฅ

Di sebalik setiap aksi hebat, ada disiplin, pengorbanan dan latihan yang tidak pernah berhenti.

UMAX mendoakan kejayaan buat dua atlet Karate UNIMAS:

๐Ÿฅ‹ Syahrul Ramadan
Individual Male Kata

๐ŸฅŠ Prisca Easter Philip
Individual Female Kumite Under 68kg

Mereka bukan sekadar membawa nama sendiri, tetapi turut membawa semangat pasukan, universiti dan seluruh penyokong yang percaya kepada perjuangan mereka.

Terus fokus. Terus berjuang. Berikan yang terbaik di pentas SUKIPT!

See you at SUKIPT. OSS! ๐Ÿ”ฅ

18/07/2026

Tahniah kepada SubTeras Impresario Sports, Martial Arts & Culture ISMAC dalam penyertaan pertandingan JAGUH Keusahawanan Nasional anjuran KUSKOP - INSKEN dalam membawa module ISMAC dalam career pathway bukan sekadar menjadi atlet.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kota Samarahan
Kuching
94300