30/08/2026
⚽ KURSUS KEJURULATIHAN DIPLOMA C AFC FAM PBSNT 2026 ⚽️
Peluang untuk anda yang berminat mendalami ilmu kejurulatihan bola sepak dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
📅 Fasa I: 12–21 November 2026
📅 Fasa II: 16–20 Januari 2027
📍 Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
💰 Yuran: RM3,500
🎫 Wajib memiliki Lesen D yang diiktiraf
Untuk peserta yang mendapat pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Daerah, yuran hanya RM2,000.
📞 Sebarang pertanyaan: En. Hashemi – 017 938 5179
30/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Terengganu.
Perkukuhkanlah semangat jati diri dan patriotisme untuk kita bersama-sama membina masa depan yang lebih baik dan bahagia.
Semarakkan sukan Terengganu dengan menguatkan kerja dengan penuh bersistematik dan tersusun serta bersatu hati demi meletakkan nama Terengganu dipersada antarabangsa..
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
29/08/2026
Selepas 22 edisi, hanya 5 negeri pernah muncul sebagai juara keseluruhan SUKMA. Kontinjen mana bakal memjuarai edisi seterusnya di Kelantan?
27/08/2026
📢 PELUANG KERJAYA UNTUK ANDA!
🎉 KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MYFUTUREJOBS NEGERI TERENGGANU 🎉
📅 𝗧arikh: 29 dan 30 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
🕘 Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
📍 Tempat: Aras 2, Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall)
Daftar temuduga: https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=NDM3NQ==
✅ Lebih 3000 kekosongan jawatan menanti anda!
✅ Temu duga terbuka secara terus dengan majikan!
✅ Peluang kerjaya dalam pelbagai sektor!
✅ Pendaftaran pekerjaan melalui MYFutureJobs
📌 Bawa bersama resume dan sijil-sijil berkaitan
📌 Pakaian kemas dan bersesuaian untuk temu duga
26/08/2026
Tahniah dan syabas buat pasukan SUKMA Lawn Bowls Negeri Terengganu!
Alhamdulillah, satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila pasukan Lawn Bowls Terengganu berjaya membawa pulang 5 pingat – 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa di SUKMA Selangor 2026.
Sebagai Bapa Angkat Sukan Lawn Bowls SUKMA Negeri Terengganu, saya amat berbangga melihat kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang ditampilkan oleh para atlet sepanjang kejohanan.
Di sebalik kejayaan ini, pastinya ada usaha dan pengorbanan yang besar daripada para atlet, jurulatih serta seluruh pasukan pengurusan. Terima kasih atas komitmen dan kerja keras yang diberikan sehingga membuahkan hasil yang membanggakan.
Pencapaian ini membuktikan bahawa Lawn Bowls Terengganu mempunyai potensi besar untuk terus melakar kejayaan di pentas tertinggi.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan. Teruskan usaha dan terus cipta kejayaan untuk Terengganu Darul Iman!
25/08/2026
Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu atas perjuangan di SUKMA XXII Selangor 2026.
Dengan 43 pingat emas, 44 perak dan 36 gangsa, Terengganu berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga keseluruhan.
Pencapaian ini adalah hasil kerja bersama. Terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, para pegawai, YB-YB yang diberikan amanah sebagai Bapa Angkat Sukan, Jabatan Angkat serta seluruh pasukan sokongan yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang persiapan dan kejohanan.
Kepada para atlet, setiap keringat dan pengorbanan kalian membawa nama Terengganu amat kami hargai. Bagi yang berjaya, tahniah atas pencapaian yang membanggakan. Bagi yang belum mencapai sasaran, teruskan berusaha kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar masih panjang.
Insha-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan sukan dan kebajikan atlet agar lebih ramai anak-anak Terengganu dapat melangkah ke pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Terima kasih kepada semua yang telah berjuang untuk Terengganu. Tahniah wira dan wirawati kita.
Terengganu Nelang!
25/08/2026
Tahniah Kontinjen Terengganu,
No 3 keseluruhan dalam Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026..
Pungutan pingat keseluruhan :-
43 Emas 🥇 || 44 Perak 🥈 || 36 Gangsa 🥉
Tranung Nelang!!!