Republic KABO FC - RKFC

Republic KABO FC - RKFC

Share

Laman rasmi Republic Kabo Football Club (RKFC). Ditubuhkan sejak tahun 2006, kami komited terhadap kecemerlangan dan integriti dalam setiap perlawanan.

Sokong perjalanan kami.

09/08/2026

InshaAllah...coming soon..





06/08/2026

Teruskan legasi kecemerlangan

Photos from Republic KABO FC - RKFC's post 05/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengerusi TeknikBola Sepak MSSD Pekan, Cikgu Nasir atas jemputan rasmi kepada Republic Kabo FC untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 MSSD Pekan 2026. Jemputan ini amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan buat seluruh warga Republic Kabo FC.

Sebagai sebuah kelab yang menjadi ahli gabungan Pekan FA, Republic Kabo FC akan sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan padu terhadap setiap usaha yang memajukan pembangunan bola sepak di daerah Pekan. Kami percaya bahawa kejayaan bola sepak daerah hanya mampu dicapai melalui semangat kebersamaan, perpaduan dan kerjasama erat antara semua kelab gabungan.

Insya-Allah, Republic Kabo FC akan terus komited menyokong setiap program, kejohanan dan inisiatif yang dianjurkan demi melahirkan lebih ramai bakat muda serta mengangkat nama bola sepak Pekan ke tahap yang lebih tinggi.





04/08/2026

Seluruh warga Republic Kabo FC ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pasukan SMKIS U18 atas perjuangan luar biasa yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Walaupun langkah pasukan terhenti di peringkat suku akhir, namun semangat juang, disiplin, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain amat membanggakan. Kalian telah berjuang habis-habisan demi sekolah dan membuktikan bahawa semangat kesukanan yang tinggi adalah kemenangan sebenar.

Jangan jadikan kekalahan ini sebagai noktah, sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk bangkit lebih kuat pada masa akan datang. Setiap pengalaman yang dilalui hari ini adalah asas kepada kejayaan yang lebih besar esok.

Republic Kabo FC sentiasa berdiri teguh di belakang SMKIS U18 dan menyokong pembangunan bakat-bakat muda bola sepak tempatan.

đź’Ş Tewas di padang bukan bererti kalah dalam perjuangan.
âš˝ Terus melangkah, terus berjuang dan terus memburu kejayaan!

Kami Bangga Dengan Anda, SMKIS U18!

Terbaik Coach Awie Yem

04/08/2026

Dengan penuh rasa dukacita, keluarga besar Republic Kabo FC merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Pok Wahab “Mercedes” yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat komuniti bola sepak tempatan. Allahyarham dikenali sebagai seorang penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu, semangat yang tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan dan aktiviti sukan di kawasan kita.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat seluruh ahli keluarga, semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Republic Kabo FC

Photos from Republic KABO FC - RKFC's post 01/08/2026

Ayuh kita bg sokongan padu kpd pasukan Smkis U-18 !!! Terus berjuang demi lencana di dada

30/07/2026

In shaa allah.. coming soon!!!!

29/07/2026

Tahniah SMKIS, Juara 2 tahun berturut turun MSSD PEKAN U-15

28/07/2026

Ayuh awok2 turun belaka bagi sokongan anok2 smkis bertarung di peringkat suku akhir

27/07/2026

Terbaik team

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kuala