01/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
FULLTIME
KEPONG FC 0๏ธโฃ-1๏ธโฃ SUHADA FC
Keputusan tidak memihak kepada kami malam ini. Kepong FC tewas 0-1 kepada Suhada FC. Terima kasih kepada semua pemain yang telah berjuang hingga wisel penamat serta penyokong yang sentiasa memberi sokongan. Kami akan bangkit lebih kuat dalam perlawanan seterusnya.
31/07/2026
๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐ท๐ฌ๐น๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ต๐จ๐ต
KEPONG FC ๏ผถ๏ผณ SUHADA FC
๐ 01/08/2026 Sabtu
โฐ 5.00PM
๐๏ธ Padang Suhada
Inilah masanya untuk membuktikan bahawa semangat, kerja keras dan pengorbanan sepanjang latihan bukanlah sia-sia. Tiada jalan mudah di atas padang, namun dengan semangat berpasukan, disiplin dan kepercayaan antara satu sama lain, kita mampu menghadapi apa jua cabaran.
Kami memohon doa dan sokongan daripada semua ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong setia agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keputusan yang terbaik.
17/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
FULLTIME
KEPONG FC 1๏ธโฃ-0๏ธโฃ SATU FC
Alhamdulillah, 3 mata berjaya dibawa pulang
Kepong FC menewaskan SATU FC 1-0 hasil jaringan Fathi Hilmi.Tahniah kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas semangat juang yang tinggi hingga wisel penamat. Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberi sokongan. Kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.
16/07/2026
๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐ท๐ฌ๐น๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ต๐จ๐ต
๏ผซ๏ผฅ๏ผฐ๏ผฏ๏ผฎ๏ผง ๏ผถ๏ผณ ๏ผณ๏ผก๏ผด๏ผต ๏ผฆ๏ผฃ
๐ 17/07/2026 Jumaat
โฐ 5.00PM
๐๏ธ Padang Banggol Tok Ku
Setiap minit di atas padang akan diberikan sepenuh hati. Tiada jalan mudah, tiada ruang untuk mengalah. Hanya semangat, disiplin dan kerja berpasukan yang akan membawa kami sehingga ke wisel penamat.
Kepada semua penyokong, keluarga dan sahabat-sahabat Kepong FC, kami amat menghargai setiap sorakan, doa dan sokongan anda. Kehadiran anda di tepi padang menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus berjuang sehingga saat terakhir.
10/07/2026
๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ
Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu PBDKT dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan bahawa Kuala Terengganu League (KTL) kini secara rasmi bertaraf Liga A3, sekali gus menjadi satu pencapaian bersejarah dalam usaha memperkasakan pembangunan bola sepak komuniti di Daerah Kuala Terengganu.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Kuala Terengganu League telah mencapai satu standard baharu dalam aspek penganjuran pertandingan, tadbir urus dan pembangunan kelab, sekali gus meletakkan KTL sebagai antara platform pembangunan bola sepak yang berpotensi melahirkan lebih ramai pemain, jurulatih, pegawai serta pengurusan kelab yang berkualiti.
Sebagai sebuah liga bertaraf A3, KTL bukan sahaja menawarkan saingan yang lebih kompetitif, malah menjadi sebahagian daripada laluan pembangunan bola sepak negara yang memberi peluang kepada kelab-kelab komuniti untuk meningkatkan keupayaan mereka dari aspek pentadbiran, pengurusan, pembangunan bakat dan daya saing.
Pengiktirafan ini turut membuka peluang kepada wakil Kuala Terengganu League untuk melangkah ke Liga A2 anjuran Amateur Football League sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan, pelesenan kelab serta semua keperluan pertandingan yang ditetapkan. Ini merupakan satu perkembangan yang amat signifikan kerana buat pertama kalinya kelab-kelab yang bertanding di KTL mempunyai laluan yang lebih jelas untuk bersaing di peringkat nasional melalui sistem liga yang tersusun.
PBDKT percaya bahawa pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme dalam kalangan semua pasukan yang bertanding. Ia juga diharapkan mampu menarik lebih banyak penyertaan, meningkatkan keyakinan penaja dan rakan strategik serta memperkukuhkan kedudukan Kuala Terengganu sebagai antara pusat pembangunan bola sepak komuniti yang progresif di Malaysia.
Sehubungan itu, PBDKT komited untuk terus mempertingkatkan mutu penganjuran Kuala Terengganu League dengan memberi penekanan kepada tadbir urus yang baik, integriti pertandingan, pematuhan kepada peraturan, pembangunan akar umbi serta penyediaan platform terbaik kepada bakat-bakat tempatan.
PBDKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Amateur Football League AFL atas pengiktirafan yang diberikan, serta kepada Football Association of Malaysia, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, semua penaja, rakan strategik, pasukan-pasukan bertanding, pegawai pertandingan, pengadil, sukarelawan, pihak media dan seluruh komuniti bola sepak yang telah memberikan sokongan berterusan dalam menjayakan pembangunan Kuala Terengganu League.
Pengiktirafan ini bukanlah destinasi terakhir, sebaliknya merupakan titik permulaan kepada satu era baharu yang diyakini mampu melonjakkan pembangunan bola sepak Kuala Terengganu ke tahap yang lebih tinggi serta melahirkan lebih banyak kelab yang mampu bersaing di peringkat nasional.
โDARI DAERAH KE PENTAS NASIONALโ
โKUALA TERENGGANU LEAGUE โ LALUAN KE LIGA A2โ