18/08/2026
π’ PELUANG KERJAYA MYSTEP 2026 | PEMBANTU WARDEN ASRAMA (PWA)
π ANDA SEDANG MENCARI PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM? π
SMK Tabuan Jaya, Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSN Sarawak) kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi 1 kekosongan jawatan Personel MySTEP β Pembantu Warden Asrama (PWA) bagi tahun 2026.
π« MAKLUMAT JAWATAN
πΉ Jawatan: Pembantu Warden Asrama (PWA)
πΉ Taraf: Kontrak MySTEP
πΉ Kadar upah: RM1,900.00 sebulan
πΉ Tempoh bertugas: 24 Ogos 2026 hingga 30 November 2026
πΉ Kekosongan: 1 orang
π€ CALON YANG DIPERLUKAN
Lelaki, berumur 25 hingga 45 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf, sihat tubuh badan serta mempunyai pengalaman/kelayakan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikologi, pengurusan atau keselamatan adalah satu kelebihan.
π CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan dan Resume lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan seperti:
β
Kad Pengenalan
β
Sijil Berhenti Sekolah
β
Sijil Kelahiran
β
Sijil SPM
β
Sijil/transkrip pengajian tinggi, jika ada
π Permohonan hendaklah dihantar secara serahan tangan (hard copy) ATAU melalui e-mel rasmi sekolah:
π§ [email protected]
β° TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 OGOS 2026 (KHAMIS)
β οΈ Perhatian: Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Sekiranya calon tidak menerima panggilan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tutup permohonan, permohonan dianggap tidak berjaya.
πͺ JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA SSN SARAWAK!
Bersama-sama membentuk sahsiah, membina disiplin dan menyokong pembangunan atlet muda ke arah kecemerlangan.
SSN SARAWAK NO. 1 β YES, WE CAN! π
Bersatu Hati β’ Melangkah Pasti β’ Menjulang Prestasi
π² Sila kongsikan hebahan ini kepada calon yang berkelayakan dan berminat.
16/08/2026
π
TAHNIAH KONTINJEN SARAWAK!π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Joana Sangster atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Sukan Olahraga Acara Lompat Jauh Wanita di SUKMA XXII Selangor 2026! πβ€οΈπ€
Kejayaan ini mencerminkan semangat, disiplin dan usaha gigih para atlet dalam mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan kebangsaan.
Syabas dan tahniah! Teruskan mencipta kejayaan! ππ»β¨
Ikhlas daripada
Kerajaan Sarawak
16/08/2026
π
TAHNIAH KONTINJEN SARAWAK!π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Maritza Ferrer Neil Armstrong atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Sukan Olahraga Acara Lompat Jauh Wanita di SUKMA XXII Selangor 2026! πβ€οΈπ€
Kejayaan ini mencerminkan semangat, disiplin dan usaha gigih para atlet dalam mengharumkan nama Sarawak di pentas sukan kebangsaan.
Syabas dan tahniah! Teruskan mencipta kejayaan! ππ»β¨
Ikhlas daripada
Kerajaan Sarawak
16/08/2026
Tahniah!!
Maritza π₯& Joanna π₯,
Lompat Jauh Wanita SUKMA Selangor 2026 ππ€β€οΈ
07/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN ATLET MURID SSN SARAWAK
Semangat juang terus membara apabila berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera kepada Atlet Murid Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSN Sarawak) yang akan membawa cabaran ke Kejohanan Olahraga MSS Sarawak 2026, pada 10 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.
Seramai 82 orang atlet murid akan beraksi mewakili bahagian masing-masing iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri, di samping sebuah kontinjen yang mewakili SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak).
Encik Abit Hong, Pengetua SMK Tabuan Jaya (SSN Sarawak) menyatakan, majlis ini menjadi simbol amanah, semangat dan iltizam buat setiap atlet untuk berjuang dengan penuh disiplin, keberanian serta semangat kesukanan demi mengharumkan nama pasukan masing-masing.
Semoga semua atlet diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan dan berjaya mempamerkan prestasi terbaik di gelanggang.
Selamat Berjuang, Atlet Murid SSN Sarawak! πͺπββοΈπββοΈ
SSN Sarawak No.1, YES WE CAN!
Bersatu Hati β’ Melangkah Pasti β’ Menjulang Prestasi ππβ€οΈ
05/08/2026
π₯ KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SARAWAK 2026 π₯
Seramai 82 orang atlet murid Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSN Sarawak) akan mewakili 11 kontinjen MSS Bahagian serta atlet SSN Sarawak dalam Kejohanan Olahraga MSS Sarawak 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
π Tempat: Stadium UNIMAS, Samarahan
π
Tarikh: 10 β 14 Ogos 2026
Bilangan Penyertaan Atlet Murid SSN Sarawak
πΉ MSS Betong β 4
πΉ MSS Bintulu β 6
πΉ MSS Kapit β 5
πΉ MSS Kuching β 14
πΉ MSS Miri β 6
πΉ MSS Mukah β 7
πΉ MSS Samarahan β 4
πΉ MSS Sarikei β 1
πΉ MSS Serian β 5
πΉ MSS Sibu β 3
πΉ MSS Sri Aman β 7
πΉ SSN Sarawak β 20
π₯ Jumlah Penyertaan: 82 orang atlet
Semoga semua atlet sentiasa diberikan kesihatan yang baik, beraksi dengan penuh semangat kesukanan serta berjaya mencapai prestasi terbaik demi mengharumkan nama pasukan masing-masing dan Sekolah Sukan Negeri Sarawak.
SSN Sarawak No.1, YES WE CAN! πͺπββοΈπββοΈ
Bersatu Hati β’ Melangkah Pasti β’ Menjulang Prestasi
22/07/2026
22 Julai 2026 | Rabu
Salam Sarawakku Sayang
Salam Sarawak Maju Makmur
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026