23/01/2026
Salam Jumaat!!
Kelab Bola Sepak 83 Studio
Kuantan
23/01/2026
Salam Jumaat!!
16/01/2026
โSemoga peristiwa agung Israโ Mikraj menjadi pengajaran dan inspirasi untuk kita memperkukuhkan iman serta ketaatan kepada Allah SWT.โ
Kelab Bola Sepak 83 Studio mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah, semoga anak-anak terus cemerlang dalam pelajaran dan aktif membina jati diri melalui sukan.
09/11/2025
All the best dan semoga BERJAYA buat pasukan 83 Studio Futsal Jr yang menyertai Liga Futsal JOMA Bawah 16 Tahun! ๐ช๐ฅ
Bangga kerana menjadi satu-satunya wakil dari negeri Pahang โ teruskan semangat juang dan tunjukkan prestasi terbaik di pentas nasional! ๐ฆ
โฝ
08/11/2025
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Salam takziah buat Nur Aniza bt Abd Wahab dan keluarga atas kehilangan yang dialami. Semoga Allah SWT memberi ketabahan, kekuatan dan mengurniakan rahmat kepada arwah. ๐ค
KEJOHANAN FUTSAL LELAKI BAWAH 16 TAHUN PAHANG
my
inderamahkota
16/10/2025
๐ฅ KEJOHANAN FUTSAL LELAKI BAWAH 16 TAHUN PAHANG โ DAN MEREBUT PIALA PENGERUSI MAJLIS TINDAKAN SOSIAL PAHANG(MTSP) INDERA MAHKOTA๐ฅ
Anjuran Kelab Bola Sepak 83 Studio โฝ
Dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Jabatan Belia & Sukan, serta penaja rasmi KELME, AKSARA VISUAL, MHT Sublimation & MAMEE ๐ช
๐
1 November 2025 (Sabtu)
๐ Futsal Legend, Indera Mahkota
๐ฏ Hadiah Menarik Menanti!
๐ฅ Johan โ RM1000
๐ฅ Naib Johan โ RM800
๐ฅ Ketiga โ RM500
๐
Keempat โ RM300
โจ Pemain Terbaik & Penjaga Gol Terbaik
โก Yuran hanya RM183
โก Terhad kepada 32 pasukan sahaja!
๐ฒ Jangan tunggu lama โ daftar segera & buktikan pasukan anda juara sebenar!
โBorn to Play.โ
www.wasap.my/60199185300/regfut16
www.wasap.my/601165148383/regfut16
05/10/2025
Kejohanan Futsal Tournament 4 Penjuru U16 โ Edisi 1 anjuran Kelab Bola Sepak 83 Studio telah berlangsung dengan meriah pada 4 Oktober 2025 bertempat di Sergio Aguero Court. Empat pasukan telah mengambil bahagian iaitu AYB FT, Aajr FT, 83 Studio Futsal Jr dan Elberio FT.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Tuan Nik Mohd Ridzuan, yang turut menyatakan harapan agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan setiap bulan sebagai salah satu usaha membangunkan program akar umbi dalam arena futsal negara.
Keputusan rasmi kejohanan:
Juara: AYB FT
Naib Juara: Aajr FT
Tempat Ketiga: 83 Studio Futsal Jr
Tempat Keempat: Elberio FT
Anugerah khas pemain turut diberikan, di mana adik Nik dari Aajr FT dinobatkan sebagai Pemain Terbaik, manakala adik Aqeef dari 83 Studio Futsal Jr menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja rasmi Kelme Malaysia dan Aksara Visual atas sokongan padu mereka. Insya-Allah, edisi seterusnya akan berlangsung pada bulan November 2025, dan mana-mana pasukan yang berminat boleh terus menghubungi pihak penganjur melalui DM.