MSPahang

MSPahang

Share

PAGE FACEBOOK RASMI MAJLIS SUKAN PAHANG
PENYALURAN BERITA / GAMBAR / INFO TERKINI BERKAITAN AKTIVIT

Photos from MSPahang's post 05/03/2026

PERUBAHAN AKAUN RASMI FACEBOOK
MAJLIS SUKAN PAHANG

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kesinambungan penyampaian maklumat yang lebih teratur, selamat dan berintegriti, pihak Majlis Sukan Pahang telah mewujudkan serta menggunakan akaun baharu yang dijenamakan sebagai MAJLIS SUKAN PAHANG (AKAUN RASMI)

MZSA



03/03/2026

Kuantan, 3 Mac 2026 – Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Pengarah Pusat Sukan En.Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan hala tuju kerjasama melibatkan pembangunan atlet, sokongan kepakaran sains sukan serta perkongsian fasiliti dan penyelidikan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan MSP bagi memperincikan bentuk kolaborasi yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri Pahang secara menyeluruh.

MZSA



03/03/2026

Kuantan, 3 Mac 2026 – Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) telah mengadakan satu pertemuan strategik bersama delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pengarah Pusat Sukan UMP, Prof. Dato’ Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan hala tuju kerjasama melibatkan pembangunan atlet, sokongan kepakaran sains sukan serta perkongsian fasiliti dan penyelidikan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan MSP bagi memperincikan bentuk kolaborasi yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri Pahang secara menyeluruh.

MZSA



03/03/2026

Kuantan, 3 Mac 2026 – Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) telah mengadakan satu perjumpaan strategik bersama wakil daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi membincangkan potensi kerjasama.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan MSP bagi menyokong kolaborasi yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri Pahang secara menyeluruh.

MZSA



03/03/2026

KUANTAN, 3 Mac 2025:- Majlis Pembukaan Klinik Pakar Perubatan Sukan yang baharu telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Penubuhan klinik ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan khususnya dalam bidang perubatan sukan di negeri Pahang.

Penubuhan klinik ini juga dilihat selari dengan hasrat memperkasakan ekosistem pembangunan sukan negeri, terutamanya dalam memastikan atlet menerima sokongan perubatan yang berkualiti dan berterusan.

Dengan pembukaan klinik ini, diharapkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Sukan Pahang dapat bekerjsama untuk memberikan perkhidmatan perubatan sukan di negeri Pahang akan terus berkembang seiring dengan kemajuan sektor sukan dan kesihatan negara.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, turut hadir Pengarah Majlis Sukan Pahang serta delegasi yang menyambut baik penubuhan klinik pakar ini sebagai satu keperluan penting dalam landskap pembangunan sukan masa kini.

MZSA



03/03/2026

KUATAN, 3 Mac 2025:- Majlis Pembukaan Klinik Pakar Perubatan Sukan yang baharu telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Penubuhan klinik ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan khususnya dalam bidang perubatan sukan di negeri Pahang.

Penubuhan klinik ini juga dilihat selari dengan hasrat memperkasakan ekosistem pembangunan sukan negeri, terutamanya dalam memastikan atlet menerima sokongan perubatan yang berkualiti dan berterusan.

Dengan pembukaan klinik ini, diharapkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Sukan Pahang dapat bekerjsama untuk memberikan perkhidmatan perubatan sukan di negeri Pahang akan terus berkembang seiring dengan kemajuan sektor sukan dan kesihatan negara.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, turut hadir Pengarah Majlis Sukan Pahang serta delegasi yang menyambut baik penubuhan klinik pakar ini sebagai satu keperluan penting dalam landskap pembangunan sukan masa kini.

MZSA



02/03/2026

Latihan malam Ramadan Sukan Angkat Berat 🌙🏋🏻‍♂️

MZSA



AtletMakmurPahang

Photos from MSPahang's post 02/03/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN PAHANG

Majlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengemukakan tawaran sebut harga seperti berikut:

1. Membekal Dan Menghantar Basikal Dan Alat Ganti Sukan Berbasikal SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-2)
2. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Dan Pertandingan Sukan Memanah Bagi Program SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-3)
3. Membekal Dan Menghantar Makanan Tambahan, Ubatan Tidak Berjadual Dan Barangan Fisioterapi Untuk Atlet SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-4)
4. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Pasukan Gimnastik SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-5)
5. Membekal Dan Menghantar Peralatan Latihan Dan Pertandingan Pasukan Pelayaran SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69(2026-6)

📅 Tarikh Buka: 02 Mac 2026 (Isnin)
⏰ Tarikh Tutup: 09 Mac 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari

📍 Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Aras 1, Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Pahang pada waktu pejabat:
Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari/ 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak Majlis Sukan Pahang.

📌 Terima kasih atas kerjasama anda.
MZSA



02/03/2026

KENYATAAN TENDER MAJLIS SUKAN PAHANG

Majlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengemukakan tawaran membekal dan menghantar pakaian dan kelengkapan Kontinjen Pahang ke Temasya SUKMA dan PARA SUKMA XXII Selangor Tahun 2026.

📄 No. Kod Tender:
SUKPHG-11.400-5/5/4 (2026-2)

📅 Tarikh Buka: 27 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Tarikh Tutup: 19 Mac 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari

📍 Dokumen tender boleh diperolehi di Aras 1, Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Pahang pada waktu pejabat:
Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari/ 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai tender ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak Majlis Sukan Pahang.

📌 Terima kasih atas kerjasama anda.

MZSA



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Majlis Sukan Pahang, Kompleks SUKPA, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00