Majlis Sukan Pahang

Majlis Sukan Pahang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Sukan Pahang, Sports, Majlis Sukan Pahang Kompleks SUKPA, Kuantan.

Photos from Majlis Sukan Pahang's post 16/04/2026

SSTMI, Johor 16 April 2026 - Kunjung hormat YB Pengerusi Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Fadzli Bin Mohd Kamal ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi II Majlis Sukan Pahang, YB Tuan Khaizulnizam Bin Mohd Zuldin serta Pengarah Majlis Sukan Pahang, Encik Mahadir Bin Abdul Raffar.

Seramai 25 orang atlet kelahiran Pahang yang sedang menimba ilmu dan latihan di SSTMI turut diraikan dalam kunjungan ini. Sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat, YB Pengerusi telah menyampaikan barangan sukan Decathlon kepada para atlet.

Inisiatif ini diharap dapat membakar lagi semangat juang serta menjadi pemangkin kepada para atlet untuk terus berusaha gigih dalam latihan dan mencapai kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

MZSA



16/04/2026

Pergerakan Pasukan Karate Do ke Kejohanan Silent Knight yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 16 hingga 19 April.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua dan memperoleh kejayaan! πŸ₯‹πŸ”₯

πŸ“Έ Penyelaras Sukan Karate

MZSA



Photos from Majlis Sukan Pahang's post 15/04/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA MAJLIS SUKAN PAHANG

Majlis Sukan Pahang adalah dengan ini mempelawa pembekal-pembekal yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengemukakan:
1. Tawaran membekal dan menghantar pakaian dan peralatan pertandingan pasukan angkat berat SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69 (2026-7)
2. Tawaran membekal dan menghantar peralatan latihan dan pertandingan pasukan hoki lelaki dan wanita SUKMA Negeri Pahang Tahun 2026 (SUKPHG-11.400-5/3/69 (2026-8)

πŸ“… Tarikh Buka: 14 April 2026 (Selasa)
⏰ Tarikh Tutup: 21 April 2026 (Selasa), jam 12.00 tengah hari

πŸ“ Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Aras 1, Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Pahang pada waktu pejabat:
Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari/ 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari/ 3.00 petang - 4.30 petang

Pembekal yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak Majlis Sukan Pahang.

πŸ“Œ Terima kasih atas kerjasama anda.

MZSA



Photos from Majlis Sukan Pahang's post 15/04/2026

Kuantan, 14 April 2026 – Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Pahang berlangsung dengan meriah dalam suasana santai dan penuh kemesraan, menghimpunkan warga kerja serta tetamu jemputan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Pengerusi Majlis Sukan Pahang bersama Pengarah dan seluruh kakitangan. Pelbagai juadah Hari Raya disajikan, menambahkan lagi keceriaan majlis.

Selain menjadi ruang untuk beramah mesra, majlis ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga Majlis Sukan Pahang. Dalam masa sama, turut disentuh mengenai persiapan menghadapi SUKMA yang bakal berlangsung.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dalam suasana penuh ceria.

MZSA



Photos from Majlis Sukan Pahang's post 14/04/2026

KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026

SUKAN: TAEKWANDO

πŸ“ Tarikh : 13 April 2026 (Isnin)
⏰ Masa : 8.00 pagi
πŸ“Œ Venue : Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim

πŸ… JUMLAH PUNGUTAN PINGAT PAHANG

πŸ₯‡EMAS - 2
πŸ₯ˆPERAK - 0
πŸ₯‰GANGSA - 2

Tahniah diucapkan kepada pasukan taekwando!




Photos from Majlis Sukan Pahang's post 14/04/2026

KEJOHANAN KARNIVAL BAKAT OLIMPIK KEBANGSAAN SIRI 1/2026

SUKAN: AKUATIK TERJUN

πŸ“ Tarikh : 12 April 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 8.00 pagi
πŸ“Œ Venue : PUSAT AKUATIK KERIANG, KEDAH

πŸ… JUMLAH PUNGUTAN PINGAT PAHANG

πŸ₯‡EMAS - 0
πŸ₯ˆPERAK - 1
πŸ₯‰GANGSA - 2

Tahniah diucapkan kepada pasukan akuatik terjun!




Photos from Fadzli Kamal's post 13/04/2026

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal bersama Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Encik Mahadir menziarahi Coach Asri di kediamannya di Temerloh selepas beliau mengalami strok ketika bertugas sebagai pengurus pasukan berbasikal para negara sempena Sukan Para ASEAN (APG) di Korat, Thailand baru-baru ini.

12/04/2026

Jurulatih skuad hoki Young Elephant Pahang, Mohd Sufian Mohamad, berpuas hati dengan corak permainan pasukan walaupun tewas 2-5 kepada Maybank.

Fokus kini terarah kepada perlawanan seterusnya menentang UiTM. πŸ’ͺπŸ‘

MZSA



Photos from Majlis Sukan Pahang's post 12/04/2026

Kejohanan Liga Hoki Malaysia menyaksikan skuad pasukan Young Elephant Pahang berdepan pasukan Maybank dalam satu aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Kompleks SUKPA, Kuantan, Pahang.

Dalam perlawanan tersebut, Young Elephant Pahang terpaksa akur dengan kekalahan apabila tewas 2-4 kepada pasukan Maybank meskipun memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan.

MZSA



12/04/2026

Kejohanan Negeri Sembilan International Junior Open Squash Championship 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 11 April 2026 di Kompleks Sukan Seremban 2 menyaksikan pencapaian membanggakan pasukan.

Muhammad Raihan bin Mohd Saiful muncul juara kategori Bawah 17, manakala Muhammad Normukhlis bin Md Rapi menamatkan saingan di tempat ke-10 bagi kategori Bawah 19.

Pasukan diiringi oleh Mohd Saiful bin Mohd Ariffin selaku Pengurus dan Harith Rusydi bin Abd Rahman sebagai Jurulatih.

Info: Penyelaras Sukan Squash
MZSA

Photos from Majlis Sukan Pahang's post 11/04/2026

Kontinjen Pahang menyertai Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan melibatkan sukan angkat berat, akuatik terjun, taekwondo dan memanah.

Selamat maju jaya kepada semua atlet dan jurulatih! Teruskan berjuang mengharumkan nama Pahang

MZSA



09/04/2026

REVOS Athletics Championship Siri 1/2026 πŸƒβ€β™‚οΈ
Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama pihak berkaitan mempelawa penyertaan atlet olahraga bagi menyertai kejohanan yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 15 – 16 Mei 2026
πŸ“ Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran

Penyertaan adalah terhad. Daftar segera bagi memastikan tempat anda dalam kejohanan ini.

MZSA



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuantan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Culinary Team

Attire

Address


Majlis Sukan Pahang Kompleks SUKPA
Kuantan
25200