20/08/2026
PROGRAM INSPIRE I-TALENT PERINGKAT DAERAH KUANTAN TAHUN 2026 CETUS SEMANGAT DAN KEYAKINAN PESERTA
KUANTAN, 12 Ogos β Program Inspire I-Talent Peringkat Daerah Kuantan 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang hari ini. Lebih istimewa lagi, peserta kali ini berpeluang merasai aktiviti pemanasan badan dengan turut sama-sama menyertai Program Briskwalk Merdeka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di trek KOMBES Pahang.πͺπ»
Penganjuran Program Inspire I-Talent ini membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan golongan Pendidikan Khas dan OKU terus diberi ruang serta peluang yang sama untuk berkembang, menyerlahkan bakat dan membina masa depan yang lebih cemerlang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan serta Majlis Sukan Pahang atas komitment sepanjang penganjuran program pencarian bakat ini.π
Inisiatif pembangunan bakat dan potensi golongan OKU ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, mengasah kemahiran insaniah serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang pembangunan diri melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi.β¨
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Ameer Haji Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan serta Presiden Black White Dart Club selaku penganjur bersama. π€
"JBS Pahang, Number One" π₯
Disediakan oleh :PBSD Kuantan