05/08/2026
🧡 Once a Pioneer, Always a Pioneer. 🧡
Setiap pasukan ada kisahnya.
Setiap jersi ada kenangannya.
Setiap pemain pernah berjuang demi lencana di dada.
Walaupun sudah lama menyepi, semangat PUSAK SC tidak pernah hilang. Terima kasih kepada semua pemain, pegawai, penyokong dan sahabat yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Terima kasih kerana masih mengingati PUSAK SC. 🙏
Siapa lagi yang masih bersama kami dari hari pertama? 🧡⚽
Siapa tahu... mungkin suatu hari nanti, logo ini akan kembali mewarnai padang sekali lagi. 🧡
19/07/2024
Ramai yang bertanya..InshaAllah we will comeback Next Year! 🤲
30/04/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua followers Pusak SC. Untuk makluman TEAM PUSAK akan berehat daripada menyertai mana-mana pertandingan, perlawanan persahabatan, event yang rasmi mahupun tidak rasmi sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Dengan kesempatan ini pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, bekas pemain, peyokong, peminat dan sesiapa sahaja yang pernah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pasukan ini. Keputusan ini dibuat kerana kekangan masa dan tugasan kerja hakiki setiap pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Kami juga ingin menyeru untuk menyokong Kuching City FC dan Machan FC yang akan bersaing di Liga tempatan Malaysia. Semoga Maju Jaya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir dan Batin.
15/01/2024
Test market Pusak SC
Ada yang berminat nak join main game friendly??
* first payment first serve✅
* Boleh memberikan komitmen ✅
* Boleh mendengar dan menerima arahan✅
* boleh membayar fee Padang yg dikenakan sebanyak rm 20.00 seorang. ,✅
* 22 slot pemain. ✅
*Baju diberi pinjam ✅
Terbuka kepada semua yang minat dgn bola sepak- yang sedang2 terer sahaja, jgn terer glk dan jgn noob glk
Sila Buat bayaran pada akaun
16126200014036 Rhb Bank ✅
Sertakan nama anda serta resit pembayaran sekali diruangan messenger ✅
PerlAwanan persahabatan
PUSAK VS KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA
PADANG KDFA
20/1/2024 ( sabtu)
JAM 4 PETANG.
13/11/2023
Debut penjaga gol muda Pusak SC menentang Juara M5 Sarawak Maqarize FC. Beliau merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Kuching dan baru berusia 16 tahun. Walaupun agak gugup kerana beraksi buat pertama kali di perlawanan kompetitif menentang pasukan berstatus bintang, sudah pasti ini satu pengalaman yg berharga buat beliau dan satu tindakan berani oleh pihak pengurusan menurunkan beliau di dalam kesebelasan utama.
13/11/2023
Liga Bandaraya (MW1)
Whiteboard FC (0)
Pusak SC (5)
12/11/2023, Cascara
13/11/2023
Piala MBMW
Maqarize FC (4)
Pusak SC (1)
12/11/2023, Padang C