Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang

Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang

Share

Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang

Photos from Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang's post 26/08/2026

PEKAN, 24 Ogos 2026 - LAWATAN NAIB YDP I KE FASA LATIHAN PASUKAN BOLA JARING PAHANG

Naib Yang Dipertua I Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang, YH Dato' Hajah Hamiza telah mengadakan lawatan ke sesi latihan pasukan Bola Jaring Pahang di SMK Sultan Ahmad, Pekan sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan terhadap persiapan pasukan menghadapi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Melaka.

Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri perkembangan, tahap kesiapsiagaan serta semangat para atlet dan barisan jurulatih dalam menjalani fasa latihan sebelum menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.

Semoga segala usaha, disiplin dan pengorbanan sepanjang tempoh persiapan ini akan membuahkan hasil terbaik buat kontinjen Pahang. Selamat berjuang untuk semua!!!

26/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1bTHKSWScT/

KUALA SELANGOR, 20 OGOS 2026 - Bola jaring SUKMA Selangor 2026 kini telah memasuki peringkat separuh akhir, menjadikan saingan semakin sengit dalam merebut tempat ke perlawanan akhir dan seterusnya kejuaraan.

Saingan bola jaring SUKMA XXII Selangor 2026 kini berada di kemuncak pertandingan dengan empat pasukan terbaik berentap di peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola jaring WP KL, Terengganu, Kedah dan Johor yang bakal menghiasi pentas akhir nanti.

Photos from Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang's post 06/08/2026
Photos from Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang's post 06/08/2026

02 Ogos 2026 - Retreat Pindaan dan Pemurnian Perlembagaan Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang & Ahli Gabungan serta Prosedur Penubuhan Badan Sukan memasuki hari kedua dan peserta dilihat makin bersemangat dan kekal memberi reaksi yang positif.

Hasil perbincangan dan perkongsian sepanjang program ini telah memberikan banyak input bernilai, khususnya dalam aspek pengurusan badan sukan, peranan ahli gabungan, struktur organisasi, tanggungjawab kepimpinan serta pematuhan kepada tatakelola sukan yang baik.
Kekuatan sesebuah persatuan bukan hanya bergantung kepada pencapaian di gelanggang, tetapi turut dipengaruhi oleh keupayaan organisasi dalam mengurus, merancang dan melaksanakan program pembangunan secara berterusan.

Naib Yang Dipertua II PBJNP, Ybhg Datin Firdhaus binti Md Yatim hadir bagi merasmikan penutup program menekankan agar segala hasil pemurnian dan cadangan yang diperoleh melalui retreat ini akan menjadi asas penting dalam memperkukuhkan hala tuju Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang, khususnya dalam merealisasikan aspirasi pembangunan bola jaring negeri yang lebih menyeluruh.

Penghargaan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam memastikan pembangunan bola jaring di setiap daerah terus berkembang. Kerjasama erat antara persatuan negeri dan ahli gabungan merupakan kunci utama dalam melahirkan atlet berkualiti, jurulatih berkemahiran serta ekosistem bola jaring yang mampan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


PBJN Pahang
Kuantan
25590