01/09/2026
Pemimpin Bosnia Alija Izetbegovic mengatakan: "Dulu, saya dan keluarga hampir setiap malam menghabiskan waktu bersama keluarga tetangga kami yang berbangsa Kroasia. Beliau sosok yang ramah dan baik hati. Putranya berteman akrab dengan putra saya, sementara istri dan putri kami kerap menghabiskan waktu berjam-jam memasak, berdandan, dan berbelanja bersama. Kami sudah seperti satu keluarga.”
“Sampai akhirnya tiba hari di mana pihak Serbia menyerang Bosnia. Di titik itulah saya melihat tetangga sekaligus sahabat Kroasia saya berubah menjadi sosok yang begitu kejam—ia ingin mengusir saya, merebut rumah saya, dan merusak kehormatan keluarga saya... Tragedi Bosnia, meski sangat brutal, telah mengajarkan kita satu kaidah terpenting dalam agama kita, yaitu Al-Wala' wal-Bara' (loyalitas dan pelepasan diri)."
Sesungguhnya tabiat orang-orang musyrik adalah menjaga janji selama mereka belum memegang kendali. Namun, ketika merasa lebih kuat dibanding kaum mukmin, mereka tidak lagi memedulikan ikatan kekerabatan maupun perjanjian. Jangan sampai kita terperdaya oleh sikap manis mereka saat sedang takut, sebab bibir mereka mengucap kata-kata manis untuk menyenangkan hati, padahal hati mereka menolak, dan sebagian besar dari mereka adalah orang-orang yang melanggar janji.
Sebagaimana firman Allah SWT:
{كَيْفَ وَإِن يَظْهرُوا عَلَيْكُمْ لَا يَرْقُبُوا فِيكُمْ إِلاّ وَلا ذِمَّةً ۚ يُرْضُونَكُم بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَىٰ قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ}
"Bagaimana bisa (ada perjanjian), padahal jika mereka memperoleh keunggulan atas kamu, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadap kamu dan tidak (p**a mengindahkan) perjanjian. Mereka menyenangkan hatimu dengan mulutnya, sedang hatinya menolak. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (QS. At-Tawbah: 8)
(Deskripsi Foto): Seorang prajurit Bosnia menangis tersungkur di batang pohon setelah berhasil membebaskan desanya, hanya untuk mendapati kenyataan pahit bahwa seluruh keluarganya telah diekse*kusi oleh pasukan Serbia. Foto ikonik ini diabadikan pada tahun 1995 di tengah kecamuk Pe*rang Bosnia.
26/08/2026
RAMALAN CUACA | Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan gelombang kemuncak ‘Super’ El Nino di negara ini dijangka berlaku bulan depan dan Januari 2027 berdasarkan analisis data terkini.
25/08/2026
Malam Berdarah Sunway Lagoon: Taktik Kotor Tutup Kes Demi Selamatkan Reputasi?
Sabtu malam yang sepatutnya sarat dengan gelak tawa di Sunway Lagoon bertukar menjadi mimpi ngeri apabila permainan roller coaster mengalami kegagalan teknikal dahsyat sekitar jam 9:00 malam. Seramai 22 penumpang—termasuk budak seawal 11 tahun hingga pelancong asing—terperangkap dalam detik cemas yang hampir meragut nyawa, dengan 10 daripadanya terpaksa dikejarkan ke Hospital Subang Jaya.
Namun, apa yang lebih menyakitkan hati bukannya insiden itu semata-mata, tetapi skrip penutupan cerita (cover-up) yang didakwa sedang berlaku dengan cukup licik!
Kalau bukan sebab keberanian saksi memuat naik video di Threads dan TikTok pada hari Ahad, sampai ke hari ini masyarakat mungkin terus ditipu dengan imej "sempurna" taman tema terkemuka ini. Rakaman mangsa diusung keluar dan kehadiran kenderaan polis di lokasi menjadi bukti kukuh yang tak boleh disanggah.
Persoalannya, Mana Kenyataan Rasmi Sunway? Dari malam kejadian sampai ke saat ini, pihak pengurusan Sunway langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media. Adakah keselamatan pengunjung begitu murah sehingga tiada permohonan maaf dikeluarkan?
Media Arus Perdana Kena 'Kunci'? Mengapa berita sebesar ini seolah-olah disenyapkan? Kalau ada pun media arus perdana yang melaporkannya, nama Sunway langsung tidak dipetik! Timbul spekulasi liar di media sosial bahawa ada dalang yang sanggup 'membayar' demi membersihkan nama dan menyelamatkan nilai saham.
Ini bukan kali pertama jenama ini terpalit dengan kontroversi. Sebelum ini, kecoh isu keracunan makanan beramai-ramai dalam satu acara di lokasi sama yang turut cuba ditenggelamkan daripada pengetahuan umum. Pola ini membuktikan ada usaha berterusan untuk menutup kelemahan operasi demi mengaut keuntungan.
Pihak berkuasa dan Kementerian Pelancongan tidak boleh terus berpeluk tubuh. Sunway Lagoon wajib dipertanggungjawabkan secara terbuka! Nyawa rakyat dan pelancong bukannya bahan pertaruhan untuk mengekalkan reputasi perniagaan yang makin retak.
21/08/2026
korang ada tak kawan yang korang telefon setiap tahun tanpa gagal?
Aku tanya sebab aku sendiri malu nak jawab.
Group WhatsApp sekolah aku ada 47 orang.
Yang bercakap? Dua orang. Yang lain buat hiasan je macam pasu kat ruang tamu.
Tapi aku terbaca satu kisah ni. Lepas baca, aku terus scroll balik contact list.
Rasa bersalah macam orang tak bayar hutang lima tahun.
Cerita dia macam ni.
Tahun 1968, Vietnam. Dua orang askar Marin Amerika terperangkap dalam satu kubu.
Nama dia orang Bill dengan Hollie.
Di luar tu roket meletup satu demi satu. Tanah bergegar. Debu jatuh atas kepala.
Bayangkan. Korang duduk situ, tak tahu esok masih bernyawa ke tidak.
Aku kalau kena macam tu, memang dah menangis panggil mak.
Tapi dalam gelap tu, salah seorang cakap benda pelik.
Bukan pasal takut. Bukan pasal nak balik.
"Weh, kalau kita hidup lepas ni, kita telefon satu sama lain setiap Malam Tahun Baharu."
"Sampai mati."
Yang seorang lagi jawab, "Deal."
Setakat itu je. Tak ada surat perjanjian. Tak ada saksi. Tak ada setem hasil.
Dua orang mamat muda, cakap dalam gelap, sambil roket meletup.
Kalau aku, esok pagi memang aku dah lupa.
Janji masa panik ni selalunya sama nilai dengan azam tahun baharu. Hidup tiga hari, lepas tu senyap.
Tapi tengok apa jadi.
Mereka berdua selamat balik.
Dan setiap kali dunia sambut tahun baharu, telefon tu berdering.
Setiap. Tahun. Tanpa gagal.
Kahwin, dering. Dapat anak, dering. Pindah negeri, dering.
Kerja tukar, ekonomi jatuh, rambut dah putih, dering jugak.
Zaman tu tak ada WhatsApp. Tak ada video call.
Nak telefon jarak jauh pun kena kira duit. Tapi dia orang tetap buat.
Hampir lima puluh tahun, korang.
Lima puluh kali suara kawan menembusi jarak beribu batu, cuma sebab satu janji dalam kubu.
Aku dengan kawan aku, tiga hari tak reply mesej dah kira "sibuk".
Dia orang ni lima puluh tahun tak pernah miss.
Lepas tu sampai tahun 2017.
Hollie sakit. Doktor dah angkat tangan. Dah tak ada apa nak buat.
Sebelum dia pergi, dia minta satu benda kat Bill.
Satu je.
"Bill, kau sampaikan ucapan pengebumian aku. Lepas tu kau berkawal tepi keranda aku."
Bill masa tu umur 83 tahun.
Nak jalan pun kena pakai tongkat. Bangun dari kerusi pun kena kira tiga saat dulu.
Umur macam tu, orang lain dah ada seribu alasan.
"Aku sakit lutut." "Aku tak larat." "Nanti aku doa dari rumah."
Tapi hari tu, Bill datang.
Bukan dengan tongkat. Dengan Pakaian Seragam Rasmi Marin, lengkap dari kepala sampai kaki.
Tongkat tu dia letak tepi.
Badan tua tu berdiri tegak, berkawal tepi keranda kawan dia.
Lima puluh tahun lepas, dia janji nak ada sampai habis.
Hari tu, dia tunaikan.
Aku baca sampai situ terus senyap.
Sebab aku tahu ada nama dalam telefon aku yang aku dah lama tak sentuh, dan aku tak ada satu pun alasan yang munasabah.
Kita ni selalu ingat kawan lama.
Ingat je. Tapi ingat tu murah. Yang mahal ialah pilih.
Persahabatan bukan diuji masa senang.
Ia diuji masa kau ada seribu sebab untuk tak muncul, tapi kau muncul jugak.
Janji tu senang nak cakap.
Nilai dia baru keluar bila tiba masa ia paling susah nak tunaikan.
Dan lelaki yang tunaikan janji pada orang yang dah tak ada untuk tuntut apa-apa,
itulah lelaki yang benar-benar boleh kau percaya masa dia masih ada.
Pergi telefon kawan kau.
Sebelum janji kau tinggal cerita orang lain baca kat Facebook.
Apa pendapat korang?
Best Finder
19/08/2026
ALASAN BELAJAR MEMANDU, DUA WANITA KANTOI BERSAMA LELAKI BANGLADESH
Niat kononnya mahu keluar belajar memandu akhirnya terbongkar apabila seorang wanita dicekup bersama seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah tempat penginapan.
Lebih mengejutkan, bukan seorang tetapi dua wanita tempatan ditahan dalam operasi berkenaan selepas masing-masing ditemui bersama dua lelaki warga Bangladesh.
Seorang daripada wanita terbabit dikatakan memberitahu suaminya bahawa dia mahu keluar mengambil lesen memandu bersama seorang rakan. Namun, kepercayaan yang diberikan suami akhirnya disalahgunakan apabila wanita itu berada di tempat lain bersama lelaki warga asing.
Wanita berkenaan juga merupakan ibu kepada empat anak dan telah 18 tahun mendirikan rumah tangga. Seorang lagi wanita p**a baru sekitar tujuh tahun berkahwin.
Menurut laporan, salah seorang lelaki warga Bangladesh itu dikatakan dikenali melalui tempat kerja, manakala seorang lagi baru sahaja berkenalan dengan wanita terbabit kira-kira seminggu menerusi aplikasi WeChat.
Perkenalan yang pada awalnya kelihatan biasa akhirnya membawa kedua-dua wanita itu ke sebuah tempat penginapan sebelum kegiatan mereka terbongkar menerusi operasi pihak berkuasa.
Kedua-dua wanita berkenaan kemudiannya dicekup bersama lelaki warga Bangladesh terbabit untuk tindakan dan siasatan lanjut.
17/08/2026
TERNYATA ARAHAN PIHAK BERKUASA TIDAK LAGI BERHARGA PADA RAKYAT.
TERUTAMA SEKALI KAUM INDIA
==========================
Ramai netizen kuantan merungut. Undang2 ni hanya kena pada orang melayu sahaja.
Cuba teka kat mana ni
02/08/2026
JEM DI JAMBATAN SUNGAI PAHANG DI PALOH HINAI MENGAKIBATKAN KESESAKAN ANGGARAN 20 KILOMETER
===========
Cadangan jalan alternatif adalah jalan kuantan-pekan-paloh hinai.
Share pada kawan kawan2 semua.
Pihak JKR pekan sepatutnya maklum dimana cuti hari jumaat baru ini dan kesibukan orang berkonvoi bercuti ke terengganu akan mengakibatkan kesesakan di traffic light ini.
TIAP2 KALI ADA PERAYAAN ATAU CUTI BERTIMPA . TUTUP LA TRAFIC LIGHT NI. ASYIK DOK ULANG KESILAPAN TIAP2 KALI APA KE BODOH NYA JKR PEKAN NI
Jem ini di jangkakan kelewatan 1jam hanya semata2 nak lalu trafic light bodoh ni. Banggang
27/07/2026
Ratusan pelarian Rohingya dilaporkan berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur selepas diusir dari penempatan mereka di Penaga, Pulau Pinang.
Difahamkan, mereka tiba dengan menaiki bas yang disewa sendiri selepas diminta keluar oleh penduduk setempat tanpa diberi masa yang mencukupi untuk mengemas barangan.
"Saya sudah tinggal sana 14 tahun, sebelum ini tak ada masalah. Saya tak tahu apa jadi buat mereka marah. Saya sewa rumah dengan orang Malaysia juga. Mungkin satu dua orang (Rohingya) buat hal kami semua kena."
21/07/2026
Gaji Lamine Yamal sekitar RM2 juta ringgit seminggu. Yup, kau tak salah baca. RM2 juta seminggu tau. Bukan setahun.
Lihat iPhone dia tu. Crack dah cover. Bukan iPhone model terbaru pun. Itulah iPhone kesayangan dia, dibawa ke hulu ke hilir.
Yamal terkenal dengan sifat merendah diri. Katanya, kalau berada mate rumah, keluarganya tak benarkan guna telefon. Mereka lebih fokus berhubung sesama ahli keluarga.
Orang gaji RM2 juta seminggu tak kalut nak terlihat kaya dan terpaling up to date.
Ada segelintir yang gaji RM2k sebulan kemain sanggup buat loan beli iPhone 17 Promax. Lepas tu hutang sana sini demi dilihat sebagai kaya.
Kata orang White Sand,
"Fokus untuk jadi kaya. Bukan terlihat kaya".
Biar nampak biasa, tapi tidur malam lena. Dari yang bergaya macam anak raja, tapi hutang bertimbun, bil merah, sewa rumah tertunggak.
Apa pun, sebagai orang Islam, kejarlah akhirat. Dunia pasti mengikutimu.
Begitulah.
21/07/2026
Kisah superstar Barcelona, Lamine Yamal, sebenarnya bukan pasal bola sepak semata-mata. Tapi ini tentang pengorbanan luar biasa seorang wanita hebat yang menjadi tulang belakang kejayaannya.
Neneknya, Fatima, dulu nekad berhijrah sendirian dari Maghribi ke Sepanyol demi mengubah nasib keluarga. Bayangkan, dia sanggup menempuh perjalanan jauh naik bas tanpa dokumen yang lengkap masa tu.
Sampai di bumi Sepanyol, Fatima pulun kerja sampai tiga syif sehari tanpa henti. Semua kepayahan itu dia hadap sorang-sorang semata-mata nak bawa anak-anaknya, termasuklah bapa Lamine, hidup lebih sempurna.
Daripada penderitaan dan ketabahan neneknya inilah, Lamine kutip satu falsafah hidup yang paling mahal. Warisan paling berharga yang dia terima bukanlah harta, tapi mentaliti kental untuk tidak pernah menyerah kalah.
Walaupun sekarang nama Lamine dah gah di persada dunia, dia langsung tak lupa daratan. Perkara pertama yang dia buat bila dah berjaya adalah belikan sebuah rumah selesa buat nenek kesayangannya.
Malah, dalam setiap majlis anugerah besar, kelibat neneknya sentiasa ada di sisi menemani cucunya. Keakraban dan rasa hormat yang ditunjukkan Lamine betul-betul buat ramai netizen rasa sebak dan terharu.
Betullah orang kata, di sebalik kejayaan besar seorang manusia, pasti ada doa dan pengorbanan senyap daripada orang tersayang. Kisah Fatima ini adalah bukti nyata bagaimana kasih seorang nenek mampu melahirkan seorang legenda dunia.